Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan
KETAHUI JANTINA BAYI ANDA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASYARAKAT KITA

KETAHUI JANTINA BAYI ANDA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASYARAKAT KITA

Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul! Jom kita tengok satu-satu mana yang kena!!^_^
Agak-agak apakah jantina bayi anda??






Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar jika jantina bayi anda adalah lelaki.
Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
Perut anda “rendah”.
Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Kulit anda menjadi kering.
Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
Anda tidur mengiring ke kiri.
Air kencing anda berwarna kuning cerah.
Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.




Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa jika jantina bayi anda adalah perempuan.
Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
Perut anda bulat.
Perut anda “tinggi”.
Muka anda tidak berseri-seri.
Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Kulit anda lembut.
Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
Anda tidur mengiring ke kanan.
Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
Air kencing anda berwarna kuning samar.
Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.


So mommies,dah tau jantina bayi anda?^_^
Walauapapun jantina bayi anda,apa yang paling penting ialah bayi yang bakal dilahirkan itu nanti sihat walafiat.Good Luck mommies!!

sumber:Babycenter



sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you



***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128720406/0128844580/01983668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
Menjaga Tali Pusat Bayi

Menjaga Tali Pusat Bayi







Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat.

Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa. Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya.

Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya. Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan? Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa. Cara menjaganya

 1. Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

 2. Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.

 3. Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.

 4. Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang. Tanda jangkitan selepas 2 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera, Kelihatan kemerahan dan bengkak Berdarah tanpa berhenti Keluar nanah Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.




credit

 ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir





Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan Bayi tiada air mata.

Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. Mereka mempunyai lebih tulang.

 Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat.

Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

 Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.

Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir.

Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

 Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

 Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

 Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

credit

 ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Pengurusan Ekzema Atopik

Pengurusan Ekzema Atopik

Assalamualaikum…

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.
Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.
Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.



Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik,” ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.

Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.
Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan.
Tambah Dr. Kin Fon, di Malaysia sahaja, 12.6 peratus pelajar sekolah menghadapi masalah ekzema berbanding di Indonesia hanya 3.7 peratus. Fenomena ini juga lebih tinggi di Malaysia Timur berbanding di Semenanjung.

Kebimbangan ini juga melibatkan kes ekzema atopik di kalangan kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun yang meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

“Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini,” katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.

Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.

sumber : http://www.rawatan.org/pengurusan-ekzema-atopik/

Bagaimana Shaklee membantu anda?
Untuk bayi eczema yang masih menyusu susu ibu :
Ibu disarankan cuba amik 2 biji alfalfa sehari. Jika ada nampak berkesan positif, maka boleh diteruskan. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesan negatif, ibu disarankan memberhentikan pengambilan Alfalfa. Selain itu ibu yang menyusu, boleh cuba amik 2 biji vitamin C sebiji pagi dan sebiji malam untuk bantu bina dinding sel yang sihat.
Bayi berusia 1 tahun ke atas :

  • Anak boleh mengambil Meal Shake. Campurkan sedikit dengan minuman anak.
  • Sapu herbal cream. Herbal blend ni mengandungi bahan2 supermoist dimana ia mengikat moisture dlm kulit kita. Walau bagaimanapun, herbal blend ini juga mengandungi menthol, jadi perlu disapu nipis2 sahaja. Jika ada kesan negatif, hentikan penggunakan.
  • Pastikan anak minum banyak air masak.
  • Beri anak minum jus buah-buahan, yogurt dan buah potong.
Orang dewasa :
  • Disarankan supaya ambil Set G
  • Sapu herbal cream. Herbal blend ni mengandungi bahan2 supermoist dimana ia mengikat moisture dlm kulit kita. Walau bagaimanapun, herbal blend ini juga mengandungi menthol, jadi perlu disapu nipis2 sahaja. Jika ada kesan negatif, hentikan penggunakan.
  • Pastikan minum banyak air masak.
Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi sebelum dan selepas pengambilan ya. Pastikan ikut saranan pengedar untuk pengambilan yang betul.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

credit..

Berminat?


 
********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Menyusukan Bayi Untuk Mereka Yang Baru Bergelar Ibu

Menyusukan Bayi Untuk Mereka Yang Baru Bergelar Ibu

Cuba meletakkan bayi di dada secepat mungkin selepas kelahiran. Sebaik-baiknya, ini akan berlaku betul dalam bilik bersalin. Pastikan pengamal anda akan membenarkan anda merawat dalam kelahiran atau bilik bersalin jika semua pergi normal.




•Hanya minit bayi-bayi lama akan sering memanjat ke atas kepada dada dari abdomen ibu , dan memulakan menyusukan semua oleh diri mereka. Pembinaan ini boleh mengambil kepada sejam atau lebih panjang, tetapi ibu dan bayi seharusnya diberikan kali ini bersama mula belajar mengenai satu sama lain. Bayi-bayi yang “diri melampirkan” merempuh jauh lebih sedikit menyusukan masalah-masalah. Kulit ini untuk sentuhan kulit juga akan membantu mengekalkan budak itu panas.

•Cuba dapatkan beberapa bantuan profesional, seperti pakar penyusuan. Di hospital, anda boleh meminta jika pakar runding laktasi atau seorang jururawat yang berilmu tentang menyusukan boleh mencerap teknik anda. Jika anda membiarkan hospital sebelum menerima mana-mana bimbingan, memastikan yang seseorang dengan menyusukan kepakaran menilai teknik anda.

•Kalau boleh, cuba tinggal dalam bilik yang sama dengan bayi anda.

•Menghadkan pelawat-pelawat membenarkan lebih banyak peluang-peluang kejururawatan. Ini mungkin bermaksud pengehad melawat keistimewaan-keistimewaan mulanya kepada hanya pasangan anda. Ini mungkin lebih baik bagaimanapun , sejak ia membenarkan tiga daripada anda untuk bon serta-merta.

•Ibu-ibu dan bayi-bayi belajar bagaimana untuk tidur lewat ritma sama. Maka, apabila bayi itu bermula terjaga untuk satu makanan, ibu juga akan bermula bangun secara semula jadi. Bayi menunjukkan lama sebelum dia mula menangis yang dia bersedia memberi makan. Pernafasannya boleh mengubah, misalnya. Atau dia boleh mulakan meregangkan. Ibu, berada dalam tidur-tidur ayam, akan menyedarkan, susunya akan bermula mengalir dan bayi tenang akan berpuas hati merawat.

•Seorang bayi yang telah menangis untuk seketika sebelum cuba mengacu dada boleh enggan ambil dada sekalipun dia rakus. Ibu-ibu dan bayi-bayi sepatutnya didorong untuk tidur berganding bahu di hospital. Ini ialah satu cara yang hebat untuk ibu-ibu berehat manakala jururawat-jururawat bayi. Menyusukan boleh merehatkan, bukan meletihkan.

•Kalau boleh, berusaha tidak menggunakan puting-puting tiruan.
•Bayi-bayi akan mengambil apa-apa cara memberi mereka satu aliran deras bendalir dan boleh enggan lainnya yang tidak. Maka, dalam beberapa hari pertama, apabila ibu mengeluarkan hanya sedikit susu dan bayi mendapat sebiji botol di mana dia mendapat aliran deras, dia akan cenderung untuk suka kaedah aliran deras. Hanya kerana seorang bayi akan “ambil kedua-dua” tidak bermakna yang kaedah semulajadi tidak lebih menguntungkan.

•Jururawat atas tuntutan, sehingga dua belas memberi makan satu hari. Ini akan terus bayi anda gembira dan akan meningkatkan bekalan susu anda bertemu permintaan sambil ia tumbuh. Juga , jangan biarkan bayi anda terus tidur satu penyuapan. Jika tiga jam sudah berlalu sejak bayi baru lahir anda lepas makan, maka itu adalah masa bangun dia naik.

•Jururawat untuk sebagai panjang

Credit....

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Penawar terbaik untuk bayi demam kuning

Penawar terbaik untuk bayi demam kuning

Credit

Malam ahad lalu saya menerima pesanan ringkas melalui handphone dari seorang teman yang dah lama tidak saya temui…. Beliau bertanya tentang pengalaman saya menjaga anak saya kuning (selepas lahir). Saya menjawab mesej tersebut dengan ringkas dan padat. Namun jauh di sudut hati saya tertanya-tanya mengapa beliau bertanya demikian adakah beliau sudah bertambah ahli keluarga atau kerana lain.

Mungkin beliau juga rasa apa yang terdetik di hati saya kerana tidak lama selepas itu teman saya ini memberitahu tentang kawannya yang mengalami masalah yang sama tetapi lebih kritikal kerana anaknya yang baru dilahirkan selama 8 hari telah diletakkan bawah lampu biru di hospital kerana bacaan kuning melebihi 30.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah bilangan billirubin dalam darahnya sangat tinggi dan melebihi paras normal.Saya meminta izin teman saya untuk bercakap sendiri dengan kawannya dan beliau menyatakan tiada masalah namun saya lebih selesa jika teman saya memberitahu kawannya lebih awal agar kawannya tidak terkejut menerima panggilan dari saya. Selepas setengah jam berlalu, telefon bimbit saya berbunyi dari nombor yang tidak saya kenali.

Rupa-rupanya panggilan dari kawan kepada teman saya yang lebih mesra dikenali dengan Jue.Jue menceritakan masalah yang dilalui oleh anaknya. Jue meminta pandangan saya adakah baik untuk memberi anaknya susu kambing demi merawat demam kuning yang dilalui oleh anaknya. Memandangkan ini anak pertama Jue dan secara langsung keluarga Jue mahupun keluarga dari pihak suami Jue tidak pernah melalui pengalaman ini maka Jue terpaksa mencari alternative lain untuk menyelesaikan masalah anaknya ini. Memandangkan saya pernah melalui situasi yang sama dengan Jue, saya menasihatkan Jue untuk memberi susu ibu sekerap mungkin.

Saya juga mengesyorkan agar Jue mengambil supplement demi membantu meningkatkan immune system anaknya di samping meningkatkan pengeluaran susu badan untuk anaknya. Saya berani untuk rekomen produk yang saya makan dan tanpa banyak keraguan Jue mencubanya. Pada malam itu juga ibu mertua saya menghantar supplement kepada Jue iaitu ESP, B Complex dan Vit C di hospital.Pada hari isnin petang Jue menelefon saya memberitahu bacaan kuning anaknya semakin meningkat iaitu 34. Jue meminta pandangan saya , adakah elok untuk beliau membawa pulang anaknya ke rumah dan merawat menggunakan cara tradisional. Selepas saya berbincang dengan teman baik saya doctor Siti Munirah, saya memaklumkan kepada Jue agar meneruskan treatment di hospital sahaja.

Saya meminta Jue berhenti untuk mengamalkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit kerana sepanjang pengetahuan saya inilah antara punca kuning anaknya semakin meningkat. Alhamdulillah Jue tidak berputus asa. Beliau terus dengan pengambilan supplement yang saya syorkan. Saya meminta Jue meningkatkan kekerapan penyusuan kepada bayinya itu. Jika sebelum ini Jue menyusukan antara 2-3 jam untuk satu sesi tetapi saya meminta beliau menyusukan sekerap yang mungkin agar bayinya dapat bekalan air yang mencukupi untuk mengurangkan bilangan billirubin dalam darahnya.

Saya yakin selalunya penyakit hendak pergi memang mengambil masa. Petang Selasa saya pula menelefon Jue untuk bertanyakan khabar anaknya. Jue dengan nada gembira memberitahu kuning anaknya turun kepada 26. Alhamdulillah satu peningkatan yang memberansangkan. Rabu petang saya menerima mesej Jue menyatakan kuning anaknya semakin beransur kurang dan doctor mengizinkannya membawa bayinya yang comel itu pulang ke rumah. Jue juga memberitahu bahawa doctor impress kerana berat anaknya ada peningkatan dalam beberapa hari ini.


Saya dapat membayangkan kegembiraan yang Jue lalui semasa itu. Semoga usaha Jue untuk memberi anaknya susu ibu berjaya ke tahap yang dapat membanggakan dirinya sebagai seorang ibu muda yang sabar melalui dugaan penyusuan.Hakikatnya bukan mudah untuk bergelar ibu bapa yang berjaya namun dengan sedikit usaha, kesabaran dan ilmu, seseorang itu pasti berjaya!!!!
********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger