Perkembangan Bayi Dalam Kandungan 
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Minggu Pertama
Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan 
berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk 
memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel 
mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang 
ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau 
disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz 
embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula 
hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan 
bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas 
manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai 
memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan 
otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah 
ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu 
ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. 
Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada 
janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta 
rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan 
membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ 
reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam 
pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan 
berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang 
akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi 
kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu 
hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound 
dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. 
Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala 
bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic 
sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya 
pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah 
kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota 
tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu 
dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang 
paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai 
mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala 
jejari kakinya masih bercantum).
Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang 
lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat 
cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi 
kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu 
yang hamil amat memerlukan zat 
besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil 
untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang 
mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang dapat 
dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah 
demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. 
Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah 
daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan 
lesu. Oleh sebab itu juga, disyorkan anda mengambil Vita-Lea Iron Formula untuk 
mengatasi masalah ini. Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu hamil tidak perlu 
mengambil obimin lagi. Di dalamnya sudah lengkap dan kaya dengan iron (zat besi) 
di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. 
Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, 
pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
ambil 1 tablet Vita-Lea/hari
(120 tablets Vita-Lea untuk 4 bulan)
Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses 
pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. 
Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk 
melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan 
mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan 
membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa 
milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk 
termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira 
satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 
kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, 
menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak 
akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat 
daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar 
tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki 
dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan 
ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan 
minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air 
suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita 
sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda 
kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat 
lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran 
darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit 
kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan 
daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam 
keadaan yang selesa.
Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan 
menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal 
sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui 
perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa 
perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula 
berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah 
meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga 
boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan 
menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai 
tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara 
keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya 
yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm 
sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat 
sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan 
pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan 
memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula perkembangan pada 
minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita 
sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat 
mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah 
mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin 
meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan 
untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang 
sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan 
berdarah.
Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu 
ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim 
untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi 
untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi 
apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi 
selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks 
atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini 
adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem 
penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 
cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku 
dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara 
kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair 
keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan 
oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair 
itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami 
masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan 
ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa 
sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara 
bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan 
agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada 
melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita 
perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. 
Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya 
memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus 
tersebut. Pada masa ini anda  sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir 
dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak 
dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan 
perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang 
pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah 
terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang 
berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur 
kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. 
Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas 
hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita 
bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan 
kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan 
menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka 
menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula 
menyimpan air yang berlebihan.
Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 
dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. 
Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan 
dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), 
basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. 
Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita 
sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari 
dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu 
akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini 
baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan 
pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk 
dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang 
diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan 
sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi 
sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi 
kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga 
mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada 
bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia 
bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang 
dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada 
berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah 
atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan 
kita. 
Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada 
bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun 
ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada 
bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran 
telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak 
bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu 
malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips 
tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi 
minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan 
selesa.
Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati 
tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan 
kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi 
masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 
900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat 
badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di 
bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan 
berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi 
yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks 
ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang 
tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and  lihat apabila dia lahir kelak. 
Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai 
ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. 
Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran 
membawa perut yang membesar.
Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah 
betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang 
bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa 
ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi 
kelihatan agak tembam.
Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda 
akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan 
seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau 
tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah 
menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman 
termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula 
sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan 
keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal 
ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan 
bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang 
uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan 
sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang 
pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam 
kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. 
Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah 
terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu Ke-38
Anda tentu akan dapat merasa keadaan pundi 
kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang 
air kencing.
Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir 
sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita 
perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan 
indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas 
dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.
Tak lama lagi anda dan suami akan menerima 
kehadiran orang baru..tahniah !!
Semasa hamil, ibu-ibu amat digalakkan untuk 
mengambil suplemen tambahan lagi jika ibu yang hamil tidak dapat memenuhi diet 
harian yang seimbang seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan. Pada 
ketika ini, kita selalunya kurang selera makan, makan makanan yang lalu dek 
tekak ajer dan tak kurang jugak yang tak boleh minum susu....kalo memang jenis 
yang tak minum susu, memang wajib lah ambik suplemen,.,..tapi camna pulak dengan 
orang yang memang suka minum susu sebelum hamil, tapi bila hamil, tengok susu 
pun nak muntah..huhuhu..kena jugak ambik suplemen kerana kalsium sangat-sangat 
penting untuk pembentukan tulang, pertumbuhan gigi dan pembentukan sel bayi. 
Oleh sebab ini lah, suplemen amat penting kepada ibu hamil.
Pengambilan vitamin bagi menyokong dan 
menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana 
ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk 
jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita 
hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk 
kehamilan adalah :-
OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
B-Complex - 1 biji sehariB Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Energizing Soy Protein - minum sehari 
sekali Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, 
hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung 
dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein 
yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan 
kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka 
yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan 
mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu 
membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan 
protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan 
plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang 
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika 
mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang 
dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula 
memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa 
mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan 
muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada 
pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam 
rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jikalau ibu tidak 
mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang 
mengandungi Vitamin C, B-Complex dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin 
Energizing Soy Protein (ESP)
Credit : MamaFaiz
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse















Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com