SUSU IBU VS SUSU BOTOL

SUSU IBU VS SUSU BOTOL





Rata2 pada zaman kini, ramai ibu yang tahu apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula..Tapi betolkah anda benar2 tahu? Atau sekadar tahu...Kalau yang dah tahu detail, boleh baca info ni untuk refresh lagi minda kita berkenaan susu ibu dan susu formula..


Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!



Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?


Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.


Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.


Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.


Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?


Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.



Khasiat serta kandungan yang dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan

lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan

karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin,

mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.

Tuntutan agar ibu menyusukan anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi

yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.


(Surah Luqman : 14)


” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka
upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika
kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

(Surah al-Ahqaf: 15)












Ayat di atas menjelaskan bahawa pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam.

Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri

dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa

apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.



Penyelamat bayi



Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7

cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit

adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata

tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati

setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.


Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama

juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun.

Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius.

Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of

Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu

botol.


Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan

untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih.

Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang

terbaik.



Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir

hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang

betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini

dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda

melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema

dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu

digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan

kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada

bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan

kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.


Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun

sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat

disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat

makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi

membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia

mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang

melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang

membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan

penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.

Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut

akan hadir di dalam susu ibu.


Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar

kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia

tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor

membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang

bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya

menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan

masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak

menyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan

bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan

kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia

membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap

tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.


Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic

dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk

pertumbuhan sistem tumpuan nervous.



Untungnya si ibu…

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan

asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung.

Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan

badan dibantu dengan sedikit senaman.


Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia

mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih

cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser

buah dada juga ovari.


Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda

kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat

dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan

merancang keluarga.


Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan

kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara

anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam

badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.


Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang

masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling

penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan

kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.


Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh

susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja.

Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai

terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin

selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.


Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang

tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli,

diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai

coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi


Sekarang kita semua ibu2 sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu ( melainkan ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana sekarang

kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita..Nak

atau tak nak je...Malas atau rajin je...Kalau kata kurang susu tu..ia boleh

diikhtiarkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari

alternatif lain dan berusaha lebih sikit untuk menggali ilmu...






sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you



********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger