Vitamin Ibu Hamil: ASID FOLIK mengelakkan risiko keguguran
Vitamin Ibu Hamil: ASID FOLIK mengelakkan risiko keguguran
Ibu-ibu hamil tidak akan pernah pulang tangan
kosong setiap kali pulang dari klinik atau hospital. Pasti doktor akan
membekalkan beberapa jenis vitamin yang amat diperlukan ibu mengandung. Ada
antaranya vitamin umum, dan ada yang khusus mengikut keadaan kesihatan
ibu.
Antara vitamin terpenting yang selalu
dibekalkan doktor adalah asid folik
Asid folik
Asid folik atau nama keluarganya, B9 membantu
pembangunan dan pembahagian sel dengan sempurna. Ia jadi SANGAT penting
untuk mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Salah satu risiko
kekurangan asid folik pada ibu hamil/mengandung ialah
mengakibatkan spina bifida pada bayi.
mengakibatkan spina bifida pada bayi.
Keperluan minimum asid folik untuk ibu
mengandung seperti yang ditetapkan oleh RDA ialah sekurang-kurangnya
400-600mcg. Tablet asid folik yang diberi doktor mungkin mengandungi
lebih dari 400mcg. Tak perlu risau sekiranya ia lebih dari disarankan. Ini
kerana asid folik termasuk dalam kumpulan vitamin B iaitu vitamin larut air.
Mana-mana vitamin larut air yang terlebih tidak mendatangkan kemudaratan kerana
ia disingkirkan dengan mudah dari badan melalui urin.
Walaupun tablet yang dibekalkan oleh doktor
melebihi 600mcg, tidak semestinya semuanya akan diserap oleh badan sekiranya
badan tidak berada dalam keadaan optimum. Penyerapan asid folik secara
optimum disokong oleh:
- adanya 7 lagi ahli kumpulan vitamin B yang lain iaitu B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Panthothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin) dan B12 (Kobalamin). Dalam erti kata lain, sekiranya mengambil vitamin B, yang terbaik adalah tablet B-Complex yang mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B.
- Vitamin C: Vitamin C menghalang asid folik daripada terurai dengan cepat dalam badan. Majoriti pakar nutirisi menyarankan sekurang-sekurangnya 500mg setiap hari.
Asid folik bukan saja penting pada ibu hamil tetapi ia juga sangat penting
pada ibu yang berusaha untuk hamil. Ia perlu diambil dari awal bagi memenuhi
keperluan bakal janin yang akan menghuni rahim ibu. Setiap wanita patut mula
mengambil B-complex dari awal sebelum perkahwinan atau sekurang-kurangnya sejak
dari awal perkahwinan untuk menyediakan diri sebagai ibu.
Mungkin ada ibu-ibu yang enggan memakan vitamin yang dibekalkan kerana
takut risiko keguguran. Ketahuilah, ini mitos semata-mata. Asid folik TIDAK
menjadi punca pada keguguran. Sebaliknya, risiko keguguran pada ibu yang
kekurangan asid folik adalah 50% lebih tinggi dari mereka yang mengambilnya
secara tetap dan mencukupi.
Set kehamilan asas yang boleh saya cadangkan dari Shaklee yang saya suka
ni:
Set keperluan asas
Set Ibu Hamil Shaklee yang lengkap
Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com. Setiap pembelian daripada Sheena E Shop House akan mendapat konsultasi percuma
credit....
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com