Kencing manis dan Anda
Kencing manis dan Anda
Assalamualaikum,
Penyakit kencing manis kebiasaannya berlaku tanpa mengira
umur, pengambilan makanan manis atau pun keturunan boleh menjadi penyebab
kepada penularan penyakit kencing manis ini.
Selalunya sekiranya ada rakan-rakan yang minta konsultasi
tentang diabetes, saya akan sarankan untuk mengambil Fiber (serap & kawal
kandungan gula, kolesterol etc dalam darah) dan Alfalfa (kawan baik buah
pinggang! Bantu buah pinggang memproses & menghadam dengan baik). Jika
tidak mampu untuk ambil keduanya, cukuplah sekadar mengambil FIber sahaja
dahulu.
Namun, artikel di http://pmr.penerangan.gov.my/
menerangkan lebih lanjut tentang penyakit diabetis ini secara
berperingkat-peringkat
1. Diabetes bersandar insulin - jenis pertama (Type 1 diabetes)
* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.
* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.
* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.
* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.
* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.
* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.
* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.
* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.
* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.
* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.
2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)
* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.
* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.
* Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.
* Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
4. Diabetes bentuk lain
* Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
Pencegahan Pilihan Terbaik
Rawatan paling baik untuk segala penyakit ialah pencegahan awal. Bolehkah diabetes Jenis 2 dicegah? Pasti sekali boleh! Cara terbaik untuk mencapai matlamat ini ialah melalui pendidikan tentang gaya hidup, pemakanan, dan kaedah pengambilan suplemen nutrisi.
Contoh nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang agak tinggi dari biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Vanadium Sulfate, Zink, dan Kromium. Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA), sejenis antioksidan sejagat yang mampu berfungsi dalam kedua-dua bahagian yang berair dan berlemak dalam sel.
Asid alfa lipoik
Asid Alfa Lipoik (ALA) ialah sejenis antioksidan semulajadi yang amat berkuasa dan ia menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan terhadap saraf jika pengawalan gula darah (glukosa) tidak memuaskan. ALA telahpun digunakan selama lebih 30 tahun di Eropah (terutama sekali di Jerman) untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (Jenis 1 dan 2). ALA juga membantu meningkatkan penggunaan glukosa oleh otot, suatu tindakan yang amat penting bagi pesakit diabetes. Mereka yang menghidapi pra-diabetes dan diabetes dinasihatkan mengambil tambahan ALA antara 400 hingga 600 miligram (mg).
Vanadium sulfate
Vanadium Sulfate mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa pada mereka yang menghidap diabetes Jenis 2. Vanadium Sulfate diketahui dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Oleh kerana vanadium mempunyai kesan menyerupai insulin, maka kehadiran mineral surih ini dalam jumlah kecil tidak mencukupi bagi mereka yang mengalami keabnormalan gula dalam darah.
Kromium
Kromium membantu pesakit diabetes dan pra-diabetes meningkatkan sensitiviti insulin dengan meningkatkan kedua-dua bilangan reseptor insulin dalam sel dan juga aktiviti reseptor tersebut. Mengambil suplemen kromium akan mewujudkan pengawalan gula yang lebih baik dengan hanya menggunakan sedikit insulin sahaja.
Mecobalamin untuk saraf
Para saintis Jepun telah mengenal pasti bentuk aktif vitamin B12 yang boleh melindungi kita dari penyakit neurologi (saraf) dan penuaan, dikenali sebagai mecobalamin. Sesetengah gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi mecobalamin - termasuklah neuropati periferal (peripheral neuropathies).
Manfaat Mecobalamin untuk kesihatan saraf termasuklah melindungi dari kerosakan saraf, membantu pertumbuhan semula jalinan saraf dan mengurangkan kesakitan saraf.
Perkataan neuropati merujuk kepada saraf (neuro) dan penyakit (pathy). Maka neuropati periferal merupakan keadaan melibatkan saraf yang berada di luar sistem saraf pusat, kebanyakannya di lengan dan kaki.
Urat saraf merupakan talian komunikasi badan kita. Isyarat elektrik dari otak dipancar melalui saraf dan memberi arahan kepada berbagai bahagian badan kita. Badan juga menerima maklumat dari alam sekitar melalui deria dan menghantar maklumat tersebut kepada otak melalui saraf.
Sebahagian besar saraf periferal bertanggungjawab terhadap deria rasa seperti sentuhan, kesakitan dan sejuk atau panas suhu. Sebenarnya terdapat berjuta hujung saraf ini pada jari tangan anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka bentuk untuk melindungi diri dari segala bahaya dan menjauhkan kita dari suasana atau objek yang panas, sejuk, tajam dan lain-lain.
Gejala Neuropati Periferal termasuk:
Kebas atau tidak sensitif terhadap rasa sakit atau suhu.
Rasa berdenyut-denyut, panas atau menyucuk-nyucuk.
Rasa sakit yang meruncing atau kekejangan.
Sensitif yang amat sangat terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang ringan.
Kehilangan imbangan dan koordinasi.
Membeli suplemen
Pesakit diabetes mudah terdedah kepada jangkitan dan luka yang lambat sembuh. Satu kajian penting menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama satu tahun mengalami kadar keuzuran dan jangkitan. Jika anda seorang pesakit diabetes atau pra-diabetes, maka keperluan nutrisi anda adalah berlainan.
Oleh itu, jangan lupa untuk mendapatkan suplemen harian multivitamin dan mineral yang mempunyai semua bahan disebut di atas dengan kandungan yang lebih tinggi. Ambil suplemen yang dirumuskan khas untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes untuk membantu mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.
Selain suplemen multivitamin dan mineral harian yang baik, adalah disyorkan anda menggabungkannya dengan vitamin B-12 (mecobalamin) yang aktif dari segi neurologi, kerana keupayaannya untuk membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.
* Source : Utusan Malaysia.
---------------------------------------------
kandungan Shaklee B-Complex terdiri daripada:-
Shaklee B-Complex's Supplement Facts:-
B1,
B6,
B12,
Biotin
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you
******************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com