Susu banyak bukan dengan Suplemen semata-mata..
Susu banyak bukan dengan Suplemen semata-mata..
Assalamualaikum,
Setiap ibu dan bakal ibu mengimpikan untuk
menyusukan anaknya selama 2 tahun.
Ia bukanlah sesuatu yang
mustahil, namun ia juga
bukanlah sesuatu yang mudah. Tekad dan azam sahaja tidak mampu menjamin kejayaan
si ibu menempuh tempoh penyusuan dengan jayanya. Ia perlu diiringi dengan
usaha. Usaha di sini bermaksud persediaan mental dan juga fizikal.
Persediaan
Mental
Mental kita akan lebih bersedia
menghadapi segala kemungkinan sekiranya ilmu penyusuan penuh di dada. Antara
info yang perlu ibu menyusu tahu ialah seperti:
- Cabaran yang bakal dihadapi
- Cara menyusu yang betul (latching, dll.)
- Kebaikan menyusu kepada ibu dan bayi
- Bagaimana susu ibu dihasilkan
- Cara-cara pengendalian susu perahan (EBM)
- Persediaan ibu bekerja untuk teruskan penyusuan
- Mitos-mitos penyusuan
- Diet sihat ibu menyusu
Banyak ilmu penyusuan dikongsikan di forum-forum seperti www.susuibu.com |
Persediaan
Fizikal
Peralatan atau gajet-gajet penyusuan
yang mudah diperolehi sekarang ini juga membantu memudahkan si ibu mencapai misi
penyusuan 2 tahun.
- Pam susu - carilah yang bersesuaian dengan bajet dan yang lebih penting yang serasi dengan kita. Ada sesetengah kedai yang menjual peralatan penyusuan menyediakan pelbagai jenis pam untuk dicuba oleh ibu agar dapat membuat pilihan yang tepat.
- Bekas menyimpan EBM - ada yang suka menyimpan susu perahan dalam botol dan tak kurang yang gemarkan liner kerana lebih menjimatkan ruang.
- Deep Freezer - lebih hygienic kerana EBM tak bercampur dengan ikan, daging dsb..
- Nursing Bra
- Nursing Pillow
- Breast pad
Nursing cover comel-comel sekarang ni :) |
Suplemen
Bagaimana pula dengan suplemen? Adakah
keperluan zat bagi ibu menyusu boleh dipandang enteng? Sekiranya ibu mengandung
sering dipantau pengambilan suplemennya, tetapi ibu menyusu kurang ditekankan
kepentingan suplemennya. Contohnya keperluan kalsium di mana perlu diteruskan
pengambilannya walaupun selepas melahirkan.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu
terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan
untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun
sewaktu kedatangan haid.
Ibu menyusu sepatutnya mengekalkan diet
sihat seperti yang diamalkan semasa mengandung. Ini kerana keperluan nutrien ibu menyusu tidak jauh bezanya dengan ibu
mengandung. Adalah normal bagi ibu menyusu berasa cepat lapar dan haus kerana
pembakaran kalori yang banyak dalam penghasilan susu badan. Oleh yang demikian,
sangat penting untuk si ibu memastikan pemakanan yang seimbang supaya
penghasilan susu tidak terjejas. Pemakanan seimbang merangkumi:
Secara idealnya memang kita mahu amalkan
diet yang sihat.. dengan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan.
Namun dengan gaya hidup zaman ini yang serba pantas dan 'instant', mungkin agak
sukar untuk pastikan badan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan
daripada pemakanan harian. Di sinilah suplemen banyak membantu. Samalah
sewaktu mengandung, zat dan nutrien diambil daripada badan si ibu utk disalurkan
kepada bayi. Jadi jika si ibu tidak menggantikan zat-zat yang telah diambil itu,
badan ibulah yang akan 'suffer'.
Just
because your baby won't be harmed by your occasional dietary lapses doesn't mean
that you won't suffer. When you don't get the nutrients you need from your diet,
your body draws on its reserves, which can eventually become depleted. Also, you
need strength and stamina to meet the physical demands of caring for a new
baby.
Sumber: WebMD
Suplemen membantu si ibu untuk lebih kuat, bertenaga serta ceria supaya
penyusuan dapat berjalan lancar. Percaya atau tidak, bila badan kita
mendapat khasiat yang secukupnya, ia secara tidak langsung mampu menghasilkan
susu dengan baik sekali. Namun, pengambilan suplemen perlulah diiringi dengan
konsep asas penyusuan.
Di sini saya kongsikan testimoni seorang ibu
cekal yang telah berjaya mempertingkat hasil susu badannya dengan pengambilan
suplemen Shaklee, beserta dengan jadual pam yang konsisten. Syukur
alhamdulillah, beliau kini lebih bersemangat untuk meneruskan misi penyusuan
kerana badan berasa lebih bertenaga. Sebagai bonus, kulitnya juga semakin cantik
dan bersih ;)
"So far lebih dari
ok makan Shaklee...alhamdulillah production susu pun makin bertambah dgn power pumping, pum konsisten... makan oste pun dah bertenaga dari dulu
dah xrasa penat dan malas2 bila nak bangun pagi
g keje..Mak mentua pun ade Tanya saya makan ape sampai kulit pun bersih je.. skrg stok susu untuk baby pun seronok
tengok..."
Sekiranya
anda menghadapi masalah penyusuan atau simply ingin mengekalkan momentum dengan
hasil susu yang meriah, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya akan bantu
berdasarkan pengalaman saya sendiri menyusukan tiga orang anak saya serta ilmu
saya dalam bidang suplemen, insyaAllah.
** Semua testimoni/penulisan tentang
produk yang dikongsi di sini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan
mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Boleh hubungi saya melalui:
sms/whatsApp: 012-8844580
emel:
hasheena73@gmail.com
fb: Hasheenabeevi
ID Shaklee:
869586
credit
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com