Faktor Kenapa Vitamin Tak Berkesan. 
Faktor Kenapa Vitamin Tak Berkesan.
Tindakbalas 
vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu 
yang lain.  Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, 
penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil 
vitamin.  Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi 
masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas 
atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja.  Badan perlukan 
masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output 
sepatutnya. 
Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini juga perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Kita disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.
 
Tips 
Penting (buat 
ibu hamil yang mengalami low Hb):
*Kredit: AnakkuWiraku.com
Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini juga perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Kita disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.
Selain 
itu, perlu juga ambil tahu Do's 
and Dont's tatkala 
mengambil pemakanan tambahan ini. Walaupun sebenarnya tidaklah perlu pantang 
beria untuk makan vitamin ini, tapi, alangkah baiknya jika kita dapat ambil 
dengan cara yang terbaik, yang membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari 
vitamin tersebut seoptimum mungkin, kan?
Berikut ialah 
beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin yang merasakan 
tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian 
mereka. Di antaranya ialah:
1. 
Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai 
yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang 
bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta 
menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak 
apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh 
berlaku dengan lebih baik.
2. 
Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu 
masa.
Apabila 
kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita 
hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak 
tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba 
agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda 
agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini 
juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa 
tertentu sahaja.
3. 
Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya 
anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat 
secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan 
darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan 
jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh 
amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu 
makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 
jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. 
Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. 
Pantang larang makan vitamin.
Tahukah 
anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil 
bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu 
sendiri.
Tahukah 
anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh 
mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang 
perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu 
mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal 
kehamilan.
(1) 
Makanlah sumber Iron (i.e. Shaklee Vita-Lea Iron Formula) bersama-sama sumber 
vitamin-C (i.e. Shaklee Vita-C 500mg), kerana vitamin C bantu penyerapan zat 
besi yang lebih optimum.
(2) 
Elakkan makan sumber Iron (i.e. Shaklee Vita-Lea Iron Formula) bersama-sama 
sumber kalsium (i.e Shaklee OsteMatrix, susu, keju) kerana kalsium akan 
mengganggu penyerapan zat besi secara optimum. 
Makanlah 
vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang 
utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri 
pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan 
yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda 
beli!
Makanlah 
dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang 
anda amalkan. Hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi 
ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan 
penghasilan susuibu.
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse





Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com