SUSU HAMPIR KERING
SUSU HAMPIR KERING
Ramai ibu 
menyusu yang pernah alami susu merudum yang dahsyat hingga hampir kering susu 
badan.  memang tertekan sungguh perasaan si ibu ni. Masa tu dalam kepala dah 
mula merancang nak beri susu formula kepada anak. Tambah pula orang sekeliling 
(suami, mertua, babysitter) tak berapa menyokong penyusuan badan, lagilah si ibu 
rasa tertekan.
Oh NO.. Katakan 
TIDAK kepada susu formula! Jangan cepat menyerah kalah, jangan mudah putus asa 
dan jangan cepat putus akal. Jom kita berusaha, tambah ilmu, gali ilmu macamana 
nak atasi masalah susu merudum ni.  Jom baca pengalaman seorang ibu menyusu yang 
alami susu merudum selepas meninggalkan anaknya selama 10 hari ketika 
mengerjakan umrah baru-baru ini.
"Ini adalah kisah saya sendiri, yang mana saya mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat
Dari purata 20 oz sehari kepada 3 oz 
sehari.
Apa? Ambil milk booster? Ambil supplement?  FYI saya 
adalah pengamal supplement dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan 
PENYEBAB susu ibu menjadi banyak. Ada rahsia di sebaliknya… Itu cerita 
lain.
OK, bila susu saya merudum sehingga 70%, sudah pasti 
saya jadi resah. Betul kan? Siapa tak susah hati.
Jadi, apa yang saya lakukan?
(1) Praktikkan HYPNO-BREASTFEEDING. 
Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin 
bahawa masalah ini dapat diatasi.
(2) BERSYUKUR sedar 
atau tidak, kita cuma tahu bersyukur selepas mendapat nikmat. Sedangkan 
sebenarnya nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat 
tu datang.
(3) BERDOA maaf 
cakap, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang 
banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa 
(kalau hafal lagi bagus), doa je dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun. Allah 
faham.
3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang 
menemui masalah dalam penyusuan. Kemudian..
POWER 
PUMPING
Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu kepada saya 
tentang susu badannya yang kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau 
supplemen extra lagi yang patut beliau ambil (beliau juga 
mengamalkannya).
Saya jawab mudah saja. Makanan harus seimbang, dengan 
semua elemen mengikut piramid makanan. Suplemen atau milk booster adalah 
pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutup aurat, kemudian warna, jenis 
kain, hiasannya… Semua terpulang kepada empunya badan.
Namun, sebagus mana milk booster itu pun, jika tiada 
stimulasi (dari pam atau bayi), tiadalah akan berhasil. Kerana susu ibu 
berkonsepkan – pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, 
makin banyak pengeluaran.
Lalu saya meminta beliau melakukan 
power pumping
. Beliau yang pertama kali melakukannya, mengikut saja tips saya.
power pumping
. Beliau yang pertama kali melakukannya, mengikut saja tips saya.
Selepas seminggu beliau menghubungi saya “Terima kasih,  Sekarang susu saya dah banyak semula. Bagus lah power pumping 
ni,”
Syukur alhamdulillah.
Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu 
kebelakangan. Setiap hari, saya melakukan power pumping 1 atau 2 
kali.
Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan 
overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan 
pun..
Ia bukan magic ya. Sehari dua memang tak nampak apa2. 
Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada 
peningkatan sikit.
Dan saya mengambil kita semua aspek secara holistik. 
Fizikal, emosi…
Sabar.
Syukur.
Syukur.
Alhamdulillah selepas 2 minggu, susu saya dah 80% 
recover. Bermakna saya masih kurang 4 oz untuk kembali kepada asal. Dan daripada 
amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!
Jadi, buat ibu2 yang mengalami nasib yang sama.. Jangan 
berputus asa, berusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakallah. Pasti Allah tidak 
membiarkan hamba-Nya selepas Dia memerintahkan ibu2 untuk menyusukan anak dengan 
lengkapnya selama 2 tahun.
Insya-Allah, biidznillah."
So ibu-ibu di luar sana, tiada jalan mudah untuk 
dapatkan susu yang banyak. Jangan cepat putus asa kerana rezeki anak tetap ada 
cuma ibu perlu sedikit usaha. Jangan stress jika susu sikit ok!
Bertenang ye!
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse




Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com