Orang tanya pam aku berapa ringgit.. aku listkan harga pam sekalian.
Orang tanya pam aku berapa ringgit.. aku listkan harga pam sekalian.
Kepada pengepam-pengepam susu badan sekalian memanglah tau harga Medela Freestyle. Mungkin majoriti pengepam inginkan pam ini sbb aku juga salah seorang daripadanya masa aku belum beli FS. Padahal masa tu dah ada PISA shoulder bag.
Betapa tak bersyukurnya aku masa tu nak upgrade pam sbb nak jadi cool?? Hahaha.. jadi cool tu faktor yg tak logik, sbb aku bukannya gantung pam kat leher nak menunjuk2 kat org sambil minum2 kopi di kedai kopi mahal. Malah FS itu aku pakai sambil sorok2 dibalik langsir. Jadi apa guna beli pam mahal?
Sebab lokasi pengepaman aku adalah jauh dari opis. Adalah jaraknya 200 meter jika bergerak dalam satu garis lurus. Secara fizikal bangunan itu mmg lurus jika dilihat dari luar, tapi kalau cuba melihat dibalik dinding, tidak ada jalan lurus. aku harus menempuh warehouse, kawasan production dan juga beberapa kawasan lain. maka jika guna PISA, aku bagaikan ingin lari dari opis kerana kawan aku sendiri pnah bilang, “ini baru betul bini fotografer”.. 7 kilo agaknya berat tu.
Maka, aku bilang sama Encik, “saya mahu freestyle utk baby no 2″.. dia angguk dgn reluctant.. padahal aku bayar sendiri. haha.. aku confirm pregnant je, aku sambar FS di ebay. harganya, RM1000 termasuk pos ke rumah. Belian dari ebay (US site) tidak datang bersama warranty. Jadi itu risiko yg aku harus ambil, jika bersama warranty, beli di Mom’s Choice (Tebrau City), harganya RM2500 (kalau tak salah). Pilihan terpulanglah. Tanya poket dan juga risiko yg sanggup ditanggung.
Disebabkan Medela mempunyai reputasi yg sangat baik, aku aambil risiko itu dan alhamdulillah FS telah berkhidmat dgn kencang sekali. Kuantiti susu adalah bergantung pada tahap kerajinan dan juga determination yg tinggi. Aku sangat determine utk menyusukan anak, maka aku telah berjaya menghalau ayam dan ikan dari peti sejuk. sambil senget2 masukkan stok dlm freezer. hari2 kira stok.. excited punya pasal.
Once dah start busy di opis, mulalah jadual mengepam went into the drain, and ruined my productivity. Sekarang stok sudah tarak, hari2 hantar ke babysitter mana dapat saje. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih hendak menyusukan anak sepenuhnya bila bersama (ayat tenangkan hati). Sekarang sangat best bila Aidan nak susu datang merangkak dan suara seperti merayu. Ohh hati ini pasti cair..
Tapi, kalau ada FS.. mana boleh malas! In fact I’m pumping while typing this! ahah!! Sweet~
Kalau pening nak beli pam apa, rujuk enjoybreastfeeding ni. Ini untuk rujukan (sendiri) harga-harga pam dipasaran:
Ameda Lactaline Dual Breastpump RM888
Mamivac – Easy Manual Pump RM199
Mamivac – Lactive Dual Breastpump RM1999
Medela – Freestyle Breastpump RM2999
Medela – Swing Breastpump RM799
Mini Electric RM469
Mini Electric Plus Double Pump RM729
Pump in Style Advanced Breastpump RM1788 (duluuuu harga dia lagi mahal sblm FS ada)
The Harmony Manual Breastpump RM269
Utk penggemar teknik Marmet : Medela – Hand Expression Funnel
Philips Avent : ISIS Breast Pump- BPA FREE RM230
Philips Avent: Isis Out & About Breast Pump Set – BPA FREE RM490
Philips Avent: ISIS IQ UNO Breast Pump – BPA Free RM899
Philips Avent: ISIS IQ DUO Breastpump – BPA FREE RM2200
Spectra 3 – usually comes in package with bottles and bag RM500-600
Pilihan adalah bergantung pada poket dan keperluan.
Pilihan pam yg baik adalah utk bg keselesaan dan kemudahan mengepam. Yg aku listkan adalah antara yg terbaik.
Mmg pam bukan penentu kuantiti susu, tp utk support menyusuan yg berkesan, invest la sikit. Sbb pam-pam ni specifically made for mother’s comfort.
Bukan pam mcm hon aiskrim tu. Huh!! SEKSA!! Mmg tak terpikir nak breastfeed-lah kalau pakai tu. Taubat!! sakit nak tercabut puting. hahahhaha
Berminat hendak mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di 0128844580 atau hasheena73@gmail.com atau FB saya hasheenabeevi.
Credit....
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com