Sendi cepat rosak jika gemuk

Sendi cepat rosak jika gemuk


Pernah rasa sakit secara tiba-tiba di lutut hingga sukar berjalan? Selepas diurut beberapa kali dengan minyak panas, barulah kaki berupaya melangkah perlahan-lahan? Bersedialah, kerana itu antara beberapa simptom masalah osteoartritis lutut yang dialami kebanyakan golongan muda hari ini.

Meskipun usia adalah faktor utama bagi osteoartritis lutut, golongan muda kini turut berisiko disebabkan keturunan, kecederaan ketika bersukan, jangkitan atau berat badan berlebihan.

Osteoartritis (OA) lazimnya radang sendi, berlaku apabila kusyen semula jadi antara sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus.


Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu.

Foto



RADANG sendi.


Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak.


Menurut Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Kecederaan Sukan di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soong Kean Leong, OA adalah kumpulan artritis paling kerap ditemui yang biasanya dialami individu berusia 45 tahun ke atas.


“Tapi dengan perubahan gaya hidup zaman ini, makin ramai golongan muda seawal 20-an mula mengalaminya hingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan suntikan dan memerlukan pembedahan.


“Wanita juga didapati lebih berisiko mengalami osteoartritis lutut ini berbanding lelaki,” katanya.


Penyebab utama OA ialah umur dan hampir setiap individu akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut dikenal pasti berupaya meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia lebih awal.




“Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut.


“Faktor keturunan atau mutasi genetik pula membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami osteoartritis lutut disebabkan tahap abnormal yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.


“Selain itu, kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat juga akan menyebabkan berlakunya osteoartritis lutut ini.


“Tidak ketinggalan atlet kerana pendedahan berterusan kepada tekanan lutut terutama sukan yang banyak membabitkan penggunaan kaki,” katanya.


Tambah Dr Soong, rawatan tanpa ubatan biasanya dilakukan terlebih dulu kepada pesakit bagi mengurangkan kesakitan dan simptom sedia ada.


“Rawatan dimulakan dengan perubahan gaya hidup terutama mereka yang mengalami masalah berat badan, latihan fisioterapi dan rawatan menyelaraskan semula bahagian yang sakit.


“Jika rawatan ini tidak berupaya membantu pesakit, barulah disyorkan penggunaan ubatan tahan sakit seperti COX-2, suntikan dan akhir sekali pembedahan,” jelasnya.



Suntikan efektif


Bagaimanapun ada segelintir pesakit yang tidak mahu bergantung kepada ubat tahan sakit dan memilih suntikan atas faktor segera serta efektif.


Wujud dua jenis suntikan, steroid dan gel yang bertindak mengurangkan kesakitan dan bengkak pada lutut.


“Suntikan steroid atau kortikosteroid ini membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak OA dengan cairan yang dihasilkan di lutut. Suntikan ini juga mengurangkan keradangan pada sendi.


“Ia bertindak dengan segera, biasanya antara 24 hingga 48 jam. Secara purata, kelegaan daripada kesakitan yang ditawarkan menerusi suntikan ini bertahan antara enam hingga 12 minggu.


“Namun ia tidak boleh digunakan secara kerap, biasanya dua hingga tiga kali setahun.


“Suntikan gel atau dikenali sebagai suntikan asid hyaluronic ini turut bertindak seperti kortikosteroid, cuma kosnya lebih tinggi daripada rawatan lain.


“Kebanyakan cecair pada lutut yang sihat mengandungi asid hyaluronic tapi apabila berlakunya OA, asid hyaluronic itu makin berkurangan. Suntikan ini dilakukan bagi meningkatkan semula kandungan cecair itu.


“Suntikan ini hanya dilakukan apabila benar-benar perlu dan tiada perubahan positif pada simptom,” katanya.


Kesan sampingan pasti ada dan Dr Soong tidak menafikan pesakit akan mengalami beberapa rasa tidak selesa selepas disuntik.


“Ia seperti kita masukkan sesuatu pada lutut. Rasa tidak selesa dan ada sesetengahnya mengalami kesan bengkak kecil pada permulaannya. Tapi selepas beberapa hari, kesan itu hilang dan tidak lagi timbul rasa sakit ketika melakukan pergerakan.


“Apapun semuanya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri,” tegasnya.


Bagaimana shaklee boleh membantu pesakit!!!








Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

Sakit pada sendi yang terlibat.
Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:





Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.




Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.



sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger