10 amalan murah rezeki

10 amalan murah rezeki


ISTIGFAR DAN TAUBAT



Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.

Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12).


"Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" Surah Nuh, Ayat 10-12
Beristighfar adalah meminta ampun dan semua itu diterjemahkan dalam bentuk ucapan serta perbuatan. Bertaubat meninggalkan dosa, menyesali dosa dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai pada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut akan ditimpa seksa hari kiamat.” (Surah Hud, ayat 3).

Imam Al-Qurthubi mengatakan, inilah buah istighfar dan taubat iaitu Allah SWT akan memberikan kenikmatan kepada kalian pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Allah tidak akan menyeksa kalian seperti dilakukan-Nya terhadap orang yang dibinasakan sebelum ini.

Menyedari hakikat ini, bagi orang yang mengharapkan rezeki, hendaklah bersegera memperbanyak istighfar, baik dengan ucapan mahupun perbuatan. Hendaklah mengelak daripada menjadi pendusta.
Pada masa sama, tidak jemu berusaha melakukan kerja untuk menjamin kehidupan yang selesa kerana kesenangan tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan kesediaan berkorban. Dalam mengejar kesenangan hidup, jangan pula dilupakan persediaan membina kebahagiaan di akhirat.



Takwa






Rasulullah s.a.w bersabda: Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.

(Hadith Riwayat Athtirmidzi dan Ahmad)



Tawakal kepada Allah












Tawakal’ (توكُل‎) berasal dari perkataan Arab ‘Wakalah’ yang bererti memilih wakil, mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain.



Menurut Abu Zakaria Ansari, ‘Tawakal’ ialah “Keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain.” Sifat sedemikian berlaku selepas timbulnya rasa percaya kepada orang yang diserahkan urusan tadi. Maksudnya, dia mesti mempunyai sifat amanah (dipercayai) terhadap apa yang diamanahkan dan dia boleh memberikan rasa tenang dan selamat terhadap orang yang memberikan amanah tersebut.


Dalam agama Islam, ‘Tawakal’ adalah sikap seseorang Muslim yang ikhlas dan benar2berserah diri sepenuhnya kepada Keagungan dan Kekuasaan Allah سبحانه وتعالى dalam menghadapi atau menunggu hasil dari sesuatu usaha, pekerjaan atau menanti akibat dari suatu keadaan. Ia akan menjurus kepada menghayati fitrah sebenar kejadiannya sebagai makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa, yang mana seseorang itu sentiasa menyedari dirinya mempunyai kelemahan dan kekurangan.


Imam al-Ghazali pula merumuskan definisi ‘Tawakal’ sebagai, “Tawakal ialah menyandarkan kepada Allah سبحانه و تعالى tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.”


Ringkasnya ‘Tawakal’ adalah suatu sikap spritual seseorang yang merupakan hasil dari keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah, kerana di dalam tauhid ia diajar agar meyakini bahawa hanya Allah سبحانه وتعالى yang mencipta segala2nya, pengetahuanNya Maha Luas, Dia yang menguasai dan mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang mendorong kita untuk menyerahkan segala persoalann kepada Allah سبحانه وتعالى . Hati kita akan berasa tenang dan tenteram serta tidak ada rasa curiga, kerana Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana.



Umrah Dan Haji






HAJI

Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan ibadah Umrahpula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah(hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bilamasa termasuk di luar musim haji. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.


Menunaikan Haji

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalahmengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.



Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)


Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.

.

Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”

.

Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan ‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).


Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.

.

Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



.
Niat Haji dan Umrah

1. Niat mengerjakan Haji:
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

2. Niat mengerjakan Umrah:
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.

3. Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala.



FADILAT HAJI

Antara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:


  • Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan segala daki.
  • Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di Baitullah; 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yangbersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
  • Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram hingga Tahalul.
  • Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
  • Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.
  • Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
  • Hujjaj dan Ummar (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.
  • Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.
  • Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.
  • Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akanmenjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.
  • Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).
  • Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.
  • Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
  • Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untukfisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.
  • Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan danamalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

Ganjaran Rezeki Berganda Jika Perkukuh Silaturahim







Hubungan baik bolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, raih kekuatan kesatuan keluarga

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya."

Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk, anak dan memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat.

Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).



Firman Allah yang bermaksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Perkara yang ditekankan dalam menjalinkan silaturahim ialah menyambungkan hubungan dua pihak sudah terputus atau mengalami masalah (krisis).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang terputus." (Hadis diriwayatkan al-Bukhari)

Jalinan silaturahim paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan baik dengan kedua ibu bapa. Malah, ia adalah suatu yang wajib berdasarkan dalil jelas.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidak ada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang yang fasik, (iaitu) orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Baqarah, ayat 27)

Al-Imam ath-Thabari berkata: "Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya supaya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya."

Rasulullah SAW menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silaturahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturahim." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silaturahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Sementara orang yang memutuskan silaturahim, Allah akan menyukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkatan kepada harta dimiliki.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturahim." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan silaturahim." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjalin hubungan silaturahim dengan ahli keluarga dapat dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, bantu membantu, saling sayang menyayangi serta meraikan kegembiraan mereka.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir atau fasik, jalinan kekeluargaan dapat dilakukan dengan nasihat yang baik serta memberi tunjuk ajar selain berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Menjalinkan silaturahim memiliki begitu banyak manfaat antaranya sebagai usaha melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan dan peluang dakwah yang lebih baik.

Hubungan baik juga membolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturahim." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa' berkata: "Allah menggandingkan antara saranan supaya bertakwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang daripada memutuskan hubungan silaturahim yang dengannya dapat menegaskan akan maksud betapa wajibnya menunaikan hak Allah, maka adalah wajib juga untuk menegakkan hak makhluk, khususnya yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan antara mereka, bahkan menunaikan hak mereka adalah di antara hak Allah yang sudah diperintahkan oleh-Nya.

Infak di jalan Allah




"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah : 265.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" Al-Baqarah : 261.

"Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Al-Baqarah : 245.

"Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Al-Baqarah : 215.


Berinfaq kepada penuntut ilmu




Berinfak kepada orang yang mengkhususkan diri untuk menuntut ilmu syari'at:
Dari Anas bin Malik r.a, ia berkata:
كَانَ أَخَوَانِ فِى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَكَانَ أَحَدُهُمَا يَأْتِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَاْلآخَرُ يَحْتَرِفُ فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ اِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ.
"Ada dua orang bersaudara di masa Rasulullah SAW, salah seorang dari keduanya datang kepada Nabi SAW (menuntut ilmu) dan yang lain bekerja. Maka yang bekerja mengadukan saudaranya kepada Nabi SAW, lalu Beliau SAW bersabda: 'Semoga engkau diberi rizqi dengan dia.” (HR. At-Tirmidzi).


Berbuat Baik Kepada Orang-Orang Lemah








Termasuk di antara kunci-kunci rizki adalah berbuat baik kepada orang-orang miskin. Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa para hamba itu ditolong dan diberi rizki disebabkan oleh orang-orang yang lemah di antara mereka.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Mush’ab bin Sa’d Radhiyallahu ‘anhu ia berkata, ‘Bahwasanya Sa’d Radhiyallahu ‘anhu merasa dirinya memiliki kelebihan daripada orang lain. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Bukankah kalian ditolong [1] dan diberi rizki lantaran orang-orang lemah di antara kalian?” [Shahihul Bukhari (yang dicetak bersama Umdatul Qari), Kitab Al-Jihad was Siyar, Bab Man Ista’ana Bidh Dhu’afa Wash Shalihin Fil Harbi, no. 108, 14/179]

Karena itu, siapa yang ingin ditolong Allah dan diberi rizki olehNya maka hendaknya ia memuliakan orang-orang lemah dan berbuat baik kepada mereka.

Nabi yang mulia, Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menjelaskan bahwa keridhaannya Shallallahu ‘alaihi wa sallam dapat diperoleh dengan berbuat baik kepada orang-orang miskin.

Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Carilah (keridhaan)ku melalui orang-orang lemah di antara kalian. Karena sesungguhnya kalian diberi rizki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah di antara kalian” [2]


Hijrah di jalan Allah





Al Anfal 74-75:

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al Hasyar 8:

(Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

An Nahl 41-42 :

Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,

(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakal.

Al Nahl 110:

Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

At Taubah 20:

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Al Baqarah 218:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

At Taubah 117:

Sesungguhnya Allah telah menerima tobat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima tobat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,

At taubah 100

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

An Nisa 98-100:

kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita atau pun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),

mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ali Imran 195:

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”

At taubah 20-22

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keridaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,

mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.



Demikian maksud firman Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Firman Allah yang jelas dan terang terus kepada maksudnya.

Apakah semua firman Allah ini hanya untuk Ahlul bait dan beberapa orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al Farisi dan Amar sahaja? Hujah Syiah yang demikian itu sungguh gila! Syiah mendakwa Fatimah r.a wafat dalam keadaan murka kepada Abu Bakar r.a kerana Fatimah r.a menuntut harta dunia – tanah Fadak! Aduhai begitu rendah anda meletak martabat Fatimah r.a, apakah Fatimah r.a tidak faham firman Allah di atas? Mustahil Fatimah r.a akan menukar Firman Allah tersebut dengan sebidang Tanah Fadak!

Hujah Syiah adalah hujah manusia, tidak akan mampu berhadapan hujah Allah s.w.t. Yang Maha Agung.

Allah berfirman , Al Hasyar 10:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa:

“Ya Tuhan kami,

beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami

yang telah beriman lebih dahulu dari kami,

dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami

terhadap orang-orang yang beriman;

Ya Tuhan kami,

sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger