Sokongan Suami dalam menyokong penyusuan susu ibu
Sokongan Suami dalam menyokong penyusuan susu ibu
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menyatakan bahawa:-
“Semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja selama 4 hingga 6 bulan yang pertama dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun.
Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan keatas
Susu ibu adalah makanan terbaik dan lengkap bagi bayi. Penyusuan susu ibu menjamin kesejahteraan ibu dan bayi.
Kepentingan kandungan susu ibu:
Zat dan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi.
Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan.
Melindungi bayi daripada penyakit.
Zat berubah mengikut keperluan bayi.
Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung dari penyakit.
Mengandungi faktor tumbesaran.
Tiada pencemaran.
Mengandungi enzim.
Peranan suami
Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan
meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif.
Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa.
Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan
kerja-kerja rumah.
Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
Credit dari http://www.infosihat.gov.my
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com