Cara mengatasi jeragat
Cara mengatasi jeragat
Wajah kusam kerana jeragat |
Soalan:
Saya berumur 48 tahun. Sejak kebelakangan ni wajah saya
mula dinaiki jeragat dan menjadi kusam. Saya bekerja dan sering terkena pancaran
matahari tapi saya memakai krim pelindung setiap hari. Namun wajah saya tetap
tidak berubah, jeragat tetap banyak. Apa yang harus saya lakukan? Saya amat
risau dengan kulit wajah saya.
Jawapan oleh Dr Siti Mariam Yusof:
Jeragat ialah tompok2 hitam yang disebabkan melanin
yang terkumpul menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Ia terkumpul di
wajah secara berkelompok.
Antara punca terjadinya jeragat aalah kerana pendedahan
kulit kepada cahaya matahari yang terik, hormon yang tidak seimbang disebabkan
mengandung, menopous, gelisah dan tidak cukup tidur., menggunakan mekap yang
tidak berkualiti, kesan parut jerawat dan pengambilan ubat berunsur
dadah.
Perkara asas merawat jeragat adalah dengan melakukannya
secara dalaman dan luaran. Ini kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat
hilang juka hanya melakukan rawatan luaran sahaja iaitu dengan memakai pelbagai
jenis krim dan pelembab sahaja.
Kolagen adalah elemen penting untuk kesihatan dan
keanjalan kulit. Penurunan kolagen berlaku apabila umur meningkat dewasa dan
mengakibatkan wajah mula menampakkan garisan penuaan dan wajah mula berjeragat,
kusam dan tidak bermaya.
Oleh itu, pilih kolagen yang baik dan semulajadi.
Selain itu, pengambila vitamin C rumusan homeopati juga baik untuk menegangkan
kulit, memerahkan pipi, merawat kulit kusan dan berjeragat dari
dalam.
Langkah utama untuk mengatasi masalah jeragat adalah
dengan melindungi kulit daripadan cahaya matahari termasuk mengambil langkah
pencegahan dengan memakai krim pelindung matahari, menggunakan topi atau payung
sekiranya melakukan aktiviti luar.
Elakkan terkena matahari dari pukul 10 pagi hingga 4
petang.
Sumber: Mingguan Wanita Mei 2012
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com