Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan
Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan
Bercakap tentang langsing atau kurus, saya pasti semua orang nak kan? Kecuali untuk yang underweight. Tapi, masalahnya bukan mudah nak turunkan berat badan ni. Dan yang lebih susah lagi kalau nak kurus atau langsing dalam masa yang singkat.
Tapi when there's a will, there's a way. Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Kunci kejayaannya ialah konsisten dalam melakukan perubahan tersebut sehinggalah anda melihat hasilnya.
Langkah 1
Banyakkan pengambilan protein dalam diet seperti daging, telur, ikan dan kekacang. Satu keping roti mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan satu hidangan dada ayam, namun pengambilan dada ayam membuatkan anda kenyang dua kali ganda berbanding dengan roti.
Langkah 2
Elakkan pengambilan fast carbs dalam diet. Fast carbs ialah makanan dengan glisemiks indeks (GI) yang tinggi terutamanya makanan terproses. Contoh fast carbs ialah nasi, roti, pasta, makanan bergoreng, gula-gula dan ubi kentang. Sebaliknya, lebihkan pengambilan slow carbs seperti sayur-sayuran, susu, kekacang contohnya kacang soya dan bijirin. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras insulin dalam darah secara mendadak dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Langkah 3
Mulakan rutin pemakanan yang sama. Makan makanan yang sama sepanjang minggu merupakan cara yang paling mudah untuk mengelak godaan terhadap makanan. Cari hidangan makanan yang sihat yang anda gemari dan nikmatinya. Mungkin menunya agak membosankan, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.
Langkah 4
Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Ambil 4 hingga 6 hidangan sehari berbanding 3 hidangan makanan berat yang biasa diamalkan. Makan dengan lebih kerap juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
Langkah 5
Jangan 'minum' kalori. Jangan ingat makanan sahaja mempunyai kalori. Kalori juga terdapat dalam secawan kopi. Atau segelas Milo. Secawan kopi mempunyai 60 kcal dan segelas Milo mempunyai 150 kcal. Jika anda boleh mengurangkan minuman yang berkalori tinggi, lebih cepat untuk anda mencapai berat badan idaman. Contoh minuman yang bebas kalori ialah air kosong atau air mineral iaitu 0 kalori. Jadi anda tahu apa yang perlu anda buat kan?
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com