Penyakit Kelamin
Penyakit Kelamin
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan selamat menyambut wesak day buat yang beragama budha dan selamat bercuti buat semua pengunjung blog sheena.
Hari ini sheena nak sentuh tentang penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai sifilis. Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.
Tanda dan Gejala
Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.
Chlamydia
Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.
Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)
Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.
Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)
Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.
Gonorrhoea
Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.
Sifilis
Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.
HIV
Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit.
Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)
Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.
Trichomoniasis
Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.
Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)
Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam.
Kudis buta (Scabies)
Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.
Kulat Candidiasis (Thrush)
Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar.
Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan:
Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
Hubungan seks melalui dubur
Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.
Diagnosa
Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal.Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).
Komplikasi
Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau kemandulan.
Rawatan
Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:
Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.
Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.
Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.
Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih.
Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas.
Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.
Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian dan ulangi untk 2 atau 3 kali.
Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS, tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.
Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.
Kulat Candidiasis (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan.
Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi.
Pencegahan
Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin.
Apakah kesan sifilis kepada wanita hamil dan bayinya?
Bakteria sifilis boleh menjangkiti bayi ketika di dalam kandungan. Bergantung kepada tempoh berapa lama wanita hamil tersebut telah dijangkiti kuman sifilis, dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami stillbirth (bayi yang lahir mati dalam kandungan) atau melahirkan bayi yang meninggal dunia sejurus selepas kelahiran. Bayi yang dijangkiti kuman sifilis mungkin juga dilahirkan tanpa ada apa-apa tanda atau gejala penyakit. Walau bagaimanapun, jika tidak dirawat dengan segera, bayi tersebut mungkin akan mengalami masalah serius dalam masa beberapa minggu. Bayi yang tidak dirawat mungkin lambat berkembang (perkembangan yang perlahan), sawan, atau mati.
Bagaimana sifilis dikesan?
Sesetengah doktor/pakar perubatan boleh mengesahkan dan mengesan sifilis dengan memeriksa spesimen yang diambil dari chancre (ulser/lepuh/kudis sifilis) menggunakan mikroskop khas yang dipanggil mikroskop medan-gelap. Jika bakteria sifilis hadir dalam spesimen, ianya dapat dilihat melalui mikroskop tersebut.
Ujian darah juga boleh menentukan sama ada seseorang mempunyai sifilis. Sejurus selepas jangkitan berlaku, badan akan menghasilkan antibodi sifilis yang boleh dikesan oleh ujian darah. Ujian darah adalah tepat, selamat dan murah. Selepas penyakit telah berjaya dirawat, tahap rendah antibodi sifilis mungkin akan kekal di dalam darah untuk beberapa bulan atau tahun. Oleh kerana sifilis yang tidak dirawat pada wanita hamil boleh menjangkiti dan mungkin membunuh bayi yang dikandung, setiap wanita hamil perlu menjalani ujian darah untuk sifilis.
Rasulullah S.A.W bersabda, “Hai,golongan Muhajirin! Ada lima perkara jika kamu ditimpa atau ia berlaku di lingkunagan kamu. Saya berlindung kepada Allah jika hal itu wujud di antara kamu. Apabila satu kaum bercabul perzinaan sampai mereka melakukannya secara terang-terangan, maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.” Hadith riwayat Ibnu Majah.
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you
***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128720406/0128844580/01983668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com