Manfaat Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi
Manfaat Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi
Berdasarkan sepotong ayat dari 
al-Qur-an,
 
Saat menyusukan bayi adalah momen yang paling istimewa dan berharga. Ketika menyusukan bayi ini lah saat-saat keemasan untuk membentuk jalinan ikatan yang lebih erat dan mesra antara ibu dan anak. Sewaktu menyusu ibu dan bayi saling bertatapan mata, bayi merenung lebih dekat muka si ibu dan juga dapat menyentuh muka ibunya, selain berasa selesa dalam dakapan penuh kasih sayang dan mesra si ibu dan juga masih boleh mendengar degupan jantung ibu sama ketika si bayi masih dalam perut ibu, membuatkan bayi menjadi tenang, yakin, berasa selamat, berasa dilindungi dan berasa disayangi.
'...Dan ibu -ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka 
selama dua tahun genap iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan 
penyusuan itu' - 
Surah al-Baqarah.
Saat menyusukan bayi adalah momen yang paling istimewa dan berharga. Ketika menyusukan bayi ini lah saat-saat keemasan untuk membentuk jalinan ikatan yang lebih erat dan mesra antara ibu dan anak. Sewaktu menyusu ibu dan bayi saling bertatapan mata, bayi merenung lebih dekat muka si ibu dan juga dapat menyentuh muka ibunya, selain berasa selesa dalam dakapan penuh kasih sayang dan mesra si ibu dan juga masih boleh mendengar degupan jantung ibu sama ketika si bayi masih dalam perut ibu, membuatkan bayi menjadi tenang, yakin, berasa selamat, berasa dilindungi dan berasa disayangi.
Pakar 
Perunding Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan 
Malaysia (HUKM) Dr. Seri Suniza Sufian juga mengakui, penyusuan ibu 
sekurang-kurangnya sejam pertama selepas kelahiran akan dapat mempercepatkan 
pembentukan susu ibu.Keadaan ini 
secara tidak langsung dapat memberi kesempatan kepada ibu untuk melihat dan 
menyentuh bayi yang baru dilahirkan secara dekat serta mesra. Sentuhan dan 
renungan di antara ibu dan anak adalah rangsangan penting dalam menjalin 
hubungan antara mereka. 
Bayi yang menyusu badan sebenarnya akan lebih 
berkeyakinan kerana mendapat kasih sayang dan juga perhatian yang 
secukupnya.Selain itu penyusuan susu ibu ini merupakan satu jaminan kasih 
sayang yang utuh antara ibu dan anak sepanjang hayat!! bukan sekadar ketika 
si bayi kecil sahaja.!!
Ramai ibu bapa moden yang risau penyusuan susu 
ibu kepada bayi akan menyebabkan anak tidak boleh berenggang dengan si ibu, 
tetapi sebenarnya anak yang rapat dengan ibu bapa mudah dilentur 
dan dibentuk keperibadiannya kerana dia sering akan mencari ibu bapa 
sebagai tempat rujukannya ketika menghadapi masalah dan bukannya kepada 
kawan-kawan sebagai tempat mengadu. Bukankah penyusuan susu ibu itu lebih elok 
untuk membentuk keperibadiaan cemerlang si anak?!!
Betapa bernilainya susu ibu ini buat si manja anda kerana:
- Susu ibu memberi 
keperluan pemakanan yang sempurna mengikut perkembangan 
bayi. 
 
- Susu ibu juga sentiasa 
berubah-ubah mengikut suhu persekitaran, dimana apabila cuaca panas tekstur susu 
berubah menjadi cair, bertujuan untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu 
sebrlum mengenyangkan. Apabila cuaca sejuk, tekstur susu berubah menjadi lebih 
pekat (kandungan lemak lebih banyak dari air) yang dapat menghangatkan dan 
memberi keselesaan kepada bayi kala cuaca sejuk
 
- Susu ibu juga mengadungi 
protein, lemak dan omega-3 yang mudah dihadam untuk perkembangan mental dan 
fizikal yang optimum berbanding susu formula (saya akan bincangkan dalam topic 
yang lain nanti)
 
- Susu ibu juga sebenarnya 
dapat meransang perkembangan otak dan sistem saraf bayi, yang membuatkan si 
manja lebih cepat belajar dan perasaan ingin tahu 'explore' itu lebih menebal 
dalam diri mereka.
 
