AWAS!! Omega Guard Shaklee Merbahaya!

AWAS!! Omega Guard Shaklee Merbahaya!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Apa khabar readers? Saya percaya ramai yang sedang melalui Monday Blues hari ini kan. Lepas dua hari cuti bersantai-santai dengan rambut serabai berbedak sejuk di rumah, tiba-tiba hari ni kena bangun awal pagi gosok baju tonyoh-tonyoh mekap ke opis, haruslah stress sedikit kan. Untuk menambahkan lagi kesan stress, saya kongsikan cerita seram untuk tatapan semua. Ngeh ngeh ngeh..



Heboh sekarang mengatakan Omega Guard Shaklee tidak selamat dimakan, MERBAHAYA katanya. YA BETUL!! Omega Guard Shaklee MERBAHAYA .........sekiranya usus anda diperbuat dari polisterine atau styrofoam. Rasanya isu Omegaguard Shaklee menghakis ni dah agak famous. Ramai yang takut, tak kurang juga yang terus buang Omegaguard tu. Alahai membazirnya…




Terima kasih kepada Cik Hanim yang dengan tenang & ala-ala saintis membuat kajian tentang isu ini.


Ni gambar permulaan ujian tersebut. Polisterin sebelah kiri diletakkan 1biji Omega Guard Shaklee, 1 BIJI SAHAJA tau, manakala sebelah kanan 5biji Omega cap XXX.



1biji Omega Guard Shaklee vs 5biji Omega cap XXX

Selang 5 minit Omega Guard Shaklee masih kelihatan segar manakala omega XX telah mengecut.



Selang 5 minit

Selang 30 minit kedua-dua Omega tersebut telah melarut. Nampak tak polisterin Omega Guard Shaklee tu ada sedikit terhakis???? Alamak! Bahaya!



Selang 30 minit

Selang 45 minit ......polisterin Omega Guard Shaklee berlubang-lubang dan terhakis sedangkan omega XX tidak.



Omega Guard Shaklee terus menghakis

Anda menjadi semakin takut??? Hanya 1 biji sahaja sudah boleh tembus??? Macam asid la pulak boleh menghakis ni. Alamak habis lah usus!!!
Sebenarnya bagaimana ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia (chemical reaction)?



Fahami konsep ni:



Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya macam kita larutkan gula dalam air ....bukan tindakbalas kimia pun ....dan makin panas air, makin cepatlah ia larut.


Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja.


Adakah ianya berbahaya?
TIDAK! Sebab ianya bukan chemical reaction pun. Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer. Building block kita tidak sama macam polisterine.


Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tidak berjaya melarutkan polisterin, sedangkan ianya pun minyak ikan juga? Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan (how pure the fish oil is) tersebut. ^o^


Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.


Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. Ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan. Sebab tu kita disyorkan ambil suplemen.


Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3, dan tindakbalas pun lebih cepat. Sebab tu polisterin Omega Guard Shaklee lebih cepat terlarut.



Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.


Bagaimana dengan OmegaGuard Shaklee?
Kalau tengok gambar tadi memang tembuslah polisterin tu. Tapi jangan risau, itu membuktikan yang Omega Guard Shaklee ni solvent yang bagus dan asli. Tinggi DHA & EPA (95%). Yang dicairkan nanti bukan usus kita, tapi lelemak dalam badan ni hahaaa


PERBEZAAN Shaklee

Manfaat minyak cold-water fish adalah sangat terkenal, tetapi terdapat kebimbangan yang meruncing mengenai kualiti minyak ikan masa kini. Ini adalah kerana terdapat risiko yang tinggi dalam air hari ini, antaranya ialah logam berat, kotoran dan bahan cemar seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA.

• Omega Guard Shaklee diperolehi khusus daripada "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu dalam spesis yang paling kecil daripada rantai makanan.

• Omega Guard Shaklee diproses melalui farmaseutikal gred, state-of-the-art, hak milik, triple proses penyulingan molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan tercemar menjadikan ianya produk yang BOLEH DIPERCAYAI.


• Manakala suplemen minyak ikan yang banyak dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain diperolehi daripada ikan besar yang dipelihara dalam sangkar yang dibesarkan secara komersial dan hanya diberi makan "pelet" seumur hidup mereka!! Ikan-ikan ini mempunyai tahap Omega -3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang hidup liar, dan "pelet" penuh dengan bahan-bahan sintetik ... bayangkan bagaimana ini memberi kesan kepada kualiti minyak ikan yang dijual.

Semoga eksperimen dan penerangan ala-ala saintis di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat!! Tapi kalau masih ada sebarang keraguan, jangan malu-malu SMS/Whatsapp saya. Insya Allah saya akan bantu. ^o^


Sumber


sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 


Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger