7 Cara Perangi Selulit..vitamin yang dicadangkan utk mengatasi selulit..

7 Cara Perangi Selulit..vitamin yang dicadangkan utk mengatasi selulit..

 


Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hasil daripada peningkatan drastik hormon estrogen dan progesteron. Akibatnya, tubuh anda menghasilkan lebih banyak lemak selain pada masa yang sama menyimpan lebih banyak air. Setelah bersalin, tubuh anda sukar untuk kembali ke bentuk asal dalam tempoh yang singkat.

Penurunan berat badan biasanya berlaku secara bertahap dan mengambil masa beberapa bulan lamanya. Oleh kerana itulah, timbunan lemak yang tertinggal juga tidak akan serta-merta hilang. Malah di situlah selulit biasanya timbul.

Tidak Manis Dipandang
Tahukah anda, selulit bukanlah sekadar gumpalan lemak biasa. Ia merupakan timbunan sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan. Apabila ini berlaku, permukaan kulit akan kelihatan tidak rata. Biasanya selulit banyak berselindung di bahagian perut, pinggul, punggung, paha dan lengan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi anda mempunyai selulit. Ini bergantung kepada baka, jantina, jumlah lemak dalam tubuh, umur dan ketebalan kulit. Apabila kesemua atau sebahagian elemen ini bergabung, ia akan membentuk sejumlah selulit di tubuh anda itu. Selulit tidak berbahaya kepada kesihatan namun ia tidak manis dipandang. Oleh kerana itulah kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak mahu segera melenyapkan selulit yang ada di sana-sini.

Apakah anda salah seorang daripada mereka? Jika jawapannya ya, anda perlu mengamalkan pola hidup sihat selain menjalani rawatan secara teratur bagi menghapuskan musuh ketat wanita ini daripada pandangan mata.

1. Rajin Bersenam
-----------------------
Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.
Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.

Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Gizi Seimbang
-----------------------
Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.

3. Urutan + Aromaterapi
-----------------------
Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar. Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.

4. Penggunaan Krim Atau Losyen
--------------------------------------
Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.

Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.

5. Minum Ikut Keperluan----------------------------
Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

6. Rokok Beracun
-----------------------
Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.

7. Hindari Tekanan
-----------------------
Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Sumber : Pa&Ma

Ingin mengatasi selulit dengan pengambilan vitamin ..

Vitamin yang dicadangkan





1) LECITHIN- Nature’s Emulsifier memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah

2) VITAMIN C- berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat

3) OSTEOMATRIX- Pil Kalsium berserta magnesium yang penting dalam pembentukan tulang dan mengeluarkan hormon & enzim badan serta mengurangkan masalah pengumpulan air ataupun water retention di dalam tubuh

4) GLA- Asid lemak yang baik membantu dalam kehilangan berat badan dengan menyikirkan lebihan berat badan..

http://mcna-health.blogspot.com/search/label/Selulit


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Bagi yang berminat:

Hubungi saya :-
H/P: 0128844580
Email :- hasheena73@gmail.com
Borang: Klik
Fb: Mom and Baby

Credit
 

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger