Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!!
Susu ibu vs susu formula: Apa bezanya??Memang banyak BEZAnya!!
Assalamualaikum,
Rata2 pada zaman kini, ramai ibu yang tahu apa kelebihan
susu ibu berbanding susu formula..Tapi betolkah anda benar2 tahu? Atau sekadar
tahu...Kalau yang dah tahu detail, boleh baca info ni untuk refresh lagi minda
kita berkenaan susu ibu dan susu formula..
Secara fisiologi, susu ibu
adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan
bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga
kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui
manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula
tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu
ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat
ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu
ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!
Di samping mengandungi antibodi
dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh
berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?
-
Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.
-
Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.
-
Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.
Kandungan SUSU FORMULA pula
kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu
formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?
Pandai-pandailah anda pilih yang
mana yang terbaik untuk permata hati anda.
Khasiat serta kandungan yang
dimiliki di dalam susu ibu tidak perlu dipertikaikan
lagi. Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk proses pembesaran.
Tuntutan agar ibu menyusukan
anak turut tertulis di dalam Al-Quran, antaranya;
“Para ibu
hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu
bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan.
(Surah Luqman : 14)
” Jika mereka
menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka
upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah al-Ahqaf:
15)
Ayat di atas menjelaskan bahawa
pemberian susu ibu turut digalakkan dalam Islam.
Sama ada kita sedar atau pun tidak susu ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri dan banyak membantu tumbesaran bayi. Tiada apa yang membahagiakan ibu bapa apabila melihat anaknya sihat dan cerdas.
Penyelamat bayi
Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7 cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat.
Kadar kematian bayi dan
kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama
juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun. Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius. Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan
ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan
untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.
Khasiat dan kebaikan susu
ibu
Susu ibu merupakan makanan dan
minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir
hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan
jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru
merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun
sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas
bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil
menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa
pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan
masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland
menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous. |
Untungnya si ibu…
Perkara paling ditakuti wanita
selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan
asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung
rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia
mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya
selama enam bulan pertama mampu menunda
kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi
fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan
kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu,
sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang
masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu
terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh
susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh
atau melendur kerana menyusu badan juga kurang
tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Sekarang kita semua ibu2
sepatutnya tiada alasan lagi tak boleh susukan anak dengan susu ibu ( melainkan
ibu ada masalah berkaitan yang tak dapat dielakkan), kerana sekarang
kita memang mendapatkan kemudahan sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita..Nak atau tak nak je...Malas atau rajin je...Kalau kata kurang susu tu..ia boleh diikhtiarkan dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sebagainya..Cuma perlu cari alternatif lain dan berusaha lebih sikit untuk menggali ilmu...
Sekiranya anda sedang mencari vitamin
yang sesuai untuk ibu2 menyusu, boleh
hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau sms 0128844580.
Credit
|
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com