Susu Botol dan Susu Ibu

Susu Botol dan Susu Ibu







Credit dari Rosmaliana Aida Mohd Adnan @hmetro.com.my



PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bagi menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mereka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak-kanak.


Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kepada bayi.


Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza kerana apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dengan lidahnya yang perlu berada di bawah areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit.


Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit



Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya.


Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yang rapat dan ketat dalam mulutnya.


Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol.


Katanya, susu akan terpancut keluar dengan laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik.


Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.


“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu.


“Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu kerana mungkin aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.


Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu kerana mereka mengawal pengambilan susu sendiri dengan cara tempoh serta corak meminum susu yang lama dan bersungguh-sungguh.


“Bayi yang minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mereka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap kerana proses mendapatkan susu lebih mudah.


“Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dengan teknik menghisap susu yang berbeza,” katanya.


Katanya, pada peringkat awal penyusuan, bayi juga boleh terkeliru dengan penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak kerana teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yang tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yang dilahirkan seolah-olah mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan mereka untuk makan (minum susu).



Di samping itu, sesetengah ibu yang memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mereka sedikit. Ini disebabkan badan mereka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil.



Jika bayi terjaga daripada tidur dan membuat gerakan atau bunyi-bunyian dengan mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dalam keadaan lapar dan ingin menyusu.


Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mereka pada awal tanda yang menunjukkan bayi mereka lapar bagi membolehkan bekalan susu yang baik boleh dihasilkan.


Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yang berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yang betul sekiranya mereka didedahkan dengan penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.


Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).


Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.


Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.


“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.




“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.




Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.

Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.



Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.



Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol.



“Ia perlu diperkenalkan secara berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu.



“Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lagi bergantung kepada botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yang kurang baik,” katanya.



Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yang betul iaitu:




Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.
Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).
Kedudukan bayi dekat dengan ibu. Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.



Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).



Set Breastfeeding Shaklee Tak Tambah Susu Pun? Apa Nak Buat?



Jadi, apa perlu buat di samping mengambil set breastfeeding Shaklee untuk tambah susu?


Minum 3L air sehari — jika mengambil natural supplement, kena minum air banyak. Itu adalah rule dia, kalau tidak, anda akan hadapi healing crisis.
Pam 3 jam sekali (paling kurang). Buat power pumping jika perlu.
Niat ikhlas, doa dan tawakal pada Allah — kadang2 ada orang tak sabar. Ambil Set tambah susu Shaklee dengan tujuan semata2 nak tambah susu cepat2, kemudian tertekan bila tak jadi. Ingatlah rezeki datangnya dari Dia, kita cuma berusaha dan niatkan untuk mengatasi masalah kita…



Saya tak nafikan, ramai yang mengambil set breastfeeding ni tapi tak merasai apa2 perubahan. Kenapa?


Tidak merujuk kepada pengedar yang sah. Supplement yang bagus ialah yang mana pengedarnya mampu memberi penerangan secara saintifik tentang produk itu, bukan nak meniaga semata2. Tapi ramai orang kita anggap “Jangan dengar kata2 yang jual vitamin tu, minta pendapat orang lain”. Which is not true. Melainkan orang tu memang tak tahu apa2 tentang vitamin, cuma tahu jual saja.



Tidak sabar. Nak cepat sangat tengok perubahan dan tak boleh terima bila lambat. Harus ingat, natural supplement tidak mengandungi perangsang/dadah/steroid. Ia bertindak mengikut keadaan tubuh kita. Kalau tubuh kita banyak sel rosak, maka lambatlah.



Berniat tak baik. Untuk mengatasi masalah, misalnya berubat.. niat kita perlulah lurus dan ikhlas menyelesaikan masalah kita. Berharaplah kepada Allah SWT, semoga dengan usaha kita Dia memberi kejayaan.



Tidak tahu fungsi vitamin. Ramai ibu menyusu yang mencari milk booster semata2 nak tambah susu, tanpa mengambil kira apa yang ada dalam bahan tersebut. Misalnya pengambilan pil-pil hormon disenaraikan sebagai salah satu cara tambah susu ibu, which is strongly not recommended, unless keadaan2 tertentu. Ramai yang cuma nak “Pil yang boleh tambah susu aje” tanpa menyedari kepentingan vitamin2 lain.



Tidak mengamalkan 3 cara di atas. Ambil set tambah susu, tapi tak minum air, tak pam… Sampai bila2 pun susu takkan datang, entah2 diri sendiri yang demam bahana healing crisis (akibat tak cukup air).

Apa yang perlu anda buat?


Bersabarlah. Setiap perkara yang elok tu memang makan masa. Kita memerlukan masa 2-3 tahun untuk siapkan sebuah bangunan, tapi satu minit dah cukup untuk memusnahkannya. Jadi, banyakkan sabar, jangan terburu2.



Dapatkan nasihat dari pengedar anda. Dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda. Pengedar kami tidak diajar untuk menjual ‘asal close sales’, tidak. Kami dilatih memberi konsultansi dan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee untuk sebarang masalah. Tidak semua doktor pro-supplement (macam susu ibu juga, tak semua doktor pro-BF).



Buat checklist – Pastikan anda mengamalkan 3 benda di atas di samping checklist MUST-DO bagi ibu menyusu.




Betulkan niat. Seolah2 kita nak berubat… Perlulah niat untuk berubat, bukan untuk cari kesalahan perawat itu.



********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger