Pulangkan Hak Susu Ibu Kepada Anak Anda
Pulangkan Hak Susu Ibu Kepada Anak Anda
Mungkin tajuk saya agak 
kasar, tapi saya tidak berniat mengguris perasaan anda semua.  Ada sebab kenapa 
saya tulis entry ni. Dan ianya berkaitan hak seorang anak dinafikan oleh ibu 
bapa sendiri atas alasan tak munasabah
Saya bertemu seorang bapa 
muda yang ceria dan periang. Beliau mempunyai seorang anak yang berusia setahun 
lebih dan dia berkongsi pandangannya mengenai susu ibu. Isterinya adalah seorang 
suri rumah tangga. 
Dia bercerita anaknya 
memang tidak diberikan susu ibu kerana pada pendapatnya, memberi susu ibu adalah 
sesuatu yang melecehkan terutamanya jika ingin berpergian ke mana-mana. Dia 
memberi contoh kepada saya, perlu mencari waktu dan ruang untuk mengepam susu. 
Saya katakan padanya, sebenarnya, tidak menjadi kesusahan pada saya untuk 
memerah susu dan memberikan susu kepada anak saya walau di mana 
sahaja. 
Sehingga hari ini anak saya 
sudah berusia dua tahun dua bulan dan saya masih berusaha hinggakan fasilitator 
yang mengajar menganggap anak saya baru berusia beberapa bulan. Nampak di sini? 
Fasilitator itu melihat semangat dan usaha saya serta sibuknya saya mengepam 
susu ibu seolah-olah saya baru saja melahirkan anak. Kalau saya yang kasar ini 
boleh menyusukan anak, anda juga boleh menyusukan anak anda lebih baik dari 
saya.
Tidak dinafikan 20-30 tahun 
dahulu sumber pengetahuan mengenai susu ibu kurang serta kemudahan untuk penyimpanan dan mengumpulkan susu ibu tidak 
semudah sekarang. Sekarang terlalu banyak sumber pengetahuan mengenai susu ibu 
dan kemudahan untuk menyimpan dan mengumpulkan susu boleh didapati dengan 
mudah. 
Tambah pula dengan 
kemudahan internet hanya klik saja jutaan 'entry' mengenai susu ibu boleh 
dirujuk. Anda juga boleh menyertai pelbagai forum penyusuan di internet. Tanya 
sahaja soalan-soalan yang anda ingin  tahu, dan dalam beberapa minit sahaja anda 
mendapat jawapan serta boleh berkongsi pengalaman dan pengatahuan dunia 
penyusuan dengan rakan-rakan yang berpuluh-puluh ribu kilometer jauhnya dari 
anda.
Sangat mudah 
untuk anda menjayakan penyusuan sehingga anak berusia dua tahun jika 
dibandingkan dengan zaman mak kita atau makcik kita. Berusaha terlebih dahulu 
sekiranya anda ada mengalami masalah penyusuan. Ada pelbagai cara yang boleh 
digunakan seperti mengambil vitamin ibu menyusu.
Saya tahu semua wanita 
boleh menyusukan anak masing-masing. Setiap kelahiran anak Allah berikannya 
makanan melalui susu ibu. Allah beri kelebihan susu ibu pada wanita ada 
sebabnya. Susu ibu penuh dengan khasiat dan manfaat kepada anak dan 
juga manfaat kepada diri ibu sendiri. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa sebab dan 
faedah. Semua haiwan menyusukan anak mereka hingga cukup suatu tempoh. Hanya 
kita sebagai manusia sahaja yang menafikan hak anak untuk mendapatkan nikmat 
susu ibu yang Allah telah beri kepada mereka.
Menyusukan anak adalah 
momen paling indah yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Anda semua boleh 
lakukannya. Saya akan bantu anda...Chayok-chayok ^__^
credit
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse






Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com