Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu
Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan
kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum
sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel
saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses
ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang
khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk
perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula
tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan
tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Kajian menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi
dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati
kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor
kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam
jangka masa singkat.
2.
Diabetes.
Diabetes jenis I (yang
diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian
ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga
umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian
lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden
Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi
kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab
terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi
susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah
pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di
kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor
persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada
pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta
pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian
susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah
pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga
lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan
telinga.
Jangkitan telinga agak biasa
terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media
(jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu
formula.
Jangkitan telinga sangat sakit
bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair
di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh
menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak
tersebut.
6.
Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak
kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser
pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran
pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah
sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula
meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa
penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit
dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu
formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).
Kurang menyusu bermakna kurang
nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus
menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang
akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran
pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu
juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula
sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan
vaksin.
Pemberian susu formula
mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap
penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang
minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan
lebih banyak antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan
ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan
vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi
badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan
rahang dan otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa
teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi
yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa
bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka
dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi
kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak
kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu
formula.
Penyusuan ibu menjadikan
pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya
menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10.
Obesiti
Bayi yang minum susu
formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda
(kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah
kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti
dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi,
kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu
diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang
terbaik untuknya.]
Sumber: The Ultimate
Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa
Pitman.
4 set Penyusuan Shaklee yang Popular utk tingkatkan kualiti susu ibu
4 set Penyusuan Shaklee yang Popular utk tingkatkan kualiti susu ibu
Credit...
1. PM Facebook : momandbaby @ hasheenabeevi
2. Email : hasheena73@gmail.com
3. SMS/Whatsapp : 012 884 4580
2. Email : hasheena73@gmail.com
3. SMS/Whatsapp : 012 884 4580
Credit..
Anda juga boleh mengisi borang dibawah ini...
Nota Penting 1: Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.
Nota Penting 2: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com