Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan
SET BERSALIN

SET BERSALIN



Sesuai untuk ibu2 yang x suka mkn jamu....n takut baby kne cirit birit....selalu nyer lau baby kne JAUNDICE (baby Kuning)...mesti mak kita x bagi makan jamu kan...so set nie amat sesuai tuk ibu bersalin...

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.

Vita-C Sustained Release
Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
Membantu dalam penyerapan zat besi.
Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
Menjaga ketahanan badan dari selsema.
Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.
Mengelakkan sembelit.

Zinc Complex
Menyembuhkan luka.
Terlibat dalam penghasilan insulin.
Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
Mengawal kelemumur.

So try..mmg BEST...air susu pun bertambah.



sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
VITAMIN BERPANTANG SHAKLEE BASIC - BAJET RENDAH TETAPI COMPLETE!

VITAMIN BERPANTANG SHAKLEE BASIC - BAJET RENDAH TETAPI COMPLETE!











→Ingin menikmati kehebatan SHAKLEE semasa berpantang?

→Tetapi anda mempunyai bajet yang agak rendah?

→Usah gusar! Usah resah! Anda tetap mampu menikmati faedah set berpantang SHAKLEE seperti:

✔BADAN LEBIH BERTENAGA TANPA STRESS
✔LUKA DALAM DAN LUAR LEBIH CEPAT SEMBUH
✔TIADA SEMBELIT
✔MENGAWAL SELERA BERLEBIHAN TANPA MENGABAIKAN NUTRIEN PENTING
✔BADAN LEBIH TAHAN DARI SEBARANG JANGKITAN
✔MENGURANGKAN LENGUH DAN SAKIT BADAN

★★BONUS!!★★

♥WAJAH MAKIN BERSERI
♥Cik B PUN MAKIN TEGANG
♥SUSU BADAN MELIMPAH RUAH

→Wow! Percaya atau tidak yang anda dapat merasai segala kebaikan dan bonus di atas dengan hanya mengambil ★Vitamin Asas seperti:

★ZINC COMPLEX
★VITALEA WITH IRON FORMULA
★ENERGIZING SOY PROTEIN

→YA! 3 SAHAJA! Ianya sudah memadai kerana semuanya telah mengandungi vitamin dan mineral lengkap untuk menjadikan anda kekal cergas sepanjang berpantang apatah lagi menyusukan anak!

→Bak kata orang, bajet tapi complete! Kan??? Berbaloi-baloi~~ ツツツ

→Secara ringkasnya fungsi vitamin-vitamin ini adalah:

✿Zinc complex membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Khasiatnya sama seperti memakan ikan haruan. So, x perlu lagi menutup hidung menahan bau hanyir ikan haruan kan? Hehe. Dan bonus dengan zinc complex ni dapat kuatkan rambut, bersalin kan bnyk kurangkan rambut, selamatkan diri sebelum botak! Huhu

✿ESP protein segera utk tenaga dan pemulihan sel. Ia juga mampu mengawal diet kerana akan rasa kenyang lebih lama. Dengan 3 sudu ESP sehari, anda pasti bertenaga dan tidak stress kerana dalam ESP juga mengandungi stgh vitamin B

✿Vitalea with iron formula adalah multivitamin dan multimineral utk memberi tenaga dan kekuatan. Dilengkapi Iron untuk membantu penghasilan darah merah ibu yang banyak kehilangan ketika bersalin.
********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Set Bersalin Shaklee Premium Untuk Berpantang Pembedahan dan Normal

Set Bersalin Shaklee Premium Untuk Berpantang Pembedahan dan Normal

Set Bersalin Shaklee telah menjadi satu fenomena di kalangan ibu Berpantang dan telah menjadi Set Bersalin Pilihan Ramai Ibu Berpantang






.Tapi kami amat faham ada pembaca yang kesuntukan masa untuk membaca keseluruhan artikel.  

Jadi di sini special untuk anda kami kongsikan 7 FAQ berkenaan Set Bersalin Shaklee untuk menjimatkan masa anda:


  • Bila boleh mula makan Set Bersalin? – Lepas bersalin boleh terus makan untuk recharge tenaga dan Banyakkan Susu.

    1. Saya Breastfeed, selamatkah produk ini? Sangat selamat malah membantu menurunkan jaundice bayi.
    2. Sesuaikah Untuk Ibu Bersalin Pembedahan – Set Bersalin ini sangat BAIK untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal. 
    3. Harga Set Bersalin Shaklee - Hanya RM150 sebulan. Baca detail Harga Set Bersalin Shaklee
    4. Boleh beli dengan harga Ahli atau Diskaun? Boleh, hubungi Siti Al’Izzah untuk Harga Diskaun atau klik sini untuk Beli Shaklee Dengan Harga Ahli
    5. Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain? Tak Perlu dan membazir kalau ambil. Set Bersalin ini 100% lengkap memenuhi keperluan ibu berpantang untuk pulih, slim, dan banyakkan susu
    6. Cara Makan Set Bersalin Shaklee – Ada disediakan bersama-sama packaging Set Bersalin
    Mommies juga boleh hubungi saya di Facebook saya di sini atau boleh WhatsApp atau Call saya di 0198668615 jika ada nak bertanya personally berkenaan Set Bersalin Shaklee. Saya amat mengalu-alukan anda di Facebook dan juga di WhatsApp :)  

    Buat yang punya kelapangan masa, artikel ini adalah sangat worth-to-read kerana ia mengandungi info menarik istimewa untuk anda :
    1. Pengalaman saya menggunakan Set Mengandung Shaklee dan Set Bersalin Shaklee.
    2. Review Istimewa dari Pengguna Set Bersalin Shaklee sejak 1997
    3. Kombinasi Set Bersalin Shaklee
    4. Kebaikan Set Bersalin Shaklee buat ibu berpantang dan menyusu.
    5. Kepentingan pengambilan vitamin menurut pandangan doktor pakar.
    6. Testimoni Set Bersalin Shaklee dari ibu Berpantang normal dan Pembedahan.
    7. Harga Set Bersalin Shaklee yang paling Murah dengan service exclusive dari pakar.
    8. Cara Makan atau Pengambilan Set Bersalin Shaklee yang Berkesan
    9. Perkongsian Ibu yang amat berpuas hati menggunakan Set Bersalin Shaklee

    Pengalaman Saya Menggunakan Set Mengandung Shaklee dan Set Bersalin Shaklee sejak 2007

    Masih segar di ingatan, semasa saya berusia 15 tahun, ayah saya membancuhkan Instant Protein Shaklee dan Performance Drink Shaklee untuk saya dan adik-adik minum sebelum ke sekolah. Itulah kali pertama kami mengenali Shaklee. Terima kasih ayah dan mak kerana memberikan yang terbaik buat kami.  

    ESP Shaklee dengan Almond dan Cinnamon Powder adalah sangat heaven :)   Setelah berumah tangga dan disahkan hamil, perasaan itu  tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Ini kerana saya pernah di diagnosis mengidap PCOS dan Doktor mengesahkan saya mempunyai masalah untuk hamil dan perlu menjalani rawatankesuburan. Alhamdulillah kuasa ALLAH tiada siapa mampu menghalang. Saya hamil secara semula jadi tanpa melalui rawatan kesuburan. Alhamdulillah maha besar dan maha hebat ALLAH… 

     Dulu saya PCOS, alhamdulillah ikhtiar Set Kesuburan Shaklee berhasil :) Tapi tu nanti dalam entry lain ya :) Semasa hamil, saya mengalami loya yang amat teruk yang doktor diagnosis sebagaiHyperemesis Gravidarum. Saya tidak boleh makan apa pun dan terpaksa di tahan di ward untuk bantuan. Waktu itu saya amat gusar dengan perkembangan baby saya. Dengan tak boleh makan selama berbulan-bulan, berat badan turun 9kg, saya khuatir adakah bayi saya membesar dengan sihat.    

    Lalu saya tawakkal kepada ALLAH. Dalam masa yang sama terdetik dalam fikiran saya – nanti dah sihat, saya nak makan Set Mengandung Shaklee sebagai Ikhtiar. Bila dah sihat tu saya terus ambil Set Mengandung Shaklee dengan disiplin, yelah sebab risau macam mana baby kan sebab masa awal kehamilan saya mabuk teruk sangat dan makan biskut saja (sebab tu je yang boleh masuk dan bertahan dalam perut) Alhamdulillah baby lahir sihat dan takde masalah. Malah tak mendapat jaundice pun. Alhamdulillah. Saya masih ingat reaksi nurse sewaktu menyambut baby saya lahir :
    Wah bersihnya kulit baby macam dah mandi :)
    Setelah bersalin dengan selamat, saya teruskan makan Set Bersalin Shaklee pula. Waktu tu asalnya memang bercelaru sangat, nak pilih Set Bersalin mana agaknya yang Terbaik dan dalam masa yang sama selamat untuk baby sebab saya ni menyusu.   

     Sebab dah terlalu pening nak buat pilihan, dan terlalu risau dengan keselamatan produk yang bakal memberi kesan kepada baby, maka saya decide untuk ambil je Set Bersalin Shaklee. Sebab saya sendiri pun dah makan sejak umur 15 tahun lagi dan saya dah lama follow class nutrition Shaklee dan saya tahu Shaklee memang 100% selamat untuk manusia dan alam sekitar. Maka saya yakin Set Bersalin Shaklee je la yang selamat untuk diambil Setiap kali hamil dan bersalin saya akan setia menggunakan Set Mengandung Shakleedan bila bersalin saya teruskan dengan Set  Berpantang Shaklee, dari anak pertama sehinggalah anak keempat.
     
    Gambar hiasan Irma Hasmie dengan babynya yang comel :) 
    Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan keputusan ini kerana kesan Kebaikan Set Bersalin Shaklee saya dapat nikmati sehingga hari ini alhamdulillah. Antara insiden yang membuatkan saya tersenyum dan bersyukur ialah bila bidan urut yang mengurut saya selepas bersalin anak keempat memberi satu komen yang jujur:
    “Dik badan kau ni elok la tak rosak pun walau dah bersalin anak 4, cantik je lagi tak macam orang lain dah kendur sana sini”
    Hihi tergelak kecil saya dengar kata-kata acik bidan tu, sambil bersyukur, alhamdulillah

    Review Istimewa dari Pengguna Set Bersalin Shaklee sejak 1997

    Sebenarnya saya mula mengenai Shaklee dari mak uda saya yang menggunakan Set Bersalin Shaklee sejak tahun 1997 lagi. Kini selepas 15 tahun konsisten dengan Vitamin Shaklee, mak uda saya masih cantik dan jelita walau dah berusia 52 tahun. Testimoni Set Bersalin Shaklee   
    Teruja kan baca Review Mak Uda saya ni. Anda akan lebih teruja jika melihat beliau in person. Body Shape beliau yang sangat cantik walau berusia lebih setengah abad, menyebabkan siapa saja yang mengenali beliau akan terus nak mencuba Produk Shaklee. Bagi saya mak uda adalah testimoni terbaik kejayaan penggunaan produk Shaklee yang berterusan real live success testimonial of Shaklee Products. Pada usia 52 tahun ini mak uda masih sihat, bebas dari sebarang penyakit walau keturunan kami adlah genetik yang kuat dengan diabetes dan darah tinggi. Semuanya dengan izin ALLAH juga. Alhamdulillah ikhtiar menjaga kesihatan dengan Shaklee ini membuahkan kesan yang sangat positif.

    Pilihan dan kombinasi yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee

    Pada bulan May 2013, setelah berhari-hari saya berfikir untuk memperluas perkongsian mengenai Set Bersalin Shaklee, akhirnya ALLAH berikan ilham untuk membuat 3 kombinasi Set Bersalin Shaklee iaitu :

    Kombinasi 1 : Set Bersalin Shaklee Set Asas

    Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Asas ini adalah yang paling basic sekali untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu berpantang. Pakej Asas ini sesuai untuk :
    1. Ibu bersalin Normal / Pembedahan / Keguguran
    2. Ibu yang dah habis berpantang tapi nak jaga kesihatan
    3. Ibu yang alami sakit-sakit badan selepas Berpantang
    Untuk ibu yang berpantang pula, Set Bersalin Shaklee Set Asas ini membantu dari segi :
    • Sembuh dari luka berpantang dengan cepat
    • membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa kelahiran
    • pemulihan luka dalaman rahim
    • mengelakkan stres untuk menghindar meroyan
    • memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi.

    Kombinasi kedua : Set Bersalin Shaklee Set Extra banyakkan susu ibu

    Set Bersalin Shaklee 
    Set Bersalin Extra pula mengandungi produk yang sama seperti Set Bersalin Asas. Cuma ada tambahan 2 produk iaitu ESP dan Ostematrix. Set ini khusus untuk membantu ibu yang ingin berikhtiar Banyakkan Susu Ibu. InshaaALLAH dengan Cara Pengambilan yang betul, anda akan mendapat hasil yang sungguh memuaskan. Set ini juga adalah merupakan Set Menyusu Shaklee.

    Kombinasi ketiga - Set Bersalin Shaklee Set Premium untuk banyakkan susu dan kurus

    Set Bersalin Shaklee 
    Menggabungkan fungsi breastfeeding dan juga menurunan berat badan dengan tambahan Lecithin dan Alfalfa.

    Kebaikan setiap satu produk yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee

    Pasti anda tertanya-tanya tentang macam mana Set Bersalin Shaklee ni nak ganti peranan jamu dan herba yang biasa digunakan oleh ibu berpantang kan? Saya dulu juga berfikiran yang sama. Akhirnya saya dah tahu rupanya pengambilan herba dan jamu dalam pantang tu juga adlah untuk mendapatkan zat dan vitamin yang penting untuk penyembuhan luka bersalin dan untuk mengecutkan rahim Contohnya : rupa-rupanya dalam proses mengecutkan rahim, Vitaimn C adalah memainkan peranan utama kerana ia ada fungi menegang dan mengecutkan tisu. Satu contoh lagi ialah : orang-orang tua pesan kita supaya makan ikan haruan semasa berpantang, rupanya adalah kerana ikan haruan tu kaya denga Zinc. Zinc ini adalah amat perlu untuk penyembuhan luka. Di sini saya ada sediakan special untuk anda, kebaikan setiap satu produk Shaklee dalam Set Bersalin Shaklee. Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee ESP Shaklee dalam Set Bersalin Shaklee 
    ESP Shaklee Hanya terdapat dalam Set Bersalin Extra dan Set Bersalin Premium Set Bersalin Shaklee
    Ostematrix Hanya terdapat dalam Set Bersalin Extra dan Set Bersalin Premium Set Bersalin Shaklee 
    Lecithin hanya terdapat dalam Set Bersalin Premium Set Bersalin Shaklee 
    Alfalfa hanya terdapat dalam Set Bersalin Shaklee Premium
    credit

    *********************************************************************************
    Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
    TESTIMONI SET BERPANTANG

    TESTIMONI SET BERPANTANG


    *********************************************************************************
    Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
    Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

    Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

     







    Minggu Pertama
    Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

    Minggu Ke-2
    Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


    Minggu Ke-3
    Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
    Minggu Ke-4
    Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

    Minggu Ke-5
    Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

    Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

    Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

    Minggu Ke-6
    Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

    Minggu Ke-7
    Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

    Minggu Ke-8
    Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


    Minggu Ke-9
    Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

    Minggu Ke-10
    Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
    Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu. Oleh sebab itu juga, disyorkan anda mengambil Vita-Lea Iron Formula untuk mengatasi masalah ini. Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya sudah lengkap dan kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

    ambil 1 tablet Vita-Lea/hari
    (120 tablets Vita-Lea untuk 4 bulan)


    Minggu Ke-11
    Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


    Minggu Ke-12
    Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

    Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

    Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

    Minggu Ke-13
    Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.



    Minggu Ke-14
    Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

    Minggu Ke-15
    Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

    Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

    Minggu Ke-16
    Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

    Minggu Ke-17
    Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
    Minggu Ke-18
    Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
    Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

    Minggu Ke-19
    Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

    Minggu Ke-20
    Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

    Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
    Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

    Minggu Ke-21
    Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

    Minggu Ke-22
    Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.


    Minggu Ke-23
    Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

    Minggu Ke-24
    Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

    Minggu Ke-25 & Ke-26
    Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
    Minggu Ke-27
    Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
    Minggu Ke-28
    Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

    Minggu Ke-29
    Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
    Minggu Ke-30
    Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

    Minggu Ke-31
    Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
    Minggu Ke-32
    Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

    Minggu Ke-33
    Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

    Minggu Ke-34
    Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

    Minggu Ke-35
    Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

    Minggu Ke-36
    Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

    Minggu Ke-37
    Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

    Minggu Ke-38
    Anda tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

    Minggu Ke-39
    Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.


    Minggu Ke-40
    Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.
    Tak lama lagi anda dan suami akan menerima kehadiran orang baru..tahniah !!


    Semasa hamil, ibu-ibu amat digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan lagi jika ibu yang hamil tidak dapat memenuhi diet harian yang seimbang seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan. Pada ketika ini, kita selalunya kurang selera makan, makan makanan yang lalu dek tekak ajer dan tak kurang jugak yang tak boleh minum susu....kalo memang jenis yang tak minum susu, memang wajib lah ambik suplemen,.,..tapi camna pulak dengan orang yang memang suka minum susu sebelum hamil, tapi bila hamil, tengok susu pun nak muntah..huhuhu..kena jugak ambik suplemen kerana kalsium sangat-sangat penting untuk pembentukan tulang, pertumbuhan gigi dan pembentukan sel bayi. Oleh sebab ini lah, suplemen amat penting kepada ibu hamil.

    Pengambilan vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah :-



    OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
    Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

    Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
    Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

    B-Complex - 1 biji sehariB Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

    Vitamin C - 1 biji sehari
    Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

    Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
    Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

    Energizing Soy Protein - minum sehari sekali Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

    Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jikalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B-Complex dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin Energizing Soy Protein (ESP)

    Credit : MamaFaiz
    ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee ********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai
    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
    Dilema Ibu Berpantang, Antara Jamu Dan Vitamin, Mana Lebih Sesuai ?

    Dilema Ibu Berpantang, Antara Jamu Dan Vitamin, Mana Lebih Sesuai ?

    Credit to anakkuwiraku.com

    Semenjak awal tahun lepas saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi. Alhamdulillah, last month sahaja ada 3-4 orang customer saya yang melahirkan anak kembar. Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli.



    Antaranya ialah

    1. Adakah ia selamat uuntuk penyusuan?

    2. Adakah ia bagus untuk atasi pemulihan kesihatan ibu yang baru melahirkan?


    3. Berapa kos yang perlu dibayar?


    4. Sejauh mana kebaikan mengamalkan produk tersebut?



    Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

    Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

    Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

    Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

    Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

    Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

    Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.



    Vitamin mana yang sesuai untuk ibu yang berpantang ye..? Jom kita baca bawah ni


    Vitalea with iron formula
    Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


    B complex
    Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


    Vitamin C 500mg sustained release
    Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


    Zinc

    Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


    *******************************************
    ********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
    1MalaysiaBlogger

    Senarai Blog

    Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

    Hubungi saya!

    ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
    PESANAN DI BAWAH

    Assalamualaikum

    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
    penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

    FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

    Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
    sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



    Pengikut

    Informasi




    Pengedar Shaklee Anda

    Pengedar Shaklee Anda
    Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

    My youngest son

    My youngest son

    My youngest daughter

    My youngest daughter

    My eldest daughter

    My eldest daughter

    My eldest son

    My eldest son

    Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Cari Blog Ini

    Catatan Popular

     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger