Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Set Mengandung

Set Mengandung


Mengandung dan ada anak impian bagi setiap pasangan. Dan pastilah ibu mahu yang terbaik untuk ibu dan juga anak di dalam rahim. Set Mengandung Shaklee adalah pilihan terbaik. Kerana ianya vitamin semulajadi. Bukan vitamin sintetik yang boleh memberi kesan yang negatif. Pastilah bayi yang sihat, gebu dan cantik adalah impian bagi setiap ibu. Sebab itu ibu perlu yang terbaik dari yang baik. Set ini dilengkapi dengan: Vita Lea membekalkan segala vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi B Complex mengandungi asid folik, mengurangkan rasa loya dan menurunkan stress level Vita C membina antibodi badan dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yang baru Ostematrix membekalkan keperluan kalsium yang ideal, mengelak cramp (simpul biawak) dan komplikasi semasa bersalin
Tahukah ibu, bahawa biasanya di awal kehamilan. Ibu akan mengalami 'morning sickness'. Muntah-muntah dan tiada selera makan. Jadi Set Mengandung Shaklee ini akan membantu mencukupkan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh janin yang sedang membesar. Ibu mengandung perlukan makanan yang berzat dan sihat. Jika pemakanan tak dititik berat. Pasti lesu dan tidak bermaya. Lebih teruk jika ketika melahirkan, ada komplikasi. Dan memberi kesan kepada anak yang ditunggu-tunggu tadi. Jadi pilihlah yang terbaik dari awal kehamilan ya.
Selain dari pengambilan makanan tambahan seperti Set Mengandung Shaklee. Diet yang sihat juga amat diperlukan. Berikut adalah 10 makanan yang baik untuk ibu mengandung: Telur Ada 12 vitamin dan mineral penting untuk ibu mengandung. Juga ada protein yang sungguh baik. Salmon Bagus untuk perkembangan otak bayi kerana ada Omega 3. Kekacang Kandungan fiber yang tinggi, mengelakkan masalah penghadaman Keledek Menghasilkan Vitamin A dan kaya dengan Vitamin C, Folate dan Fiber Popcorn dan Bijirin-bijirin Kaya dengan fiber, nutrien, vitamin E dan selenium. Jadi enjoy ur pop corn. 'Greek' Yogurt Kaya dengan calcium, penting untuk pertumbuhan tulang bayi juga baik untuk peredaran yang bagus untuk ibu. Walnuts Juga kaya dengan Omega 3. Option jika tak boleh makan salmon. Sayur Berdaun Hijau Sungguh kaya dengan vitamin dan nutrien, vitamin A,C dan K. Juga ada kandungan folate. Bagus untuk kesihatan mata. Daging Tanpa Lemak Sumber yang baik adalah daging lembu, tinggi khasiat protein. Buah-buahan dan Sayur-sayuran Pastinya kaya dengan vitamin dan mineral. Tahukah bahawa bayi boleh merasa makanan melalui air ketuban pada trimester ke-3. Jadi pelbagaikanlah makanan, kenalkan bayi kepelbagaian makanan. Pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat. Yang baik untuk ibu yang sedang hamil. Zat makanan-makanan nie mudah tercemar, kerana pencemaran, cara simpanan, dan cara dimasak dan disediakan. Jadi untuk lengkapkan keperluan vitamin dan mineral nie, ibu disarankan ambil makanan tambahan seperti Set Mengandung Shaklee. Selain dari makanan fizikal, yang lebih penting makanan rohani. Ibu rajinlah baca Al-Quran, berzikir, solat sunat, dan jaga akhlak insyaallah anak yang dilahirkan bakal soleh dan solehah. Owh ya, Set Mengandung Shaklee ini adalah set yang paling bajet. Harga retail RM239, dan boleh digunakan selama 4 bulan. Kos dalam sebulan hanya lebih kurang RM60. Untuk harga yang lebih istimewa dan bajet, boleh lah hubungi saya ye. Kos sebulan tak sampai RM55. Jimat! Hubungi saya untuk dapatkan Set Mengandung Super Bajet nie. Ibu sihat, bayi pun sihat. Isi borang atau telefon saya di 0198668615/0128844580 (sms/wechat/whatsapp/call)
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

 







Minggu Pertama
Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu. Oleh sebab itu juga, disyorkan anda mengambil Vita-Lea Iron Formula untuk mengatasi masalah ini. Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya sudah lengkap dan kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

ambil 1 tablet Vita-Lea/hari
(120 tablets Vita-Lea untuk 4 bulan)


Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.



Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.


Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Minggu Ke-38
Anda tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.


Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.
Tak lama lagi anda dan suami akan menerima kehadiran orang baru..tahniah !!


Semasa hamil, ibu-ibu amat digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan lagi jika ibu yang hamil tidak dapat memenuhi diet harian yang seimbang seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan. Pada ketika ini, kita selalunya kurang selera makan, makan makanan yang lalu dek tekak ajer dan tak kurang jugak yang tak boleh minum susu....kalo memang jenis yang tak minum susu, memang wajib lah ambik suplemen,.,..tapi camna pulak dengan orang yang memang suka minum susu sebelum hamil, tapi bila hamil, tengok susu pun nak muntah..huhuhu..kena jugak ambik suplemen kerana kalsium sangat-sangat penting untuk pembentukan tulang, pertumbuhan gigi dan pembentukan sel bayi. Oleh sebab ini lah, suplemen amat penting kepada ibu hamil.

Pengambilan vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah :-



OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

B-Complex - 1 biji sehariB Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jikalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B-Complex dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin Energizing Soy Protein (ESP)

Credit : MamaFaiz
********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee ********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Garisan Mengandung (Linea Nigra)

Garisan Mengandung (Linea Nigra)



Perasan tak semasa mengandung ibu-ibu akan mengalami garisan hitam yang muncul memanjang seperti gambar di atas? Apakah ini sebenarnya? Ianya adalah hiperpigmentasi atau juga lebih dkenali sebagai linea nigra. Ia biasanya lebih jelas terjadi pada ibu-ibu yang berkulit gelap berbanding ibu yang berkulit cerah.



"Linea nigra (garis hitam) adalah garis vertikal berwarna gelap yang terlihat di perut ibu selama kehamilan. Garis ini dapat membentang mulai dari ujung bawah tulang dada (prosessus xyphoideus) hingga tulang kemaluan (pubis). Linea nigra timbul akibat peningkatan produksi pigmen melanin terkait peningkatan hormon estrogen pada ibu hamil.

Linea nigra umumnya timbul sekitar trimester kedua kehamilan, jadi pada masa ini anda akan mengalaminya. "

 
Jangan risau kerana garis ini akan hilang dengan sendirinya setelah selamat melahirkan. Beruntungkan menjadi seorang ibu? Walau banyak perubahan fisiologi yang berlaku pada badan, namun pengalaman berharga ini tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit..



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
---------------------------------------------------
Hubungi saya dengan sms ke 0128844580 atau email hasheena73@gmail.com untuk maklumat lanjut.

credit...
********************************************************************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Kesuburan - tingkatkan peluang kehamilan

Kesuburan - tingkatkan peluang kehamilan

Kesuburan – atasi masalah kesuburan & tingkatkan peluang kehamilan.

Saya suka beli Majalah Pa & Ma sebab dalam majalah ni banyak info berguna bukan sahaja tentang bayi tetapi juga tentang topik2 hangat seperti masalah sakit puan, pemakanan, kesihatan suami isteri, kisah kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam isu November 2011 baru2 ni, topik yang menarik adalah berkenaan dengan kesuburan & kehamilan. Saya percaya setiap pasangan selepas mendirikan rumah tangga perkara yang paling diingini adalah menimang cahaya mata. Kadang-kadang tekanan mungkin akan timbul apabila saban tahun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba. Ditambah lagi dengan orang2 disekelilling asyik bertanya “dah berisi ke belum” pasti akan menambah lagi tekanan. Di sini saya kongsikan pembacaan saya dan cadangan suplemen yang boleh diambil setiap pasangan untuk meningkatkan lagi peluang untuk kehamilan. Perkara ini bukan sahaja perlu diambil berat oleh sang isteri tetapi sang suami juga harus bekerjasama & perlu membaca artikel ini sehingga habis..

Secara umumnya, kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh satu pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Seseorang wanita boleh tahu waktu suburnya dengan cara melihat pusingan haid mereka sendiri. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur biasanya akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar). Oleh yang demikian pasangan yang inginkan cahaya mata disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu tersebut.

Bagi lelaki, masalah ketidaksuburan selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor :
  • Keradangan pada testis
  • Masalah pembengkakan salur darah testis
  • Pengambilan alcohol, dadah & merokok
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Saluran testis tersumbat akibat jangkitana kuman
  • Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat.
Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan tetapi ini bukanlah titik noktah  kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ikuti tips di bawah untuk meningkatkan peratusan kesuburan anda dan pasangan.

TIP KESUBURAN LELAKI

Betik tingkatkan kesuburan – buah betik yang kaya dengan vitamin c dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500 miligram vitamin C setiap hari penting bagi lelaki dewasa.

Berhenti merokok – merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur

Banyak pengambilan zink – Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimanapun jumlah zink yang diambil janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut dan produk tenusu.

Pakai seluar longgar – pemakaian seluar loanggar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

Kebersihan makanan – pengambilan buah-buahan dan sayuran segara sangat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dibersihkan sebelum kana. Hal ini adalah racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan buah-burahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.

Minum banyak air kosong – pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

TIPS KESUBURAN WANITA

Jaga pemakanan – elakkan pengambilan sestengah jenis makan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.
Kawal berat badan – berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.
Amalkan senaman berkala – bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.
Berhati-hati mengambil ubat – ketauhilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemuruangan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.
Periksa rahim anda – masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting bagi anda mengetahui keadaan rahim sendiri.
Sekiranya berkemampuan, suami isteri boleh mencuba untuk mengambil suplemen daripada SHAKLEE seperti:
SUAMI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin)
  • B complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc
ISTERI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • GLA
Kebaikan Vitamin :
Vitalea @ multivitamin – suami isteri harus melengkapkan diri mereka dengan multivitamin & multimineral bagi memastikan kesihatan kita berada di tahap optimum. Mangan & magnesium di dalam vita-lea boleh membantu ereksi kepada si suami.
B-complex – membekalkan semua jenis vitamin B untuk keperluan badan. Pengambilan asid folik (tergolong dalam keluarga vitamin B) harus di ambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.
Vitamin C- menghasilkan sperma yang sihat utk bekerjasama dengan ovum.
Vitamin E with Selenium – bekerja bersama vitamin c sebagai anti –oksidan dan melindungi kualiti sperma.
Zinc – meningkat hormon testosteron  & bilangan sperma yang aktif
Alfafa & GLA – membantu masalah pusingan haid, keputihan dan masalah kewanitaan
ESP (Energising soy protein) – membekalkan kandungan protein yang secukupnya kepada suami isteri





Kalau nak cuba mungkin terlalu banyak suplemen yang perlu di ambil, tetapi bagi mereka yang ingi mencuba boleh mengambil yang asas tanpa ESP iaitu vitamin B,C,E, Zink, Vitalea & Alfafa

Doa Nabi Zakaria a.s. boleh diamal untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk mendapatkan zuriat.

Surah Al-Anbiya:21:89
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
-
الأنبياء/89
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."(Al-Anbia’:89)

kepada yang berminat untuk dapatkan set trial pack dengan tawaran harga yang menarik dan konsultasi, hubungi saya di 012-8844580 atau email hasheena73@gmail.com
Credit dari kak sue


********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Set Shaklee untuk Ibu Hamil

Set Shaklee untuk Ibu Hamil

Saya menerima pelbagai respon dari mereka yang mengambil Set B (Breastfeeding).




Ada yang berhenti mengambil set ini sebaik saja didapati hamil dan mereka merujuk kepada saya “Bolehkah set/vitamin ini diambil semasa hamil?”.
Jawapan saya ialah “Sangat boleh!”








Walaupun dinamakan Breastfeeding Set, tapi ia bukanlah milk booster seperti produk2 lain di pasaran. Shaklee adalah vitamin natural yang dalam keadaan biasa, amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Hakikatnya tak ramai yang tahu bahawa kita memakan buah, sayur, ikan, ayam, adalah untuk mengambil intipati atau vitamin dan galian di dalam makanan itu.Tapi kebanyakan kita makan untuk rasa sedapnya.

Bagi memastikan kita semua mendapat bekalan vitamin secukupnya untuk badan dan minda yang sihat, itulah pengambilan vitamin tambahan ini sangat2 utama.
Jadi bagi mereka yang didapati hamil, amat2 memerlukan vitamin tambahan. Jika ke klinik pun kita dibekalkan dengan vitamin seperti asid folik, obimin dan sebagainya sepanjang kehamilan.

Namun, jika anda mahukan sesuatu yang LEBIH BAIK, maka bertukarkan kepada Shaklee kerana ia memang lebih baik, malah jauh lebih baik dari vitamin sintetik di pasaran.

Saya sendiri telah mengamalkan vitamin Shaklee sejak hamil anak pertama sehingga sekarang.

Apa yang saya amalkan semasa hamil:
Set A (optimum set)
Energizing Soy Protein
Ostematrix
Omega Guard

Alhamdulillah bayi saya dilahirkan sihat dan kelahirannya juga dipermudahkan. Walaupun pada malam bulan puasa, dan saya berpuasa pada siang harinya, tanpa sempat berbuka puasa (mulai contraction waktu petang), kelahirannya pada jam

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
IBU HAMIL MAKAN VITAMIN SHAKLEE

IBU HAMIL MAKAN VITAMIN SHAKLEE


Jom tengok cadangan vitamin SHAKLEE untuk ibu hamil.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari




 Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

 Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.

 Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lbiji sehari ea Iron Formula -1

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Credit: kikin nazri

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO.TELEFON
ALAMAT TETAP
ALAMAT PENGHANTARAN (SEKIRANYA BERLAINAN DENGAN ALAMAT DIATAS
Bukti pembayaran

Get your own free form like this one.
1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger