SUSU BADAN TERLALU BANYAK
SUSU BADAN TERLALU BANYAK
Ooops.. susu badan bocor keluar. Ia nampak sangat comot dan payudara anda merasa tegang dan terik. Disini ada beberapa tips untuk menguruskan situasi susu yang terlalu banyak.
Penghasilan susu yang terlalu banyak biasanya
terjadi pada hari-hari awal, bila air susu anda mula dihasilkan. Dan saiz baru
payudara anda mungkin sedikit mengejutkan. Tapi setelah beberapa hari,
pengeluaran susu anda secara berperingkat akan disesuaikan dengan keperluan bayi
anda (dan saiz payudara anda akan berkurangan, walaupun secara berperingkat).
Ini adalah kerana bila bayi anda tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya,
tubuh anda akan mengubahsuai secara semulajadi dengan mengurangkan penghasilan
susu.
Mencegah penghasilan terlalu banyak susu
Anda
mungkin terkejut apabila mengetahui ia akan mengambil masa beberapa hari.
Terlalu banyak susu badan boleh mengakibatkan rasa sakit yang nyata -
sebenarnya. Payudara anda terasa tegang dan sakit.
Bayi anda akan mendapati
sukar untuk memaut ke puting, yang mana juga boleh menyakitkan. Dan terlalu
banyak susu boleh meningkatkan risiko saluran susu tersumbat. Disini ada
beberapa tips untuk membantu anda untuk mengurangkan ketidakselesaan:
• Jika
payudara anda merasa sangat tegang, biarkan payudara anda yang tidak menyusui
bayi meleleh keluar susunya sewaktu bayi menyusu di payudara yang sebelah lagi.
Ini akan mengurangkan tekanan secara semulajadi.
• Kehangatan dapat membantu
mengeluarkan susu secara semulajadi. Cuba berdiri di bilik mandi, dibawah
pancuran air yang sedikit hangat, dan arahkan ia ke payudara anda.
• Jika anda
mempunyai gejala awal saluran susu tersekat (payudara yang bengkak dan
mengeras), atau jika bayi anda menunjukkan tidak tertarik pada menghisap, anda
mungkin perlu mengeluarkan susu badan secara manual atau dengan pam. Tapi jangan
pam terlalu banyak - mengepam susu keluar merangsang pengeluaran susu yang lebih
lagi.
• Keraplah memberi susu badan, bangunkan bayi anda jika perlu, untuk
melegakan rasa sakit. Adalah lebih baik jika anda boleh membiarkan keperluan
bayi anda menentukan segalanya. Jika anda merasa biasa sahaja dan payudara anda
tidak merasa ketidakselesaan walaupun ia tegang dipenuhi susu, biarkan bayi anda
menyusu mengikut keinginannya. Setelah menyusui, payudara anda akan terasa
lembut tanpa sakit atau benjolan yang keras.
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com