Kesan dan Bahaya mengambilan ponstan
Kesan dan Bahaya mengambilan ponstan
Sejak dari dahulu lagi dan sudah menjadi kebiasaan kita sekiranya kita mengalami demam, senggugut atau pening kepala kita mesti cari ubat. Ramai yang mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan gejala kesakitan. Sama macam saya kalau sakit sikit makan penadol, sakit perut makan penadol. Penadol adalah satu jenis ubat yang mesti ada di dalam rumah dan pergi mana-mana mesti bawa penadol.
Tahukah anda bahayanya sekiranya kita kerap memakan ubat tahan sakit ini. Semenjak saya tahu kesan dan bahaya pengambilan ubat tahan sakit ini saya telah berusaha untuk menahan diri daripada memakan ubat tahan sakit. Menurut Pengarah Klinik Pakar. Hospital Mount Elizebeth Singapura, Dr. Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit remeh temeh seperti pening kepala atau sengal-sengal boleh diubati dengan pengambilan penadol atau ubat tahan sakit.
belakang dan pergelangan yang kronik.
Kata beliau, banyak kajian melaporkan sakit kronik sebagai penyakit senyap yang sentiasa berlaku kepada masyarakat hari ini.
"Sakit sebegini walaupun ada kalanya dianggap remeh namun ia menjejaskan aktiviti harian termasuk kerja, tidur dan membuatkan seseorang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu tugasan atau menikmati hobi serta aktiviti yang lain," katanya
Namun Penyakit yang dianggap remeh ini boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik jika pengambilan tidak terkawal serta tanpa mengambil rawatan yang betul. Pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan buah pinggang.
Bahaya Kepada Tubuh Kita
Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour
adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh
menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya
menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka
(ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus
besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk
mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan
tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang
mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan
akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat
masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai
sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
KESAN PADA KULIT
PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu
exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson
syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling
mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada
Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN PADA GINJAL
Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa
peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan
pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary
necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal
function test) harus diperiksa secara berkala.
Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan
buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan
oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke
buah pinggang.
Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada
sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak
boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.
KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai
masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap
bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali
lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan
ponstan.
KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg
bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh
diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai
kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari
normal.
KESAN-KESAN
LAIN
PONSTAN juga harus diberikan
berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang,
ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan
pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.
KESAN
PADA WANITA MENGANDUNG
NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu
mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh
menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung
dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.
NSAIDs menghalangkan pembentukan
prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan
bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal
ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses
bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses
kelahiran.
PENGGUNAAN
PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat
pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu.
Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat
tahan sakit.
PENGGUNAAN
PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya tidak digalakkan pada
kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.
KESAN
KEPADA PERUT
Kepada
perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada
perut :
-
bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
-
perut menjadi luka (gastritis)
-
perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
-
perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
-
perut berlubang (gastro perforation)
Kesan kepada perut disebabkan oleh dua
perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara
tidak langsung
Sumber rujukan Berita Harian
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com