- Susu ibu memberikan antibodi di fasa awal 
kelahiran bayi, di mana ketika ini tubuh bayi amat-amat lemah dan susu ibu dapat 
memberikan antibodi mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana susu ibu 
mengandungi vitamin A dan E, mematangkan usus (mengurangkan kolik), mencegah 
alahan, mengeluarkan mekonium dari saluran pencernaan tubuh 
bayi.
 
- Susu ibu mengelakkan dihidrasi kepada bayi ketika demam dan 
dapat menyembuhkan demam dengan lebih cepat. Jadi kerapkanlah menyusukan bayi 
anda ketika si manja demam
 
- Susu ibu amat bersesuaian dengan ph tubuh bayi kerana susu 
ibu adalah dari sumber manusia jadi amat-amat sesuai dengan keperluan 
perkembangan seorang manusia yang baru lahir. sebab itu Allah kurniakan susu ibu 
kepada wanita yang bergelar ibu, bukan sekadar mencipta susu ibu 
sahaja!!
 
- Susu ibu menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan 
risiko penyakit kencing manis dan kanser dikalangan 
kanak-kanak.
 
- Susu ibu dapat mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia (jangkitan paru-paru), meningitis (radang membran pelindung yang menutupi otak dan sumsum tulang belakang) dan cirit birit pada bayi.
 
- Susu ibu dapat melindungi bayi daripada alahan seperti kolik, penyakit kulit, hidung, lelah, cirit birit, muntah serta alahan pada makanan.
 
- Susu ibu dapat mengurangkan risiko penyakit usus 
(necrotising entrolitis) di kalangan bayi 
pramatang
 
- Susu ibu dapat mengurangkan kerosakan gigi, penglihatan, 
mengurangkan kelemahan pertuturan serta membantu perkembangan 
rahang.
 
- Susu ibu memberi jaminan kesihatan pada masa panjang iaitu 
apabila si bayi dewasa kelak bukat setakat ketika si manja kecil sahaja. Dimana 
susu ibu membentuk sistem imun yang tinggi kepada bayi sedari kecil yang dapat 
mengurangkan masalah-masalah kesihatan apabila dewasa kelak seperti penyakit 
jantung, kencing manis, kanser, obesiti dan 
lain-lain
 
- Susu ibu dapat mengurangkan risiko kematian mengejut bayi 
(SIDS) yang mana bayi yang menyusu dengan susu formula dari hari pertama 
kelahiran lebih berisiko untuk mengalami simptom 
ini.
 
- Susu ibu tersedia pada bila-bila masa, suhu susu ibu adalah 
mengikut suhu badan dan juga sentiasa tersteril membuatkan susu ibu amat kuarang 
tercemat berbanding susu fomula atau susu 
lain.
 
- Susu ibu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, dimana semenjak dari bayi, bayi tersebut sudah mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya dan ini membentuk keperibadian cemerlang apabila dewasa kelak. Bayi yang menyusu susu ibu lebih berkeyakinan, ceria dan cergas ^_^.
 
Jadi 
berikanlah bayi anda susu ibu dari sejam pertama kelahirannya kerana komposisi 
kolustrum yang hanya wujud dalam payudara ibu dalam tiga hari pertama dapat 
membina antibodi melawan penyakit dan dapat mencegah jaundis kepada bayi kerana 
susu ibu terutama kolostrum juga sejenis 'laksatif' semulajadi (berfungsi seprti 
julap) yang dapat mempercepatkan pembuangan mekonium (mekonium yang masih 
terkumpul dalam usus bayi akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah)!!.. 
bukannya cari dan beri anak anda minum susu kambing!!..Ya, memang betul susu 
kambing itu, adalah susu yang terbaik selain susu ibu dan merupakan makanan 
sunah Rasulullah s.a.w tetapi Allah telah menganugerahkan susu ibu yang 
mengandungi lebih 300 khasiat untuk kebaikan dan tumbesaran 
bayi. 
Berikanlah anak anda penyusuan secara eksklusif 
selama 6 bulan pertama kemudian berikanlah bayi anda makanan pelengkap dan 
teruskanlah penyusuan susu ibu sehingga bayi mencapai 2 tahun atau lebih 
mengikut kehendak ibu dan anak berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia 
(WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Penyusuan secara eklusif 
(hanya susu ibu semata tanpa makanan dan juga air masak!!) adalah penting untuk 
mencapai pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang sebaiknya




Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com