Susu ibu adalah penawar terbaik
Susu ibu adalah penawar terbaik
Susu
ibu adalah penawar terbaik bagi bayi yang mengalami cirit-birit, gangguan sistem
usus, jangkitan saluran pernafasan dan keradangan akibat serangan virus atau
bakteria pada telinga.
Bayi
yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah untuk mendapat pelbagai
jangkitan atau masalah kesihatan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk
menguatkan badan si kecil menentang serangan bakteria.
Secara
umumnya, susu ibu adalah makanan yang lengkap — ada protein, vitamin dan
mineral; semuanya penting untuk membentuk sistem pertahanan badan bayi dan
membantu pertumbuhan serta perkembangannya.
Susu
ibu sebenarnya mengandungi banyak faktor-bio yang kompleks. Faktor-bio adalah
bahan yang memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan,
mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan
kesihatan. Faktor ini membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi yang diberikan
susu badan.
Antara
faktor-bio utama yang dikenal pasti dan ditambah dalam susu formula ialah
nukleotida, rantaian panjang asid lemak tidak tepu (LCP) seperti asid arakidonik
(AA) dan asid dokoheksanoik (DHA), selenium dan karotenoid.
Selain
itu, susu ibu mengandungi faktor anti-mikrobial yang berfungsi menentang
bakteria dalam usus (seperti laktoferin, lisozim, IgA, lipid dan oligosakarida);
anti-keradangan (contohnya prostaglandin, kortisol, epitelial, faktor
tumbesaran, asid lemak tidak tepu) serta perangsang sistem imunisasi (seperti
sitokinin dan nukleotida).
Sistem
pertahanan
Seperkara
lagi, susu ibu juga ada satu bahan dipanggil limfosit yang meningkatkan sistem
pertahanan badan, manakala faktor bifida membantu pertumbuhan bakteria berguna,
Lactobacillus bifidus dalam usus.
Bunyinya
mungkin terlalu ilmiah, tetapi ini antara ‘bahan penting’ dalam susu ibu yang
sudah dikenal pasti. Susu ibu memang unik dan ia digunakan sebagai piawaian
untuk pengeluar susu formula.
Sehingga
kini belum ada susu formula mampu menyaingi khasiatnya kerana ada beratus-ratus
faktor-bio belum dapat ‘ditambah’ ke dalam susu formula.
Pensyarah
Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver,
berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan
lebih baik dan cepat.
Katanya,
kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat
keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan
sehingga dewasa.
“Sememangnya
khasiat susu ibu tiada tandingan. Bahan penting susu ibu seperti AA dan DHA
membantu perkembangan neuro (sistem saraf) dan otak yang lebih baik.
“Susu
ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting
dalam sistem pertahanan badan bayi. Ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan
anti keradangan.
“Selenium
pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan membran sel dan
merangsang proses pembesaran,” katanya ketika perbincangan media mengenai
faktor-bio dalam pemakanan bayi anjuran Wyeth (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru
ini.
Susu
badan sangat penting, terutama kepada bayi pramatang (tidak cukup bulan) kerana
organ mereka belum berkembang sepenuhnya ketika dilahirkan. Malah, kebanyakannya
mengalami masalah kekurangan berat badan dan mudah mendapat jangkitan.
Kajian
epidemiologi dan klinikal menunjukkan susu ibu yang kaya karotenoid mampu
merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan
retina mata dan displasia bronkopulmonari (perkembangan paru-paru yang tidak
normal).
Susu
ibu adalah makanan yang steril. Justeru anak yang mengalami cirit-birit dan
diberikan susu ibu akan terhindar daripada jangkitan bakteria atau virus
berterusan.
Kandungan
nukleotida dalam susu ibu juga mampu menguatkan sistem usus dan imun bayi. Ini
juga sebabnya bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah mengalami
cirit-birit.
“Malangnya,
ramai ibu berhenti memberikan susu ibu apabila mereka kembali bekerja. Walaupun
susu formula juga ada banyak khasiat, ia belum dapat menandingi susu ibu kerana
kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan anak.
“Berikan
susu badan kepada anak walaupun sedikit, tetapi anak tetap akan mendapat banyak
manfaatnya. Pemakanan ketika kecil akan memberi kesan besar apabila anak dewasa.
Justeru, jangan bazirkan anugerah yang diberikan,” katanya.
Sumber:Harian
Metro
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com