Breastfeeding sungguh menjimatkan!!!
Breastfeeding sungguh menjimatkan!!!
Question: Betul ke menyusukan anak boleh jimat duit?
Answer: Kalau anda seorang suri rumah dan fully breastfeed anak, jawapan ialah YA.
Question: Maksudnya?
Answer: Kalau anda bekerja dan mengepam susu utk anak, anda perlu laburkan duit utk membeli aksesori. Bergantung kepada aksesori apa yg anda pakai. Dari situ barulah boleh tau samada jimat atau tak.
Kalau si ibu merupakan suri rumah tangga sepenuh masa, dia tak perlu nak mengepam. Boleh terus direct feed si anak. Tak perlu beli pam, botol menyimpan susu, ice packs, cooler bag dan sebagainya. Di situ mmg dah nampak sgt jimat kerana susu ibu tidak perlu dibayar.
Akan tetapi, jika ibu bekerja, kena la dia mengepam utk anak. Bila kena mengepam susu, maka mcm-mcm benda dia kena beli. Jom kita tgk apa yg anda perlukan jika anda mengambil keputusan utk menyimpan stok susu utk si anak.
Secara umumnya, anda hanya perlukan set pam susu, botol menyimpan susu, ice packs dan cooler bag. Ice packs dan cooler bag digunakan bertujuan utk membawa susu dari office ke rumah dan dari rumah ke pusat jagaan anak.
Let say kat office anda mmg tiada peti ais, anda masih boleh gunakan cooler bag sebagai tempat menyimpan susu ketika waktu bekerja kerana ice packs yg betul-betul keras dan sejuk akan bertahan sehingga 12 jam! Therefore, there's nothing to worry about ;)
Now, mari kita lihat hidden things yg mungkin perlu dibeli.
Mcm set mengepam seperti di atas, anda hanya akan dpt 11 bottle storage. Kita mesti perlukan lebih kan? So anda akan beli lagi bottle storage. Atau utk lebih murah, ada boleh beli milk liner.
Kemudian, selalunya si ibu akan beli lebih byk ice packs utk disimpan di dlm tempat dingin beku. Ini sebagai back up jika berlakunya ketiadaan elektrik. Kalau taknak beli ice packs pun takpe. Bekukan air utk dijadikan ais, letak dlm plastik. Buat beberapa bungkusan. Simpan kat tmpt dingin beku. Jimat kan?
Wah, susu banyak sampai peti ais pun dah penuh? Camne? Nak buang je susu? Atau dptkan deep freezer? Anda tentukan.
Kemudian, masuk pulak bab bf in public. Kalau anda jenis tak kesah dan pandai cover, boleh je bf di mana-mana. Ianya tidak mustahil jika selalu practice. You can do it. Kalau tak confident, boleh cari nursing room atau gunakan aje kereta anda sebagai nursing room. Tapi kalau kat restoran ke, mane-mane je la.. anda mungkin terfikir utk beli nursing cover atau poncho.
For me, aku hanya perlukan set mengepam (termasuk cooler bag), bottle storage, milk liner, ice packs dan milk booster. Harga? Aku hanya tahu harga set mengepam yg aku beli. Kos-kos lain, tak ambil kira.
Sebenarnya, anda sendiri yg tentukan aksesori mana yg anda perlukan. Kalau tgk pada set pam pun, ada mcm-mcm jenis, mcm-mcm harga. Manual, murah sikit. Elektrik, agak mahal. Malah, ada yg sampai harga ribuan. Saya masih setia dgn Spectra 3 sbb sesuai utk pam di desk. Senyap.
Samada bf anak akan menjimatkan wang atau tidak, bergantung pada anda sendiri.
"Taking a little one to nurse, watching him grow to manhood, that's what love is."
Carol Shields - The Stone Diaries
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com