Cara Pandang Dan Nilai Anak-anak kita

Cara Pandang Dan Nilai Anak-anak kita

Assalamualaikum;

Sebagai ibu bapa terlalu banyak benda boleh kita pelajari untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan kita, betulkan? Setiap hari ada-ada saja benda baru dan kita boleh selalu belajar untuk mempertingkatkan ilmu demi anak-anak tersayang.

Saya suka baca artikel ni dan nak kongsi supaya boleh tambah sedikit sebanyak apa yang kita ada.
Jom baca sama-sama. Nak jadi ibubapa Mithali kan? icon smile Cara Pandang Dan Nilai Anak anak kita

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Saya mudah stres bila anak meragam. Dan saya rasa serta fikir anak-anak saya tak seperti anak orang lain.

Kalau boleh saya nak anak-anak yang diam, tidak hiperaktif, dengar cakap, tak bergaduh sesama mereka, duduk diam masa pergi function atau kenduri.
Bila bercerita, saya selalu bagitahu kepada orang lain bahawa anak-anak saya hiperaktif dan suka meragam.

Tapi itu dulu…

The Field Is Always Greener On the Other Side…

Bila muhasabah balik, anak-anak saya sebenarnya normal sebagai kanak-kanak.
Memang kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam dan karakter. Mereka bukan hipokrit terutama mereka yang belum remaja. Mereka sangat ekspresif.

Yang tidak ekspresif itulah yang kita risau sebenarnya.
Malah secara umum, sebenarnya anak-anak saya juga seperti kebanyakan anak orang lain. Cuma, mungkin kita selalu lihat ‘the other side of the fence is always greener‘.

Yang tidak ‘normal’nya ialah orang dewasa atau ibu bapa yang meletakkan
harapan dan expectation yang tinggi pada anak-anak yang kadang-kadang belum pun matang atau mencecah remaja.

Bayangkan betapa saya biasa memarahi/memukul anak-anak serta cepat stres pada suatu ketika dahulu. Serba sedikit mungkin ianya kerana saya terkesan dgn cara didikan dan hukuman ayah ketika saya dan adik beradik kecil dahulu.

Pada masa yang sama, menjadi ibu bapa muda atau young parents yang tidak mempunyai ilmu dan pengalaman di dalam parenting serta stres dengan tanggung jawab sebagai isteri dan doktor banyak mengaburi saya. Maka, sudah sahlah masalahnya adalah pada diri saya sendiri.
Hinggakan pada satu ketika, saya meletakkan semua rasa bersalah ke atas diri sendiri. Hinggalah saya ada terbaca satu kisah dalam satu buku motivasi yang mengatakan ibu bapa juga insan biasa yang boleh berbuat salah.

There is always a room for improvement. Maka, jangan terlalu stres dan menghukum diri. Teruskan berusaha untuk berubah menjadi ibu bapa yang lebih baik.
There is also a U-turn. Anak-anak seperti ibu bapa, boleh diubah dan berubah kepada fitrah mereka yang asal.

Perbetulkan Cara Pandang Dan Nilai
Yang penting cara pandang dan penilaian kita yang harus diperbetulkan.

Kerana itulah, al Quran menerangkan anak-anak dan pasangan kita dengan pelbagai perumpamaan.
Ada masa mereka merupakan ujian, ada masa mereka merupakan perhiasan dan ada masa mereka merupakan al baqiatus soleehaat (bekalan amalan) kerana ia semua bergantung bagaimana kita memandang dan menilai mereka.

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (al-Anfal:28)

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (al-Kahfi:46)
Sekiranya kita benar-benar yakin merekalah al baqiatus soleehaat (modal bagi amalan soleh), maka kita kena yakin merekalah rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Sudah tentulah kalimah syukur yang sentiasa kita lafazkan walau apapun keadaan fizikal, mental atau akal anak-anak kita.

Bukan keluhan atau sesalan. Kerana buruk atau baik, merekalah anugerah daripada Allah SWT.
Lebih indah jika kita yakin mereka jualah perhiasan yang menjadikan kita cantik serta tidak kurang dipandang di dunia ini.

Bak kata al-Imam al-Raghib, ”Perhiasan adalah apa yang mencegah seseorang itu daripada kelihatan hodoh sama ada di dunia mahupun di akhirat.”

Kata-Kata Itu Doa
Ya, tanpa sedar rupa-rupanya saya sering menggambarkan kepada orang lain bahawa anak-anak selalu meragam dan menangis, terutama Naurah dan Imad.

Tapi sebenarnya, mereka tidak akan meragam tanpa sebab. Habis-habis pun ragam mereka kerana berebutkan barang sesama mereka. Tidak pun kerana simptom kurangnya kasih sayang kepada mereka atau salah cara kita memberi perhatian.

‘Nakal’ mereka bertempat.

Saya teringat cara orang dulu-dulu menegur anak.

“Bertuah punya anak.”

“Haa, panjatlah lagi (pokok), nanti mak ubatkan kalau jatuh.”
Sindir dalam lembut yang penuh pengajaran dan hikmah. Bukan maki bukan sergah.
Mungkin yang selalu kita kena ucapkan ialah, “Anak saya baik… elok aje main dengan abang dan kakak dia.”

Lagi bagus sekiranya kita perbanyakkan pujian tatkala mereka membuat kebaikan supaya ianya menjadi galakan atau positive behaviour encouragement.

Yakinlah psikologi serta reverse psychology sangat membantu.
Saya masih lagi ingat ketika kami mula-mula menggunakan teknik ini di rumah, terasa sangat palsu dan hipokrit. Namun lama kelamaan, Alhamdulillah kami mula melihat hasilnya sedikit demi sedikit.
Kekuatan Spiritual Sebagai Benteng

Akhir kata, jangan sesekali putus asa. Yakinlah dengan usaha dan bukanlah dengan hasilnya.
Usaha kita merupakan suatu perjalanan yang kita tidak pasti akan akhirnya.
Memberi dengan sebaik-baiknya agar balasan Allah jualah yang terbaik buat kita.
Ada masa iman kita tinggi, ada masa iman kita rendah. Itu biasa kerana kita insan biasa.

Bak sabda Nabi,
“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali).”
(Hadith riwayat Muslim)

Kekal sedar serta sabar menahan diri itulah kunci takwa buat ibu bapa semua.

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger