Set penyusuan: Lebih dari setakat "milk booster"
Set penyusuan: Lebih dari setakat "milk booster"
Menjayakan
misi penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu mudah. Namun begitu, ianya juga bukan
sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Berbekalkan ilmu yang lengkap di dada dan
tekad serta azam yang kuat, Insya-Allah kejayaan pasti akan menjadi milik kita
akhirnya.
Dalam pada
itu, bagi memastikan perjalanan penyusuan kita menjadi lancar dengan dugaan dan
permasalahan yang paling minima, para-para ibu haruslah memastikan tahap
kesihatan masing-masing berada pada tahap yang terbaik.
Ini adalah
kerana, tanggungjawab seorang ibu tidak terhad kepada membekalkan susu ibu
semata-mata sebaliknya turut merangkumi aspek lain seperti menjaga, mendidik,
menyayangi dan banyak lagi. Sekiranya ibu-ibu di luar sana sering jatuh sakit,
tentu sekali tanggungjawab-tanggungjawab ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
Justeru,
para-para ibu yang menyusu amat disarankan untuk mengambil makanan tambahan atau
suplemen yang bersesuaian bagi memastikan kita kekal sihat dan
cergas.
Istimewanya
set penyusuan Shaklee ini adalah kerana manfaatnya tidak terhad kepada
meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu semata-mata sebaliknya banyak lagi
faedah-faedah lain yang dapat diperolehi sekiranya si ibu tadi
mengamalkan konsep penyusuan dan cara pemakanan yang betul.
Bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan suplemen yang
terdapat di dalam set penyusuan ini:
B-complex
B complex
terkenal sebagai pembekal tenaga. Sebagai seorang ibu yang
mempunyai anak kecil, nikmat tidur yang sempurna jarang-jarang sekali dapat
dikecapi kerana perlu kerap bangun di tengah malam bagi menyusukan anak. Selain
itu, bagi yang mempunyai lebih dari seorang anak, tentu sekali memerlukan tenaga
tambahan untuk menguruskan keperluan anak-anak lain serta hal-hal rumahtangga.
Kelebihan lain B complex adalah dalam menjadi agen stress buster
yang baik. Tahukah anda bahawa stress boleh mengganggu
penghasilan susu ibu? Pengambilan B complex yang konsisten juga
membantu menjadikan kulit cantik berseri, seiring dengan
keinginan setiap wanita.
Vitamin
C
Vitamin C
sangat diperlukan bagi meningkatkan tahap imuniti badan
terutama sekali bagi mengelakkan jangkitan selsema. Apabila tahap
imuniti si ibu yang berada pada tahap yang optimum dan ibu kekal sihat maka
badan kita akan dapat menghasilkan susu ibu dengan lebih lancar. Selain itu,
pengambilan Vitamin C juga turut membantu mencantikkan kulit
kerana ianya adalah komponen kolagen yang terkenal
bagi mengekalkan keanjalan kulit. Tidak sama seperti vitamin C lain
yang berada di pasaran, Vitamin C Shaklee merupakan "sustained release"
di mana nutrisinya akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke
dalam badan. Ini adalah bagi memastikan bekalan nutrisi ini sentiasa
berada pada sukatan yang bersesuain mengikut keperluan badan.
Vitalea with Iron
Vitalea with Iron
Vitalea
adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral
yang diperlukan badan seseorang dewasa. Pengambilan Vitalea menyokong
kesihatan badan para ibu yang menyusu dan mengisi kekurangan nutrisi
yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seimbang
semata-mata.
Alfalfa
Alfalfa yang
turut menerima jolokan nama "raja kepada segala jenis tumbuhan" mengandungi
pelbagai kebaikan dan khasiat yang diperlukan ibu menyusu. Selain menjadi
milk booster yang baik, alfalfa turut bertindak sebagai
agen detox yang baik, sesuai dengan para ibu yang berhasrat
untuk menurunkan berat badan. Alfalfa juga mampu
menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti keputihan, kegatalan dan
ketidakselesaan pada bahagian sulit wanita, bertindak sebagai kacip fatimah,
agen pelawas dan mampu mengurangkan
reaksi alergi dan
alahan.
alahan.
Kalsium (Ostematrix)
Bagi para
ibu menyusu yang tidak dapat mengambil alfalfa (seperti contoh pengidap SLE),
kalsium Shaklee atau lebih dikenali dengan nama Ostematrix yang mengandungi
Magnesium dan Vit D turut bertindak sebagai salah satu agen milk
booster. Antara kelebihan Ostematrix yang lain termasuk membuat
para ibu bertenaga keesokkan harinya jika diamalkan sebelum tidur,
melegakan sakit belakang dan pinggang serta membantu
meningkatkan penghasilan susu ibu ketika didatangi period.
Energy Soy
Protein (ESP)
ESP
merupakan sumber protein yang unggul yang sangat diperlukan ibu
menyusu bagi membantu mempercepatkan penghasilan susu. Selain
itu, ESP juga mampu mencantikkan kulit dengan menjadikannya
lembut dan gebu selain menganjalkan payudara. Ini adalah
kerana, protein berfungsi untuk pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan
sel-sel lama yang telah mati. Juga sangat sesuai bagi para ibu yang memerlukan
tenaga tambahan untuk menguruskan anak-anak, rumahtangga dan kerjaya.
Yang di atas adalah kata-kata saya. Namun apa pula kata pengguna?
Kesimpulannya, bukankah set ini satu bonus? Selain membantu dalam menjayakan penyusuan, badan turut menjadi lebih sihat dan semakin bertenaga, anak kekal ceria dan membesar dengan sempurna di samping kecantikan turut terserlah sama.
Berminat ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya hasheena73@gmail.com.
Credit...
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com