PIRAMID PEMAKANAN UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

PIRAMID PEMAKANAN UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Salam semua!

Wah… susah juga nak bersihkan sawang di blog ini! :-)

Seperti yang anda kenal, saya akan tetap dengan prinsip menulis blog dengan bahasa kebiasaan seperti saya bercakap. Sungguh, saya amat tak pandai buat bahasa buku yang amat tersusun. Saya berhadapan dengan pelbagai jenis latarbelakang ibu, terpulang kepada anda di luar sana untuk menyerap mengikut kefahaman masing2. :-)

Tahukah anda, antara momen yang menyeronokkan semasa menyusukan anak adalah anda boleh menikmati makanan yang sihat dan enak tanpa keraguan?

Ha~ha, sinis bunyinya ye cik farah. Tapi inilah yang dirasai kebanyakan ibu yang menyusukan anak mereka. Berat badan dan diet jatuh ke tempat kedua. Pertama adalah memberikan nutrient yang terbaik kepada diri sendiri untuk disalurkan kepada anak melalui susu ibu! :-)

Jgn salah sangka disini kalian, tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. :-) Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat :)

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan. :-)



Piramid Makanan

Pengambilan makanan mungkin sedikit berbeza bagi seorang ibu menyusu berbanding wanita yang tidak menyusukan anak kerana ibu menyusu perlu lebih kalori berbanding wanita yang tidak menyusukan anak.

Saya kan… nak kongsi dengan anda tentang ini.



Contoh seperti di atas.

Anita Selangor (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun, berat badan 50kg, ketinggian 5 kaki dan beliau tidak melakukan apa2 senaman dalam satu minggu (bekerja di pejabat) dengan menggunakan calorie calculator utk ibu menyusu beliau mendapati kalori yang diperlukan satu hari adalah sekitar 1473 kalori.

Mahu tahu berapa anda perlukan?

KLIK DI SINI (Calorie Calculator) For Breastfeeding Mom

psttt.. berapa kalori yang anda perlukan? kongsikan di kotak komen di bawah :p

Oh sekali lagi, jangan hantui diri anda dengan bebanan pengisian kalori setiap hari. Makan seperti biasa dan seadanya seperti anda hari2. Dont make things complicated ya! :-)

Atau kalau anda rasa sangat sukar memahami piramid makanan di atas, saya telah lukiskan satu contoh hidangan makanan menggunakan software paint hehe (maafkan saya, saya bukan org grafik, hehe) bagi setiap hidangan utama kita.

Bayangkan….. Sebuah pinggan corelle di depan anda. Wah! :-)

Bahagikan bahagian pinggan tersebut kepada EMPAT.


=
Okay, seperti di atas :-)

Anda letakkan:

1 Bahagian NASI (sumber karbohidrat) – lebih kurang 200 -800 kalori (1mengikut jenis beras, dan kuantiti hidangan)

1 Bahagian AYAM, IKAN, TELUR (sumber protein) – lebih kurang 200 – 400 kalori

1 Bahagian SAYUR (sumber vitamin, mineral, iron dan lain2) – dari 20 kalori hingga 300 kalori mengikut jenis sayur

1 Bahagian BUAH (sama seperti di atas) – * jus daripada buah segar adalah lebih memberikan lebih tenaga daripada GULA yang anda ambil daripada minuman kordial yang telah diproses :-)

… DAN makan dengan hati yang senang! :-) hehehe ini kerana anda telah tahu tugas anda utk makan makanan berkhasiat dalam satu hidangan dan anda telah laksanakan :-)

Jangan lupa minum air masak setiap hari kerana air dapat mengisi kekurangan air di dalam badan dan menghilangkan dahaga. :-) Minum air banyak bukan beerti susu anda akan banyak ya!

Senang bukan?

Dan bagi ibu yang mengambil vitamin atau suplemen tambahan, tiada masalah bagi itu kerana doktor menyarankan ibu2 mengambil vitamin sepertimana semasa ibu mengandung (obimin, pramilet) dan sebagainya. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak di amil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. :-)

Anak atau bayi sebenarnya tidak kisah apa yang dimakan ibunya, betul atau tidak? Dari dalam perut dia telah bisa makan apa yang dimakan ibunya. Pelbagai perisa pedas, manis, masin, pahit, kari kepala ikan, herba hehe telah dirasai bayi sejak di dalam kandungan ibunya melalui cecair amniotik di dalam plasenta. Tambahan lagi, semasa trimester ketiga, bayi akan minum/makan sebanyak mungkin makanan di dalam cecair amniotik sebelum keluar menjengah dunia! :-) Oleh itu jangan bimbang tentang apa yang perlu di ambil dan tidak, selagi ianya berkhasiat dan tidak berlebihan, makan saja!

*Jangan jadikan penyusuan sebagai alasan untuk tidak makan itu dan ini :-) Hehe

* Walaupun tempoh penyusuan adalah momen terbaik untuk makan apa saja, jangan lupa bersenam ya! :-)

* Penyusuan akan menyebabkan ibu membakar 500 kalori untuk tenaga setiap kali menyusu. Oleh itu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak (namun tidak semua ibu berjaya menurunkan berat badan lebih cepat atas sebab2 lain – hormon, pemakanan, stress)

Yang penting disini, supply and demand perlu dijaga di dalam penyusuan. Menyusukan anak sekerap yang mungkin bila bersama dan jangan skip memerah susu bila berpisah dengan anak.

Jagalah pemakanan kita semua ibu2. Seiringan dengan umur yang makin bertambah. Cintailah diri kita kerana ingin melihat bagaimana anak2 kita membesar, bersekolah, ke menara gading, bekerja, berkahwin dan bekeluarga seperti pusingan hidup kita kini. :-) Supaya kita lebih kuat dan sihat untuk mendidik anak di zaman yang sangat mencabar kini.

credit dari Farah

 
**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger