BEKERJA DAN PENYUSUAN SUSU IBU
BEKERJA DAN PENYUSUAN SUSU IBU
Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan rumah mereka dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan.
Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja?
Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.
Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari.
Bagaimana “mencuri masa” untuk pam susu di pejabat?
Walaupun ramai yang boleh mengikut jadual yang disyorkan tetapi ada juga segelintir ibu-ibu yang menghadapi masalah tiada masa untuk pam susu di pejabat.
Susu ibu banyak tapi tak dapat nak pam!…ya, ini satu masalah besar. Ibu bekerja mana yang tak stress bila menghadapi masalah seperti ini? Mereka hanya sempat pam susu sekali saja di rumah. Oleh kerana itu, stok susu mereka di rumah mula sudah berkurangan dan membuatkan ibu-ibu ini bertambah stress kerana memikirkan bayi mereka terpaksa minum susu formula apabila stok susu mereka habis.
Berikut adalah beberapa tip yang saya kumpulkan daripada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah “susah mencuri masa” untuk pam susu di pejabat dan mereka berkongsi cara mengatasinya bagi memastikan stok susu tidak berkurangan.
1. Jika memandu ke pejabat (kalau hubby yang memandu lagi bagus!), anda boleh juga mengepam dalam kereta semasa dalam perjalanan. Untuk memudahkan anda mengepam semasa memandu, anda mesti memakai “hands free double pumping bra”…atau apa-apa alat (seperti di kellymom.com) yang boleh digunakan supaya boleh mengepam secara hands free dan botol serta breast pump tidak jatuh semasa memandu (dan juga anda boleh memandu dengan selamat!). Pastikan juga pam susu anda adalah “electric double breast pump” yang boleh menggunakan bateri ataupun guna adaptor yang boleh dicucukkan kepada cigarette lighter. Bayangkan semasa dalam kereta, anda dapat selesai satu sesi mengepam susu dengan hasil perahan sekurang-kurangnya 3-4 oz atau lebih. Mengepam susu sambil memandu juga sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kerjanya banyak di luar pejabat.
2. Ada juga di kalangan ibu-ibu ini yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengepam di dalam kenderaan, akan sampai di pejabat lebih awal supaya dapat mengepam susu sebaik sahaja masuk pejabat.
3. Semasa di pejabat, anda juga boleh mengepam di cubicle anda kalau anda dan rakan sekerja di sekeliling “selesa” dengan cara ini. Pakai shawl untuk menutup bahagian dada. Dengan cara ini, masalah “susah mencuri masa” untuk mengepam susu bukan lagi menjadi satu masalah dan anda boleh jadualkan beberapa kali sesi memerah dalam tempoh 8 jam di pejabat. Dengan “hands free pumping bra” serta pam susu yang senyap, anda boleh pam susu sambil bekerja.
4. Waktu lunch hour menjadi satu kemestian untuk pam susu buat ibu-ibu ini yang menghadapi masalah “susah curi masa”. Mereka akan pastikan tidak melepaskan peluang mengepam susu pada lunch hour. Jadi perlu bijak menguruskan lunch hour yang hanya satu jam itu dengan sebaiknya.
5. Apabila berada di rumah, ibu-ibu ini akan melakukan “tandem nursing” atau juga dipanggil “tandem pumping”, iaitu menyusu bayi dan mengepam susu serentak. Lihat 2 gambar di bawah sebagai contoh “tandem nursing” dengan 2 posisi bayi yang berlainan. Cuba berlatih posisi yang berlainan untuk mengenalpastikan posisi yang selesa untuk anda dan bayi anda semasa “tandem nursing”. Melalui cara “tandem nursing”, stok susu dapat dibuat dan disimpan untuk kegunaan bayi anda pada kemudian hari.
Jadi buat ibu-ibu bekerja yang susah mencuri masa untuk pam susu terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuat stok susu. Saya kongsikan tip-tip di atas sebagai ilham untuk anda ubah suaikan mengikut keadaan anda kerana anda yang lebih mengetahui tentang situasi kerja anda. Moga perkongsian tip-tip ini dapat mendorong anda untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun!
Jika ada ibu-ibu lain yang pernah mengalami masalah yang sama, mungkin anda juga boleh kongsikan cara anda mengatasi masalah ini.
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com