Surirumah Biasa Atau Surirumah Kaya?

Surirumah Biasa Atau Surirumah Kaya?



Salam semua.. hari ni terpanggil untuk bercerita tentang surirumah.. Pada semua surirumah, ini cuma pandangan dan pendapat saya.. Mungkin mampu merubah pemikiran anda, atau sekadar coretan bagi mengisi masa lapang anda. Tajuknya..surirumah biasa atau surirumah kaya?

Surirumah biasa atau surirumah kaya? Nama pun surirumah, mampu ke nak menjadi kaya? Lainlah jika suami kita memang orang kaya dan tak perlu buat apa-apa kita dah menumpang tuah suami kaya. Itu rezeki masing-masing. Namun bagi isteri yang suaminya orang kebanyakkan, bagaimana nak menjadi seorang yang kaya? Rutin harian kita dah dipenuhi dengan kerja rumah yang tak pernah habis-habis dan mengasuh anak-anak tersayang.. Mana ada masa?

Itu persepsi lama. Hakikatnya, ramai surirumah hari ini, di Malaysia, yang telah mampu menjana wang dari rumah. Dan jangan terkejut jika saya katakan ramai juga di antara surirumah ini telah menjadi kaya! Menarik bukan? Tapi bagaimana? Semestinya melalui perniagaan online. Satu-satunya cara bagaimana surirumah hari ini mampu menjana pendapatan di rumah, di samping menjaga dan menguruskan keluarga di rumah.




Surirumah Kaya



Melalui perniagaan online, pelbagai perniagaan dapat dikembangkan dari rumah. Ibu-ibu perlu belajar bagaimana menggunakan Facebook dan Blog bagi memungkinkan pendapatan maksimum diraih. Jika ada yang mengatakan tidak tahu.. pada saya itu isu kecil. Tidak tahu kita boleh belajar. Banyak sumber yang anda boleh access untuk mempelajari selok-belok perniagaan online ini.

Yang penting, anda perlu tahu apa bisnes yang ingin anda lakukan. Dan untuk memudahkan anda, pilihlah bisnes yang anda minat, jadi anda akan enjoy melakukan bisnes ini tanpa rasa terpaksa. Dan tanya juga diri, kenapa perlu anda melakukan bisnes dari rumah? Jika jawapannya anda ingin membantu menambah pendapatan keluarga atau ingin menjadi surirumah kaya, maka teruskanlah hasrat anda. Jika sekadar ingin mengisi masa lapang, saya bimbang bisnes anda tidak akan bertahan.

Mungkin agak lucu bagi sesetengah orang bila mendengar “surirumah kaya”. Tapi percayalah, setiap ibu ada impiannya tersendiri, dan lazimnya ibu akan mengorbankan segalanya bagi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Jika dulu, surirumah bermakna hanya duduk di rumah dan menguruskan keluarga. Tetapi, sekarang kita mampu meneroka seluruh dunia dan isinya dengan teknologi canggih internet, kenapa kita tidak mengambil peluang ini sewajarnya?

Fikir-fikirkan.. perjalanan kita masih jauh. Perjalanan anak-anak juga sangat jauh. Mempunyai 2 pendapatan dalam keluarga lebih baik dari satu. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya anda masih mampu mempertahankan nasib keluarga. Bertindak sekarang, kerana masa tak pernah menunggu kita!

Bertemu lagi di lain siaran! Semoga impian anda menjadi surirumah kaya berjaya.. Amin.


credit



Shaklee Independent Distributor (ID : 869586)
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you
******************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger