KANAK-KANAK GEMUK COMEL ATAU BAHAYA?
KANAK-KANAK GEMUK COMEL ATAU BAHAYA?
Malaysia memang terkenal sebagai negara yang majoriti rakyatnya adalah obesiti termasuklah kanak-kanak. Mind set sesetengah pihak mengatakan bahawa kanak-kanak yang gemuk adalah comel, sihat, dan bebas dari penyakit. Tapi, tahukah anda bahawa kanak-kanak yang gemuk sejak bayi akan berisiko untuk menjadi gemuk apabila dewasa nanti dan akan menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya ekoran daripada “kecomelan” tersebut seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan gangguan pernafasan.
Saya akan kongsikan beberapa info dan tip berkenaan masalah yang sedang meningkat sekarang ini.
Punca obesiti. KENAPA ANAK SAYA GEMUK?
1) Genetik dan Keturunan
Kalau keluarga memang berketurunan obesiti, memang secara tidak langsung obesiti ini akan menjadi keturunan disebabkan oleh masalah genetik.
2) Persekitaran
Terutamanya masalah pemakanan dan juga dengan lambakan pelbagai jenis makanan segera di pasaran sekarang. Konon mudah, senang dan cepat tapi kesannya?
3) Cara Hidup
Kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, bermain komputer dan segala jenis gadget yang canggih daripada melakukan aktiviti luar rumah seperti bersenam.
4) Psikologi
Psikologi kanak-kanak dan golongan dewasa dimana yang mengalami masalah tekanan perasaan akan mengatasinya dengan makan dengan lebih banyak daripada biasa termasuklah kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.
5) Masalah metabolisme
Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Kadar metabolisma yang rendah akan menyebabkan jumlah lemak dan kalori dalam badan senang terbentuk dan susah untuk dibakar. Masalah rendah kadar metabolisma adalah kerana kurangnya hormon leptin dan lebih hormon kortisol.
Penyakit Yang Mendatang. APA RISIKO KEPADA ANAK SAYA?
- Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
- Masalah jantung
- Darah tinggi
- Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
- Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.
Penyelesaian. APA YANG PATuT SAYA BUAT?
Didik anak dengan mengambil makanan yang sihat, berkhasiat disamping mengajak anak bersenam bersama-sama. Walaubagaimanapun, proses penurunan berat badan tidak berlaku dalam masa singkat dengan perubahan yang mendadak. Jadi, ibubapa dan keluarga perlu memberikan sokongan kepada anak-anak. Nasihat kepada ibubapa, jangan kurangkan kuantiti makanan anak-anak dengan alasan untuk menurunkan berat badan, tetapi berikan makanan yang lebih sihat seperti sayur dan buah dengan lebih kerap dan lebih banyak. Banyakkan memberi kata-kata semangat dan kata-kata positif untuk menarik minat anak-anak untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat sekaligus menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, selamat dan berkesan.
Pemakanan Yang Berkhasiat. Bagaimana Menarik Minat Anak Saya?
Seluruh seisi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat, bukan hanya anak-anak, jadi tidak wujud persekitaran yang terpencil dan diskriminasi kepada anak-anak.
Setiap kali memilih makanan, pastikan makanan yang dipilih tinggi serat dan rendah lemak.
Jika umur anak sudah mencecah melebihi 2 tahun, berikan susu yang rendah lemak untuk membantu menurunkan berat badan dan pastikan anak-anak makan di atas meja mkan.
Shaklee Boleh Tolong Anak Saya?
Set Kanak-kanak Shaklee untuk kanak-kanak yang aktif, cerdas, cergas dan pintar.
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you
******************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com