Diabetes Semasa Kehamilan

Diabetes Semasa Kehamilan

Assalammualaikum..


Entri kali ni, suka saya nak berkongsi info tentang diabetes semasa kehamilan..atau lebih dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM)





GDM adalah satu masalah kehamilan yang boleh melanda ibu yang mempunyai risiko-risiko yang berkaitan. Rawatan moden dapat memastikan kesudahan sempurna bagi ibu dan bayi. Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.
Punca berlakunya GDM :- Perubahan hormon dalam badan (estrogen,kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormondalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.

Faktor yang berkaitan dengan GDM:
~ Obesiti atau kegemukan
~ Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
~ Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
~ Air ketumban yang berlebihan
~ Wanita yang berumur 35 tahun keatas

Antara Risiko Yang Mungkin Dialami Oleh Ibu dan Kandungan
********************************************************
Risiko pada ibu yang mengandung:-
~Tekanan darah meningkat semasa mengandung
~Jangkitan kuman semasa mengandung
~Trauma kelahiran pada saluran bersalin
~Peluang bersalin secara ceasearan adalah tinggi
~Risiko untuk mendapat diabetes pada masa akan datang



Risiko pada bayi yang dikandung :-
~ Bayi bersaiz besar, berat melebihi 4 kg (macrosomia)
~Tahap gula dalam badan rendah
~Kesesakan nafas semasa lahir
~Sakit kuning (jaundise) yang berpanjangan
~Kesukaran melahirkan anak (trauma kelahiran)


Bagaimana GDM dikesan:- GDM hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.






Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus:- Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal. Rawatan yang disarankan
termasuklah:-
~Diet yang khusus
~Senaman
~Paras gula dalam darah perlu diawasi secara harian
~Suntikan insulin

Ujian Toleranse Glukosa Secara Oral (OGTT)
Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
Puasa < 6.0
1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0






Dalam kebanyakkan kes, GDM diuruskan atau dikendalikan dengan diet yang seimbang dan senaman dan penyakit ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang memerlukan insulin untuk menangani dan mengawal masalah diabetes seperti ini. Jika anda tetap mengambil suntikan insulin, ia akan memastikan glukosa darah berada dalam keadaan stabil, dimana akan mengurangkan kadar risiko terhadap anda dan anak yang dikandung.


Berat Badan dan Pemakanan:
Makanan seimbang adalah kunci untuk kandungan yang sihat. Pemakanan yang disarankan adalah sama dengan semua wanita yang mengandung. Kadar penambahan berat badan akan dikenalpasti berdasarkan berat badan sebelum mengandung. Seterusnya, kadar penambahan berat badan semasa mengandung seharusnya sedikit dan tetap. Kebanyakkan wanita memerlukan sebanyak tiga kali makan utama dan dua hingga tiga kali makanan ringan. Ini akan memastikan satu bekalan glukosa cukup untuk pembesaran bayi.
Sekurang-kurangnya 50% dari tenaga yang diambil datang dari karbohidrat, 20 peratus dari protin dan bakinya 30% dari lemak.

Penambahan berat badan yang wajar semasa mengandung:-
· 1st trimester 0.5 hingga 1.0kg
· 2nd dan 3rd trimester 0.2 hingga 0.5 kg seminggu
(wanita yang mengalami berat badan berlebihan seharusnya mencapai penambahan kadar yang paling rendah,dan wanita yang kurang berat badan harus mendapatkan kadar paling tinggi dalam penambahan berat badan)

Senaman :
Senaman adalah cara terbaik untuk membantu memperbaiki kandungan gula dalam darah. Aktiviti bersenam seperti berjalan kaki selepas pengambilan makanan atau pada waktu tertentu boleh membantu mengawal kadar kandungan glukosa darah. Senaman juga amat penting untuk menyediakan diri untuk melahirkan anak.

Risiko mengalami GDM bertambah jika seseorang ibu mempunyai:
· Keturunan keluarga kencing manis (ibu bapa atau abang dan kakak.)
· Mengidapi GDM pada kandungan sebelum ini
· Berlaku kecacatan pada kelahiran anak sebelum ini
· Obesiti atau kegemukan berlebihan
· Menjadi ibu pada usia matang(melebihi 35 tahun)
· Sejatah kejadian bayi meninggal dalam kandungan
· Pernah melahirkan bayi melebihi 4 kg
· Air ketumban yang berlebihan
· Mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung
********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger