Bayi tidak puas menyusu

Bayi tidak puas menyusu

Situasi ini sering berlaku terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. 


Sebenarnya, masalah utama yang dihadapi ialah para ibu tidak mendapat pendedahan awal dan sokongan moral tentang kaedah penyusuan yang betul. Masalah inilah yang menyebabkan mereka sering putus asa untuk terus menyusukan bayi. Seharusnya, masalah ini bukanlah penghalang untuk anda menyusukan bayi dan cepat bertukar kepada susu formula. Jika anda tahu kaedah yang betul, anda pasti berjaya melakukannya. Malah, kedua-dua pihak (anda dan bayi) memperolehi manfaat yang besar melalui susu badan anda. Sehubungan itu, anda perlu mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapatkan susu secukupnya. 

Antara kemungkinan-kemungkinan ialah:-

1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.


2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.


3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya bewarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.

Faktor Penyebab

Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-

1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi, proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.

2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya. Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.

3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.

4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosong kepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan putting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan putting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.

5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu mlam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.

7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu. Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.


kredit * idakamilia


sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you



***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128720406/0128844580/01983668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger