Solat Dhuha
Solat Dhuha
Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya untuk membuka pintu rezeki di samping merupakan amalan ibadah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba ke atas segala nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T.
Sebenarnya saya juga sudah lama mengetahui akan kelebihan mengerjakan solat sunat Dhuha. Namun begitu Alhamdulillah sejak saya menyertai Shaklee dan berada di bawah kumpulan ekslusif Shaklee, mentor saya banyak menekankan mengenai kepentingan mengerjakan solat Dhuha secara konsisten setiap hari di samping beberapa amalan rohani lain seperti zikrullah dan bersedekah.
Dan berdasarkan pengalaman saya, Alhamdulillah sejak saya mengamalkan solat Dhuha di samping amalan-amalan rohani yang seperti zikrullah, hati saya merasa amat tenang dan berasa lebih yakin dan tenang dalam menghadapi dan menyelesaikan segala cabaran hidup seharian.
Kelebihan Solat Dhuha Berdasarkan Hadis
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Bagaimana Mengerjakan Solat Dhuha?
Solat Dhuha dikerja semasa matahari sedang naik iaitu sekitar pukul 8.00 pagi sehinggalah 11.00 pagi.
Solat Dhuha pada kebiasaannya dikerjakan sebanyak 2 rakaat, tetapi sekiranya ada kelapangan boleh juga dikerjakan sebanyak 4, 6 atau 12 rakaat.
Cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha adalah:
Niat “Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taa’la”.
Pada rakaat pertama, baca Surah Al-Fatihah dan diikuti Surah Asy-Syams.
Klik untuk bacaan surah Al-Fatihah | Klik untuk bacaan Surah Asy-Syams.
Pada rakaat kedua, baca Surah Al-Fatihah kemudian diikuti Surah Ad-Dhuha. Klik untuk bacaan Surah Adh-Dhuha.
Setelah selesai memberi salam, baca sambil menghayati Doa Dhuha di bawah:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".
Semoga perkongsian saya mengenai kelebihan solat sunat Dhuha ini akan memberi manfaat kepada para pembaca semua. Ayuh kita sama-sama amalkan solat sunat Dhuha dan mintalah kepada Allah apa sahaja yang kita hajati kerana Allah sahaja yang berkuasa dalam menunaikan segala hajat yang kita minta.

Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com