IBU SUSUAN DAN ANAK SUSUAN. Kesan Hukum.
IBU SUSUAN DAN ANAK SUSUAN. Kesan Hukum.
Hukum
asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.
SYARAT
utk menjadi anak susuan :
~
berumur kurang 2 tahun
~
menyusu 5 kali kenyang
Jadi
, sekiranya ada ibu yang pernah menyusukan anak saudara atau anak orang lain,
namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, bayi itu masih belum
menjadi anak susuan lagi. Dan hubungan ibu susuan dengan bayi tersebut masih
lagi sama ajnabi / bukan mahram.
KESAN
hukum
Apabila
anak tersebut telah sah menjadi anak susuan, maka secara tak langsung hubungan
anak tersebut dengan ibu susuan adalah seperti anak kandung sendiri.
1)
Aurat
Aurat
antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu
susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.
2)
Haram nikah
- Wanita yang menyusukannya;
- Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
- Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
- Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
- Ibu kepada wanita yang menyusukan;
- Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
- Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
- Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.
3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kepada adik beradik susuannya
3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namun anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari keluarga susuannya.
Jika ada ibu-ibu di luar sana berhasrat untuk mengambil anak susuan, para ibu perlu mendapatkan kebenaran dari suami kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami kita. Dan, dalam masa yg sama juga, para ibu perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 yang disusukan tersebut.
Untuk menambahkan bahan bacaan, para ibu juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2
Credit...
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com