APA ITU ROTAVIRUS
APA ITU ROTAVIRUS
Pernah dgr rotavirus? Bayi berisiko tinggi dijangkiti rotavirus. Bayi yang dijangkiti mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari.Ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.Tanda2 penyakit rotavirus
* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak
Yang Berjangkit:
- virus seperti Rotavirus
- bakteria seperti E-Coli
- organisma parasit seperti Ameoba
Yang Tak Berjangkit:
- intoleransi makanan seperti lactose intolerance
- IBS
- ketidaknormalan usus
- kesan sampingan ubat-ubatan
- penyakit usus seperti kanser
Apa yang perlu dirisaukan ialah apabila:-
- bayi mula memakan makanan lain
- bayi minum susu formula
- bayi dijaga oleh orang lain (wrong EBM handling)
- bayi mengutip objek dan memasukkan ke dalam mulut.
Bagaimana Rotavirus Tersebar
* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.
Cara Mencegah Penyakit
* Bayi anda diberikan vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan
* Jaga kebersihan terutama penyediaan makanan/susu anak dan penggunaan tandas
*Cuci tanbirit, boleh berikan dia performance drink untuk menjaga kestabilan cecair dalam tubuhnya
Cirit-birit bukan main-main, terutama bila anak dah mula muntah2, serta enggan makan dan minum. Dehidrasi yang teruk boleh membawa MAUT!
Bila anak mula cirit, pantau:
- adakah bibirnya kering dan merekah?
- adakah lampinnya kering (tak kencing) dalam jangkamasa yang lama?
- adakah ubun-ubunnya melekuk ke dalam?
- adakah dia menangis tapi tak keluar air mata?
- adakah dia nampak tak selesa?
Jika ada tanda2 itu, dan anak pula enggan makan atau minum, cepat2 bawa ke hospital. Jangan tunggu tanda dehidrasi teruk yang boleh membawa maut seperti di bawah ni:
- bola mata nampak terbenam ke dalam
- denyut nadi lemah
- pernafasan tak stabil
- kaki & tangan sejuk
- tidak bermaya
- mamai
- demam
- cirit berterusan hingga 48 jam
Tapi.. Ibu jangan keliru dengan kekerapan membuang air besar bagi bayi yang menyusu badan. Bayi menyusu badan yang kerap membuang air besar dan cair adalah normal. Sekiranya bayi aktif dan ceria, itu adalah normal.
Credit...
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com