10 Sebab Anda Perlukan 1 biji Multivitamin Setiap Hari. 
10 Sebab Anda Perlukan 1 biji Multivitamin Setiap Hari.
Sekiranya anda malas nak mkn byk2 
vitamin..sekurang2nya..amalkan pengambilan 
sehari sebiji multivitamin..mulakan dari sekarang..dan bukannya bila dah 
sakit... kenapa saya kata 
sebiji sehari?
Antara 
pengguna VITALEA SHAKLEE adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad 
Jom saya kongsikan apa kata penulis 
sususejat.com:
10 sebab 
mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari (tak kiralah brand 
apa yg anda pilih yer..)
1) Nutrien yang 
mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bhg 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ 
(metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan 
paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur 
merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah 
pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping 
nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan 
lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat 
badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru 
aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh 
badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. 
Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, 
sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan 
menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah 
lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan 
kekurangan micronutrient dalam 
diet.
2) Faktor 
sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak 
pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), 
terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di 
rumah.
3) Termusnah 
akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan 
satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu 
suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin 
akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung 
dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4) Stress 
(tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika 
seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa 
nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan 
sebagainya.
5) Kualiti 
makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin 
tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara 
organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak 
‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien 
yang terkandung di dalamnya.
6) Pencemaran 
Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam 
sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem 
ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi 
daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak 
mencukupi.
7) Tabiat makan 
memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya 
bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber 
micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral 
wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet 
vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak 
mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.
8) Tahap 
penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, 
terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam 
memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa 
mencukupi.
9) Harganya yang 
murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil 
sebiji setiap hari,harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh 
menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni 
(hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk 
membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10) Role Model 
kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya 
mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan 
pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau 
ambil ialah “Shaklee”).
Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan 
supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, 
teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang 
belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki 
sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat 
lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih 
belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka 
yang ingin menurunkan berat badan sahaja
Memang menarik fakta2 di 
atas.. 10 sebab yang tak boleh kita semua nafikan...... dan sebab tu saya kongsikannya di sini untuk 
kita semua...tak kiralah brand apa yang anda pilih... pastikannya multivitamin 
anda adalah yg terbaik...
credit
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse





Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com