Perah susu guna teknik marmet
Perah susu guna teknik marmet
Pernah dgr tak teknik
marmet ni?? Pada yg tak tau, teknik marmet ni ialah pam susu guna tangan
sendiri secara manual.. tanpa bantuan pam2 biasa tu.. Dulu aku ada
la terbaca pasal teknik ni.. tp time tu tak terfikir akan keperluannya.. yela,
kan da beli breastpump, buat apa nak guna tangan plak.. berlagak btul..
tp bila beberapa hari lepas, nipple aku melecet sampai luka sket, barula
kelam kabut nak blajar teknik marmet ni.. memula tu taklah sampai terluka, so
aku nak pam la, skali terluka terus.. time tu rasa cuak btul.. mcm
mana nak buat ni?? Nak bg direct, lg la makin teruk, nak pam pun tak bole gak..
time tu la baru terpikir nak pasal teknik marmet ni… aku google2 la gak.. tp
kejap jer.. sbb time tu nak kuar umah dah.. aku pun main hentam jer picit2
situ.. picit2 sini.. sakit gak, tp bila fikir, kang kalo da kat luar, susah plak
nak feed Kimi… hasilnya, dptla dlm 2 oz jer kot…wpun time tu cik b da agak
bengkak gak la..
Nasib baik ada gak stok EBM kat umah.. bwk la 2 botol utk bekalan.. time tu
sedih gak, rasa stress sbb tak dpt nak express byk.. huhu…. Time jalan2 kat luar
tu, aku terus g kat mothercare kat the Curve… mula2 tu cari nipple cream.. pastu
ternampak nipple shield.. terus beli… nasib baik Kimi ok jer aku pakai nipple
shield tu..
Balik umah, terus sambung google pasal teknik marmet… hasilnya, aku dpt la
info pasal teknik ni dr http://azurahanuar.my/memerah-susu-menggunakan-tangan/
Basically, caranya mudah jer..
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
4. Ampu payudara.
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari
iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari
salah kerana tidak setentang.
6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah
areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).
Tolak
7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke
arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari
dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa
sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
Tolak
dan golek
Ulang
disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara
kosong.
10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek
sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh:
12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.
Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut
ya.
1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari.
Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
2. Menarik-narik puting payudara.
Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh
bengkak dan kilang susu boleh rosak.
Bagi aku teknik ni wajib dipelajari oleh semua breastfeeding
mummy.. utk emergency case.. contoh mcm kes aku, tak pun kalo tertinggal
breastpump ker.. takdela kelam kabut kan.. Mula2 mungkin rasa kekok, tp lama2 ok
jer.. rasa syok plak.. haha.. ok, selamat mencuba kwn2!!
nak lg senang, tgk je la video ni...
Credit....