Epidemik Penuaan, Penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan
Epidemik Penuaan, Penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan
Misteri Penuaan
Penuaan merupakan proses semulajadi yang kompleks melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh. Semakin usia meningkat, lebih banyak lemak terkumpul di saluran darah dan akhirnya hilang kekenyalan sekaligus mengakibatkan arteriosklerosis atau pengerasan arteri. Enzim-enzim penghadaman yang dihasilkan turut menurun, lantas kurang berupaya untuk menyerap zat makanan dan sistem pernaasan juga menurun secara progresi pada setiap peringkat umur bermula sekitar awal 20-an.
Persoalannya, mengapakah kita menjadi tua? Mengapa terdapat sesetengah orang kelihatan lebih tua atau muda dari umur sebenar mereka? Adakah terdapat satu jangka hayat maksimum bagi manusia tidak kira bagaimana gaya hidup atau bantuan lain yang mungkin digunakan bagi memanjangkan hayat mereka? Dan apa yang paling penting, bagaimana untuk mempunyai usia yang panjang, kekal cergas, aktif dan bebas daripada penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh warga tua?
Institut Penuaan Nasional (The National Institute on Aging-NIA) di Amerika Syarikat, menyatakan yang dahulu pakar gerontologi hanya tertumpu pada satu bidang teori penuaan contohnya mengkaji baka atau penurunan sistem imun sahaja, tetapi kini, pakar-pakar tersebut mengkaji proses-proses berganda, penggabungan dan tindak balaske atas banyak peringkat yang melibatkan sel, protein, tisu dan sistem organ yang lain. Pakar gerontologi kini berupaya melihat banyak mekanisme pada bahagian mana yang menyebabkan penuaan. Semakin pesat penyelidikan dijalankan, lebih banyak ilmu penuaan terhasil, maka pakar gerontologi lebih dekat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran bagi kesihatan optimum dan kebebasan dari penyakit penuaan dalam jangka hayat manusia.
Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia 'biologi' penuaan menjadi matlamat utama pencarian para saintis. Cara sel menua, cara penuaan memberi kesan kepada fungsi tubuh, pembiakan dan kematian dapat membantu kita untuk lebih memahami punca-punca penuaan dan menemui jalan penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang biasa dihidapi warga tua.
Epidemik Penuaan : Penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan
Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari umur 65 tahun ke atas. Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk Penyakit Jantung dan Kanser yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk dua dekad yang lepas. Penyakit Angin Ahmar atau serebrovaskular menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan pernafasan kronik merupakan punca keempat kematian manakala Alzheimer dan Kencing Manis juga terdiri daripada punca-punca utama kematian. CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jka jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.
Berikut adalah penyakit kronik dan keadaan yang biasa dihidapi oleh warga tua:
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
KANSER
TEKANAN DARAH TINGGI
KENCING MANIS
TERLEBIH BERAT BADAN DAN MASALAH KEGEMUKAN
NYANYUK
ARTRITIS
OSTEOPORASIS
PENYAKIT-PENYAKIT MATA SEPERTI KATARAK DAN GLAUKOMA
Teori-teori dan Mekanisme-mekanisme Penuaan (Cara-cara Penuaan Seseorang)
Terlalu banyak teori yang berkaitan dengan biologi penuaan manusia. Lazimnya, ia terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, teori jangka hayat terancang yang mana penuaan mengikut aturan biologi. Kedua, teori haus dan lusuh (wear and tear) yang mana persekitaran memberi kesan terhadap proses penuaan seseorang. Hipotesis penuaan selular dan molekul yang utama adalah seperti berikut:
Kerosakan dan pemulihan DNA
Pengatur-pengatur Genetik Penuaan
Penuaan dan Kerosakan Mitokondria
Pengumpulan Protein-protein Tidak diperlukan (AGE protein)
Penuaan Replikati dan Telomer
Ketidakungsian Neuroendokrin
Sains Anti-Penuaan
Kebanyakan daripada penyelidikan penuaan terkini tertumpu pada topik berikut:
Kerosakan dan Pemulihan DNA
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA dapat memberi kesan peningkatan jangka hayat selular. Polifenol dan itonutrien smeulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyelidikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA. KAjian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semulajadi terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.
Pengatur-pengatur Genetik Penuaan
Tumbuhan yang mempunyai polifenol telah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur genetik utama dalam proses lanjut usia yang emeberi kesan positif pada proses penuaan selular. Satu kajian yang diiktiraf di makmal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan posoti dalam menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat diet yang tinggi lemak. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengurusan diet
Genetik dan Penyekatan Kalori
Para penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard telah menemui yang sesetengah den dapat memberi kesan pada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) yang amna ia mampu melambatkan proses penuaan di dalam spesis yang diuji. Oa juga mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakkan sel untuk bertahan lebih lama.
Biogenesis Mitokondria dan Penuaan
Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan ungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapat menigkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu menigkatkan pengeluaran 'loji-loji tenaga' mitokondria serta menggalakkan ungsi mitokondriayang sihat. Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.
Pembentukan Protein AGE dan Penuaan
Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau sebatian polienolik boleh menghadkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manaat pada penyakit kencing manis.
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : hasheena73@gmail.com
FB Page :Health and you
CREDIT
***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 012 8720406/0128844580/01983668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com