Fiber atau Serat Untuk Kurus?

Fiber atau Serat Untuk Kurus?

Adakah anda memilih makanan yang terdiri daripada fiber atau serat untuk kurus? Tapi tahukah anda apakah khasiat fiber selain daripada untuk kurus? Maklumat ini mungkin berguna untuk anda yang merancang untuk kurus, dengan memperbanyakkan pengambilan fiber dalam jadual pemakanan anda seharian.




Kebaikan Serat 

1. Bagus untuk penghadaman
    
Serat tidak mempunyai nilai kalori walaupun diambil dengan kuantiti yang banyak, malahan serat sangat bagus untuk sistem penghadaman. Serat boleh didapati daripada biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran dan kekacang. Serat terbahagi kepada dua kategori :serat larut dan serat tak larut. Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari. Ia memperbaiki fungsi usus dengan mengurangkan tempoh masa pergerakan usus sekaligus membantu membuang dan membersihkan sisa toksik dalam usus. Serat juga meningkatkan rasa kenyang dan bertindak sebagi pelembut najis. Walau bagaimanapun, satu perkara yang harus diingat, pengambilan diet yang tinggi serat perlu disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah sembelit.

2. Membantu menurunkan berat badan

Serat bertindak sebagai penindas selera. Makanan yang kaya serat menyerap air dan menyebabkan ia mengembang. Keadaan ini menyebabkan perut rasa kenyang dan boleh membantu dalam penurunan berat badan. Keadaan ini selari dengan amalan pemakanan Rasulullah yang mana Baginda mengamalkan memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat. Makanan berserat juga melemahkan kebolehan tubuh untuk menyerap gula dan lemak. Ini bermakna makanan berserat boleh diambil walaupun dalam proses penurunan berat badan kerana ia mengekalkan paras insulin yang rendah dan membenarkan tubuh untuk meneruskan proses pembakaran lemak.

3. Mengawal penyakit

Serat dapat membantu mengawal penyakit diabetes. Ini berlaku apabila serat mengurangkan amaun insulin yang dibebaskan oleh pankreas dengan cara memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukosa yang memasuki edaran darah. Ia juga membantu mengurangkan edaran gula dalam darah. Serat membebaskan gula secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, mengurangkan rasa lapar, sakit kepala dan kelesuan ekoran daripada penurunan paras gula dalam darah secara mendadak.

4. Mengurangkan risiko penyakit

Risiko penyakit jantung dapat dikurangkan dengan pengambilan serat. ini terjadi apabila kolesterol LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat berkurangan di dalam badan kita. Serat akan bergabung dengan kolesterol dan membawanya keluar daripada tubuh manusia. Serat juga mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolon dengan menyeimbangkan pH dalam usus. Di samping itu, serat membantu dalam melawaskan sistem pencernaan dan memudahkan pembuangan najis daripada usus. Serat tidak bergabung dengan mana-mana vitamin dan mineral, jadi pengambilannya tidak akan mengganggu penyerapan vitamin dan mineral lain.

Sumber : Majalah Anis, Mac 2012
********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger