Pantang Larang Ketika Hamil
Pantang Larang Ketika Hamil
Assalamualaikum
bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi!
Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesahihannya.
Ada orang tua-tua dulu kata, tak boleh menjahit dan menganyam nanti tali pusat terbelit. Erm kadang-kadang terlepas jugak buat semua tu masa mengandungkan anak pertama dulu. Kandungan 4 bulan masa tu bulan puasa plak. Memang terlepas jugak nganyam ketupat, ada jugak nak dekat 50 helai daun dah buat. Bila ada orang tua datang rumah kena tegur, ish ko jangan nganyam nanti terbelit anak ko pulak nanti. Terkejut jugak sebab baru 1st time dengor. Terus stop. Baik2 plak makcik-makcik ni sambungkan..terima kasih la ye..Tapi alhamdulillah, anak lahir selamat aje, padahal dah banyak juga nganyam. Pasal jahit tu pun dah terlepas jugak pernah nak menjahit baju dan bantal yang koyak. Alhamdulillah senang lahir. Sampai-sampai hospital dah bukak 7cm, 3 jam lepas tu terus lahir. Erm, kadang-kadang nak percaya boleh tapi jangan sampai taksub sangat kan. Kita bukan buat benda jahat pun..
Ada juga yang kata tak boleh siang ikan, sejauh mana kebenarannya tak boleh lah nak fikirkan sangat. Sebab saya dulu pun kena juga siang ikan masa ngandungkan anak sulung dulu. Niat kita nak masak untuk suami dan nak beri anak didalam kandungan sihat. Kalau ada ahli keluarga yang lain di rumah boleh tolong masakkan ataupun suami orang kaya yang boleh amik orang gaji takper la kan. Kalau memang duduk sendiri macam mana nak gayakan tu. Yang penting niat kena betul yer tak? Kalau mcm tu order saja fast food hari-hari. Sanggup ker. hehehe..Masa mengandung dulu saya memang suka memasak, hari-hari nak masak lain-lain. Memang tak ada alah bab-bab masak ni. Agaknya nanti anak nak jadi chef selebriti terkenal agaknya. hehe..mudah-mudahan..Walaupun baby boy, mana tau jadi chef boleh tahan jugak. Berangan aje lebih..:P
Ada juga yang kata jangan mandi malam, nanti susah nak beranak. Orang kata nanti kembar air. Tapi yang terjadi pada seorang kawan saya dia mengalami kembar darah. 4 hari di hospital tak beranak-beranak. Sebab dia kata dia suka mandi malam. dah feveret katanya. Wallahualam. Kalau boleh dielakkan elakkan la. Sebab kita pun walaupun tak pregnant memang tak elok mandi malam. Dada sejuk nanti. Mudah kena paru-paru berair. Tapi kalau yang kerja balik malam tu apa nak buat. Nanti busuk plak hubby cakap. Tapi sekadar mandi basah-basah aje cukup la..tak yah la sampai nak berendam lama-lama. betul tak?
Ada yang kata kalau nak potong apa-apa jangan secara terbalik. Nanti anak songsang. Ini pun tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Sebab belum pernah tarjadi pada sesiapa. Pernah dengar orang cakap aje.
Ada juga yang kata tuala jangan letak kat leher. Nanti anak terbelit tali pusat. Disebabkan saya sekarang sedang mengandung anak kedua. Saya selalu juga terlepas buat mcm tu sebab nak mandikan anak sulung. Mudah-mudahan tak terjadi lah.
Ada juga yang kata tak boleh potong rambut, takut nanti kena bedah. erm yang ni saya tak percaya. Sebab dulu masa ngandung anak sulung masuk 6 bulan, memang badan sentiasa panas. Kipas kalau boleh nak dekat aje bila tidur malam. huhu. Merungut kat suami nak potong rambut. Suami tak suka saya rambut pendek. Tapi kita dah panas sangat suami iyerkan aje. Nanti baby dah lahir lama-lama panjang balik rambut, masih boleh diikat lagi untuk waktu berpantang nanti. Alhamdulillah lahir normal jugak. :)
Ada juga yang kata jangan tengok citer-citer aksi dan seram-seram. Tak elok kalau ibu-ibu terkejut. Erm yang ni saya nak bagi sedikit pandangan lah. Buat ape lah nak tengok citer-citer yang mcm ni kan. Elok kita banyak baca al-quran dan berzikir. Boleh kalau nak tengok citer-citer mcm ni tapi jangan terlampau sangat. Sikit-sikit bolehlah. Kalau tengok selalu kalau dah terbayang-bayang dalam mimpi kan tak elok juga tu. Yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah.
Dulu pun masa pregnant dulu, saya pun kadang-kadang taknak buat itu taknak buat ini, was-was bila nak buat sesuatu time pregnant. suami selalu tegur, jangan 'yang'. 'Awak tak boleh pikir-pikir sangat bila buat sesuatu tu. Yang penting niat tu. Kalau niat tak baik, tak baik lah jadinya'. betul jugak tu..huhu~
Tentang bab pemakanan pula, kalau rasa makanan tu tak berapa elok tak perlulah makan. Macam nenas buahnya tajam. Durian pula orang kata panas, sikit-sikit boleh la takut nanti mengidam pula. Elakkan buah-buahan yang sejuk. Buah-buah yang lain pula makanlah ikut keperluan tubuh. Yang ada khasiat untuk bayi dalam kandungan.
Tentang bab minuman pula, pun macam tu. Orang kata tak elok minum air kelapa muda di awal kandungan tapi elok di akhir-akhir pula. Erm macam tu kita boleh la ikut. Pernah dengar banyak citer jugak tentang air kelapa muda ni. Kalau rahim tak kuat takut gugur pula. Banyakkan minum air barli dan soya. Bagus untuk sesiapa yang ada gastrik dan elok untuk minda bayi. Kalau boleh buatan sendiri bukan dalam kotak, banyak kandungan gula aje. Takut nanti kena kencing manis dan darah tinggi pula. Masa belum mengandung takde apa-apa penyakit pula ye tak. Masa mengandung ni boleh ada pula. Biasa la tu pembawakan budak. :)
Bentuk perut petunjuk jantina bayiTerdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.
Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian.
Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.
Minum kopi punca tanda lahir
Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.
Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu
Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.
Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.
Elak jumpa orang cacat
Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu.
Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.
Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.
Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki
Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.
Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.
Bayi berambut buat ibu panas
Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.
Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal
Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.
Jangan makan nanas
Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning.
Perlu diketahui, nenas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.
Jangan duduk di muka pintu
Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.
Ibu hamil degil akan bermasalah
Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.
Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.
Walaupun pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria
Yang penting bersederhanalah dari semua hal. Banyak sangat pun tak boleh, sikit sangat pun tak boleh. Jadi pilihlah yang tengah-tengah. Ikut sunnah nabi.
Sebenarnya yang penting masa mengandung ni, percakapan, perbuatan dan yang paling penting hati semuanya kena jaga. Kalau boleh, buatlah perkara yang elok. Jangan terlalu beremosi dan jangan terlalu taksub akan sesuatu. Perbanyakkan amalan semasa mengandung. Istighfar selalu kalau terkejut dan ternampak sesuatu, dan bukannya sumpah seranah. Niat yang baik kerana Allah pasti datangnya yang baik juga. Amalkan surah-surah yang elok untuk kandungan. Amalkan 5 perkara ni sebelum dan selepas:
**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com
Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House.
**********************************************************************************
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee

- Jaga tutur kata setiap hari
- Banyakkan selawat dan membaca Al-Quran
- Menjaga hubungan baik sesama insan
- Jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat..
- Banyakkan bersedekah…
Bila nak dekat-dekat bersalin, minta lah maaf dengan
semua orang lebih-lebih lagi dengan suami. Amalkan surah Maryam untuk memudahkan
persalinan nanti dan banyakkan makan kurma untuk anak sihat dan bijak. Amalkan
juga surah Yusof untuk anak cantik. Dan banyak lagi surah-surah yang elok untuk
diamalkan. Boleh search di internet.
Jadilah orang yang berilmu.
Jadilah orang yang berilmu.
credit
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com