Breast Pump
Breast Pump
Salam.
Bercerita tentang
penyusuan susu ibu (breastfeeding), biasanya dikaitkan dengan breast pump. Bagi
ibu-ibu yang bakal melahirkan, akan mula memikirkan sama ada mahu menyusu bayi
yang bakal lahir secara eksklusif atau tidak.
Pada pendapat saya,
sekiranya jawapan yang diberi ialah ya, ditambah pula dengan ibu itu seorang ibu
yang bekerjaya, ibu itu patut memikirkan dan membuat perhitungan tentang breast
pump bagaimana yang sesuai digunakan nanti. Terdapat pelbagai pilihan breast
pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada
yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya
boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh
melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
Apapun pilihan terletak
di tangan ibu itu sendiri. Tiada paksaan di dalam memilih pam mana yang terbaik.
Bagi saya, setiap orang ada pendapat dan kesesuaian masing-masing. Di sini, saya
cuma ingin mencadangkan beberapa pam yang mungkin boleh dimiliki oleh ibu-ibu
bekerjaya berdasarkan bajet dan kesesuaian. Review adalah berdasarkan pendapat
saya sahaja, juga melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
Model: Medela Mini Electric
Review:
Pam ini merupakan
dwi-fungsi, di mana ibu-ibu boleh menggunakannya secara bateri atau elektrik. Ia
membolehkan ibu-ibu mengepam sebelah payudara sahaja pada satu masa. Penggunaan
2 bateri AA. Saiznya yang kecil menarik perhatian ibu-ibu. Sesuai untuk
penggunaan di rumah mahupun di luar. Mudah dibawa ke
mana-mana.
Model: Medela Freestyle
Review:
Pam ini merupakan pam
yang terkecil di dunia (lebih kurang sebesar tapak tangan) tetapi mempunyai
kelebihan dari segi pengepaman berganda secara elektrik/bateri yang sangat
memuaskan. Penggunaan bateri rechargeable. Harga bagi set pam ini agak mahal
tetapi hasilnya sangat berbaloi. Penggunaanya lebih flexible di mana ibu-ibu
boleh memilih sama ada mahu memegang botol perahan atau pun menggantungnya
menggunakan kit yang disediakan tanpa perlu memegang botol (handsfree), di
samping tetap boleh melakukan tugasan seharian. Ianya amat sesuai bagi ibu-ibu
yang melakukan penyusuan secara eksklusif dan kerap.
Model: Medela Swing
Review:
Pam elektrik ini besar
sedikit dari pam medela freestyle. Menggunakan butang untuk fungsi on/off dan
melaraskan sedutan (suction). Hanya boleh melalukan pengepaman sebelah payudara
pada satu masa. Sesuai untuk penggunaan biasa mahupun eksklusif dan
kerap.
Model: Medela Harmony
Review:
Pam ini merupakan pam
manual yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun ianya adalah pam
manual tetapi ramai juga ibu-ibu di luar sana selesa menggunakannya. Memberikan
hasil sedutan hampir kepada sedutan bayi. Tidak
menyakitkan.
Model: Spectra3
Review:
Pam elektrik berganda
berganda yang memberikan kepuasan kepada pengguna. Mempunyai sedutan hampir
kepada hisapan bayi dan tidak menyakitkan kerana ibu-ibu boleh melaras sendiri
tahap sedutan yang dirasakan selesa. Walaupun mesin pam agak berat tetapi harga
dan hasil yang diberikan berbaloi bagi pam elektrik berganda. Saya juga
merupakan salah seorang pengguna pam ini dan saya sangat berpuas hati dengan
hasil yang diberikan.
Model: Unimom Allegro
Review:
Pam ini kecil dan ringan.
Penggunaan elektrik/bateri (4AA bateri). Boleh berfungsi untuk sebelah atau dwi
pengepaman. Feedback yang saya dapat dari pengalaman beberapa pengguna pam ini
mengatakan ianya tidak menyakitkan dan memberikan sedutan yang baik. Sesuai
untuk penggunaan biasa.
Model: Unimom Mezzo
Review:
Pam manual ini tidak
menyakitkan dan dapat memberikan sedutan yang baik. Sangat berbaloi kerana
harganya tidak begitu mahal. Saya sendiri menggunakan pam ini dan berpuas hati
dengan hasilnya.
Bagi ibu-ibu yang
merupakan suri rumah atau yang tidak membuat penyusuan eksklusif mungkin boleh
juga merujuk kepada review-review di atas untuk pemilihan pam yang
sesuai.
Pilihan terletak di
tangan ibu-ibu sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Sekali lagi, kesemua review
yang diberikan adalah berdasarkan pendapat, pengalaman sendiri dan pengalaman
orang lain. Mungkin juga ibu-ibu di luar sana mempunyai pendapat yang berlainan.
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com