Pada ibu-ibu yang baru atau lama yang baru pertama kali menyusui anak, ketahuilah bahawasanya susah atau senang sesuatu perkara itu terletak pada diri kita sendiri.

Jangan susahkan benda yang mudah. Kita ibu-ibu bekerjaya yang menyusui anak juga adalah manusia biasa, lakukan rutin biasa anda…jangan anggap tugas anda untuk mengepam adalah membebankan…. gembiralah sentiasa. Jangan cari sesuatu untuk dijadikan alasan untuk menyusahkan kita….kita punya akal, maka cari jalan penyelesaian…semoga sifat gigih berusaha itu meresap dalam susu yang kita pam dan menjadi sebahagian dari anak-anak kita.

Kerana apa saya katakan mudah menyusui anak ni, kerana ilmu yang ditimba membolehkan kita manjadikan dia mudah. Disebabkan pengetahuan yang ada itu memberi kita banyak pilihan. There’s many ways to give breast milk to our child.

Pilihan di tangan anda. Kemudian fahamilah diri anda… ekperimenkan diri anda dalam mencari yang terbaik. Isikan diri dengan ilmu2 yang dapat menghindarkan kita termakan dengan kata-kata orang disekeliling yang akhirnya boleh membunuh niat kita untuk menyusui anak penuh sehingga 2 tahun. Ilmu itu jadi banteng pertahanan kita, bukannya orang lain.

Credit Google
Sampai sekarang saya masih mencari ilmu-ilmu tentang penyusuan susu ibu dan saya berharap bakal-bakal ibu dan ibu-ibu diluar sana akan memperjuangkan dan menjayakan penyusuan susu ibu ini...

Berminat ingin mendapatkan tip memperbanyakkan susu boleh hubungi saya di 0128844580 atau hasheena73@gmail.com