8 senarai semak apabila memilih set bersalin
8 senarai semak apabila memilih set bersalin
Tempoh berpantang seringkali dikaitkan dengan kelesuan dan keletihan berikutan terpaksa melalui tempoh bersalin yang lama, muka pucat akibat kehilangan darah yang banyak ketika proses bersalin dan kekurangan tenaga kerana terpaksa berjaga malam menyusu mahupun menenteramkan si kecil yang kerap meragam serta masih cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru yang serba luas. Perkara ini jika tidak ditangani dengan betul bukan saja akan melambatkan proses penyembuhan malah boleh mengundang masalah lain seperti meroyan atau turut dikenali sebagai post-natal blues.
Itu belum lagi mengambil kira sekiranya anak dilahirkan
pramatang mahupun bacaan jaundis yang tinggi, maka ianya memerlukan si ibu untuk
ulang alik ke hospital. Kalau badan tak dapat sembuh dan kembali sihat bertenaga
dengan cepat dan seperti sediakala, bagaimana si ibu hendak uruskan diri sendiri
mahupun si anak apatah lagi menyusu dan menghasilkan susu badan yang
secukupnya?
Gambar sekadar hiasan |
Oleh sebab itulah, pemilihan set bersalin yang baik dan
bersesuaian amat penting dan wajar dititikberatkan oleh setiap wanita yang bakal
melahirkan. Mari kita semak apakah 8 kriteria utama yang perlu ada dalam set
bersalin:
- sesuai untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan
- boleh diamalkan sejurus selepas bersalin
- selamat dan tidak memudaratkan bayi
- tidak mengakibatkan jaundis, cirit-birit dan ruam pada anak
- menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat
- memberikan tenaga kepada si ibu
- tidak mengakibatkan sembelit
- dapat merangsang penghasilan susu ibu
Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee
memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Jom kita lihat pula apa yang
terkandung di dalam set ini serta fungsi setiap vitamin:
Vitalea with Iron Formula
Mengandungi 12 multivitamin & 7 mineral yang
diperlukan badan mengikut saranan RDA untuk memenuhi mana-mana kekurangan zat
dan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan semata-mata. Formulasi
zat besinya pula dapat mengatasi masalah kekurangan darah akibat kehilangan
darah yang banyak ketika bersalin dan juga nifas.Seseorang yang mengalami
masalah kekurangan darah akan sering kelihatan pucat, letih, lesu dan mudah
pitam.
B Complex
Tidak seperti B Complex jenama lain, B Complex Shaklee
mengandungin 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% kadar harian (daily
value) biotin dan asid folik. B Complex sangat diperlukan ketika berpantang
kerana ianya terkenal sebagai vitamin penenang yang mampu menangani masalah
kemurungan dan stress sekaligus mengelak daripada terjadinya masalah post-natal
blues atau lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan masyarakat
Melayu.
Selain itu, B Complex turut bertindak dalam mencegah
anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah, membekalkan tenaga dan
mengatasi keletihan. Biotin pula penting dalam mengatasi masalah berkaitan
rambut seperti keguguran rambut selepas bersalin.
Vitamin C
Vitamin C mempunyai peranan penting dalam penyembuhan
luka. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan luka bersalin mengambil masa yang
lebih lama untuk sembuh. Selain itu, Vitamin C juga mampu meningkatkan tahap
imuniti badan agar si ibu tidak mudah jatuh sakit ketika di dalam pantang yang
dapat mengundang masalah bentan.
Zinc Complex
Zinc berfungsi dalam mempercepatkan pemulihan luka
bersalin baik luaran mahupun dalaman. Zinc juga membantu pengecutan rahim dan
mengembalikan daya ketahanannya.Selain itu, zinc juga dapat mengatasi masalah
keguguran rambut yang sering dialami wanita selepas bersalin.
Ostematrix
Sekiranya si ibu mempunyai masalah sembelit, maka
kalsium atau turut dikenali sebagai Ostematrix sangat digalakkan untuk diambil
kerana ianya telah terbukti untuk mampu mengatasi masalah ini. Selain itu,
kalsium juga sangat diperlukan ibu-ibu yang baru melahirkan bagi merangsang
penghasilan susu. Ini adalah kerana, antara kandungan utama susu adalah protein
dan kalsium.
Ibu yang menyusukan bayi perlu mempertingkatkan
pengambilan kalsiumnya bagi mengelakkan daripada masalah kerapuhan tulang di
masa akan datang. Pengambilan kalsium yang tidak mencukup tidak akan
mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu namun ianya dapat membawa kemudaratan
kepada si ibu dalam jangka masa panjang.
Di samping itu, kalsium turut dapat mengelak si ibu
daripada mengalami masalah sakit-sakit pinggang dan sakit belakang berikutan
penggunaan epidural mahupun postur badan yang tidak baik ketika
menyusu
ESP
Seperti yang disebutkan di atas, komposisi utama susu
adalah protein dan kalsium. Justeru, si ibu harus mengambil diet berprotein
tinggi bagi memastikan penghasilan susu dapat dirangsang dan susu dapat
dihasilkan dengan lebih cepat.
ESP bertindak sebagai pembekal protein yang unggul.
Selain bagi tujuan penyusuan, ESP juga dapat membekalkan tenaga yang
berpanjangan. Ini perlu memandangkan si ibu di dalam pantang seringkali tidak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya kerana perlu berjaya malam bagi menyusu
dan menjaga si kecil.
Pengambilan ESP juga dapat menggalakkan pertumbuhan
sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati berikuta
proses bersalin yang telah dilalui. Secara tidak langsung, badan bukan saja
menjadi lebih sihat malah luka bersalin juga lebih cepat
sembuh.
Mari kita tengok pula komen ibu-ibu yang telah mencuba
Set Bersalin Shaklee ...
Alhamdulillah, syukur sesangat bila
semakin hari semakin ramai ibu-ibu mula mempercayai keberkesanan Set Bersalin
Shaklee dan menjadikannya sebagai peneman ketika berpantang.
Ternyata banyak kelebihan memilih Set Bersalin Shaklee berbanding yang lain.
Bukan saja badan terasa lebih ringan dan cergas, susu juga melimpah ruah selain
masalah sembelit yang sering digeruni ramai ibu-ibu dapat diatasi. Dan apabila
segalanya berjalan lancar, maka pengalaman bersalin si manja menjadi lebih
bermakna dan istimewa. Bukankah itu yang anda inginkan?
Jadi tunggu apa lagi? Jangan tunggu sehingga saat-saat
dah nak bersalin baru nak mendapatkan Set Bersalin Shaklee anda. Untuk membuat
pesanan mahupun untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi saya
melalui
credit
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com