Rawatan Telinga bernanah
Rawatan Telinga bernanah
Apakah yang dimaksudkan dengan Otitis media ni? perkongsian bersama sebab anak cda, Anas dari berusia seawal 6 bulan dah mula menggaru telinganya..lebih2 lagi waktu malam , membuatka anas susah nak tidor dan asyik menangis..
sakit
telinganya masih berlarutan sehingga sekarang, walaupun sudah dibawa ke pakar ,
masih juga..rata-rata doktor cakap ada infection di telinganya...dan rawatan
yang dibuat adalah flushing (huhuh..kesian anas) dan ubat yang diberi adalah
ubat titis, ubat selsema n sudah tentu antibiotik
Ear
candling pun cda telah cuba pada (18-04-2012) rasanya adalah kurang sikit
dan kelmarin (20-04-2012) cda bawa anas ke klinik swasta
di Miri..sekadar mencuba nasip, mana tahu anas serasi di sana..Doktor cakap
telinga anas ada jangkitan n untuk mengelakkan dari berulang adalah dengan
mengelakkan telinganya dari termasuk air. Dan yang tak bestnye Doc cakap
gegendang telinga anas koyak sedikit...panik cda dibuatnya
![]() |
| Ubat yang lazim diberikan buat Anas |
Adakah
ada sebarang rawatan yang membuatkan sakit ini terus tidak berulang?? masih
belum ada jawapan untuk ini.. insyaallah hari isnin cda bawa Anas ke pakar lagi
di Hospital Suri Seri Begawan (RIPAS) untuk rawatan lanjut....mudahan semuanya
bertambah baik
cda
ada usulkan masalah cda dengan favourite Group shaklee cda, n Terimakasih dengan
perkongsian kak cerry n Beha diatas keperihatinan kalian.. :)
Perkongsian dari mommies yang mempunyai masalah yang
sama
-
-
Cery MamaFaiz takpenah lagi jumpe customer sakit mcm ni.. cda kasi mealshake je ek?.. Omega dan vita c ada bg? -
Shayida Salmi buat masani cda beri ia mealshake jer kak....kalau dulu kerap dia kene..sekarang ada lah perubahannya..tapi bila menyerang balik tu yang tak best tu......omega n Vit C belum lagi cda beri.... -
Beeha Yunos My dotter dulu detected with teleinga berair masa dia 6mth..after that terlampau teruk then solution-ENT suh operate 2kali..now she's 2year4month..alhamdulillahdah ok..my opinion, anak yg ade kes mcm ni sgt sensitif,antibodi lemah..senang sgt kena demam,selsema dan batuk..dan bila selsema dan demam kena extra care sbb may effect her ears lg teruk..sbb bendalir kat telinga akan kuar lg..so,utk antibodi better give her mealshakes and omega+vitamin c chewable..kalau anak biha kena demam selsema aje mmg sgt2 serius kitorg ubatkan..sbb dia KENA baik dlm ms 2hari otherwise mesti ambik antibiotik yg mane xbgs kan klu selalu sgt ambik..keep in touch dgn doctor pakar selalu dan pastikan telinga dia sentiasa kering (mmg ssh sket bila swimming kena pakai ttp kepala sume) tp menurut pakar ENT e conditon will better after child umur 6thn sbb ms tu tulang telinga dia dah membesar dan panjang dan ssh bendalir nak keluar kat telinga tu..and pre-cautions bila naik flight also k.. -
Beeha Yunos Biha strt bg anak biha mealshakes+omega bila anak biha 2thn..mmg lambat..tp sgt2 bgs sbb since tu dia jarang sgt2 berjangkit demam dan sgt jrg selsema lg..compared to before sebulan sekali surely g sepital huhu now as bila ade masalah dgn telinga, dia berkaitan also dengan tekak dan mata..so maybe dia senang kena tonsil..so ENT advise bg vitamin c everyday..biha dah strt chewable vit c tpi bg seminggu 2kali je..ms dia kena tonsil aritu, cpt baik..syukur sgt..apa yg terbaik utk anak, tu yg kita bg kan.. :)about an hour ago via mobile · -
Shayida Salmi Beeha Yunos rasanya sama maslah anak biha tu dengan cda...beeha, cemner doc boleh decide buat operation? n if buat ear candle ok ke? ada doc suruh buat ear candle.... -
Beeha Yunos Ear candle ni nnti doctor akan buat lubang so air dlm telinga akan kuar dari belakang..biasanya kalau anak cda xde masalah lain, ear candle may help lgpon ur dotter dah besar..otherwise u may suh doctor buat brain scan..sbb mcm anak biha bila buat scan whole brain then bru tau telinga kanan dia lubang angin tu sempit sgt..compared to telinga kiri..sbb tu 1st operation buat ear candle, then anak xbaik still demam panas, then tukar doctor, doctor buat scan brain then terus decide for 2nd operation which belah terus keluarkan dari luar sbb nanah dah makan tulang telinga..its complicated nak terang kat sini..cda pm biha ek..kita cite..45 minutes ago via mobile ·
-
dan
tindakan cda dengan sertamerta.....cda akan mulakan memberikan anas dengan Omega
N Chewable Vitamin C hari ni juga!!!!!
mudahan ada Good result n cda akan update lagi apa
progress anas :)
INFO BERKAITAN OTITIS MEDIA
Virus merebak dari tekak ke telinga
tengah boleh jejas pendengaran, keupayaan bertutur
ADAKAH anak kecil anda sering demam, menangis sambil menunjukkan telinganya atau anda mendapati ada cecair yang keluar dari telinganya itu?
Jika ada anda perlu segera membawanya ke doktor kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan pekak. Inilah bahayanya masalah jangkitan telinga tengah (otitis media) yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak di negara ini.
Malah di Malaysia misalnya, kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, menunjukkan hampir 500,000 kes otitis media (OM) itu dicatatkan setiap tahunyang lazimnya membabitkan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Daripada jumlah itu, separuh daripada mangsa cenderung mendapat serangan otitis media akut yang boleh menyebabkan pekak.

Otitis media merujuk masalah radang pada telinga tengah dan terbahagi kepada enam kategori berdasarkan simptom, tahap serius dan tempoh pesakit mengalaminya
Umumnya pada usia tiga tahun dianggarkan tiga perempat kanak-kanak pernah
mengalami sekurang-kurangnya OM sekali dalam hidup mereka, manakala satu pertiga
daripadanya akan mengalami jangkitan berulang (tiga atau lebih dalam tempoh
setahun). Kemuncak insiden OM selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia
enam bulan ke 18 bulan.
Ada kala OM bukan hanya mendatangkan rasa sakit tetapi turut menjadi punca komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan akan merebak ke telinga tengah, malah boleh ke otak. Dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan pekak. Bagaimanapun, pekak hanya bersifat sementara jika OM dirawat. Namun, tanpa rawatan pesakit akan kekal pekak.
Biasanya cecair seakan-akan nanah yang keluar dari telinga menyebabkan kadar pendengaran kanak-kanak terjejas, sekali gus akan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk bertutur dan menguasai bahasa.
Pakar Runding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Nordin, berkata OM terjadi apabila bakteria atau virus merebak dari bahagian atas tekak (nasopharynx) ke telinga tengah melalui tiub eustachian (tiub yang menghubungkan tekak, saluran pernafasan dan telinga tengah).
Oleh kerana OM disebabkan pergerakan jangkitan bakteria dari nasopharynx ke telinga tengah, ia diklasifikasikan sebagai jangkitan saluran atas pernafasan.
“Lebih daripada separuh OM disebabkan oleh bakteria. Dua bakteria utama ialah Streptococcus pneumoniae (S pneumoniae) dan Haemophilus influenzae (NTHi),” katanya.
S pneumoniae adalah penyebab utama penyakit seperti pneumonia, meningitis dan keracunan darah di kalangan kanak-kanak, manakala NTHi pula kerap dikaitkan dengan masalah seperti sinusitis, konjuktivitis juga pneumonia.
Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Selangor Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata OM adalah satu daripada lebih 90 senarai penyakit pneumokokal yang membawa kepada masalah kesihatan yang serius bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa di seluruh dunia.
“Bakteria S.pneumoniae tidak hanya menyebabkan OM tetapi turut mengancam nyawa seperti radang paru-paru, meningitis dan keracunan darah bakteremia),” katanya.
Setiap tahun bakteria S pneumoniae dianggarkan membunuh hampir sejuta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia terutama di negara membangun.
Bagaimanapun, OM adalah sebahagian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Bagi melindungi kanak-kanak daripada OM dan beberapa penyakit lain di bawah kategori penyakit pneumokokol, anda boleh berbincang lanjut dengan doktor

INFO: Simptom OM
- Resah
- Susah tidur
- Kerap menarik telinga
- Demam
- Cecair keluar dari telinga
- Hilang keseimbangan
- Selesema
Jenis-Jenis OM
- Otitis media akut (AOM) - jangkitan telinga tengah yang disertakan dengan rasa sakit, nanah, demam.
- OM dengan nanah (OME) - nanah tanpa simptom kesakitan atau jangkitan.
- OM yang berulang - mengalami AOM lebih dari tiga kali dalam tempoh setahun.
- OM kronik - mengalami AOM lebh dari enam kali dalam tempoh setahun.
- OM kronik dengan nanah - OME didefinisikan sebagai kronik apabila nanah dari telinga sekurang-kurangnya tiga bulan.
- OM dengan nanah kronik - radang kronik dengan telinga tengah bernanah.
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com