SOKONGAN BERTERUSAN
SOKONGAN BERTERUSAN
SOKONGAN BERTERUSAN PENYUSUAN SUSU IBU
Menubuhkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu kepada kumpulan sokongan apabila ibu keluar dari hospital merupakan Langkah ke 10 dalam Sepuluh Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya. Oleh itu, setiap hospital, klinik atau kemudahan bersalin perlu menubuhkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu kepada kumpulan sokongan apabila ibu keluar dari hospital atau klinik bagi menjayakan penyusuan susu ibu.
BAGI PERSEDIAAN IBU YANG KELUAR WAD (DISCHARGE)
Sebelum ibu meninggalkan hospital/kemudahan bersalin, ibu perlu:
Mampu menyusu bayi mereka Memahami kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun dan seterusnya, di samping memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi Jika pemakanan bayi diganti, ibu mesti tahu bagaimana mendapatkan susu yang sesuai dan menyediakannya dalam keadaan selamat Mampu mengenalpasti pemberian makanan bayi adalah dalam keadaan baik Mengenalpasti bagaimana mendapatkan sokongan penyusuan susu ibu yang berterusan yang mereka perlukan
PEMANTAUAN DAN SOKONGAN SELEPAS KELUAR WAD (DISCHARGE)
Kumpulan sokongan yang boleh didapati dalam komuniti adalah seperti: Keluarga dan rakan Jagaan kesihatan primer (primary care) dan anggota kesihatan komuniti Sokongan daripada ibu-ibu lain
Sokongan keluarga dan rakan-rakan - Sokongan yang berterusan daripada keluarga dan rakan-rakan adalah penting untuk menjamin penyusuan susu ibu secara eksklusif pada 6 bulan yang
pertama - Sokongan untuk ibu yang mengamalkan penyusuan gantian (replacement feeding) Sokongan jagaan kesihatan primer (primary care) dan anggota kesihatan komuniti - Semasa anggota kesihatan berjumpa dengan ibu dan bayi: Bantu dan sokong ibu dalam penyusuan dan penjagaan bayi Rujuk ibu kepada individu yang boleh memberi sokongan atau kumpulan sokongan yang ada Anggota kesihatan komuniti boleh meluangkan lebih banyak masa dengan ibu
Pusat Kesihatan Komuniti menawarkan: - Unit Laktasi - Kumpulan Sokongan Ibu - Anggota kesihatan boleh menunjukkan contoh yang baik dengan menyusukan susu ibu untuk anak mereka sendiri Sokongan ibu kepada ibu lain -
Sokongan ini biasanya melibatkan komuniti/masyarakat sama ada secara individu atau berkumpulan: Ibu yang mempunyai pengalaman boleh menyediakan sokongan secara individu kepada ibu yang baru bersalin. Minta izin dengan ibu yang berpengalaman untuk memberi nama mereka kepada ibu yang baru bersalin di kawasan mereka Satu kumpulan sokongan boleh dilakukan oleh beberapa ibu atau beberapa anggota kesihatan atau anggota komuniti.
Kumpulan sokongan khas untuk ibu HIV juga boleh ditubuhkan Kriteria kumpulan sokongan ibu untuk ibu lain: - Senang diperolehi atau dihubungi pada bila-bila masa - Percuma atau harga yang sangat murah - Terdiri daripada komuniti ibu yang memerlukan sokongan itu sendiri - Diketuai oleh ibu yang berpengalaman - Ibu yang mengandung juga dialu-alukan -
Bina persahabatan, hubungan baik dan bantu-membantu antara satu sama lain Sekiranya sokongan secara formal tiada: Bincang apa-apa sokongan yang ibu ada di rumah, terutamanya daripada ahli keluarga Beri maklumat individu yang boleh dihubungi di hospital Menasihati ibu agar membawa bayi bersama semasa 6 minggu pemeriksaan postpartum untuk ibu dijalankan Beri bahan pendidikan bertulis sebagai panduan untuk ibu
Jika perlu, hubungi ibu di rumah untuk mengetahui perkembangan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka Komuniti rakan bayi: Sistem kesihatan atau jagaan kesihatan tempatan adalah dibentuk agar menjadi ‘rakan bayi’ Capaian kepada bahagian yang menjadi rujukan dengan kemahiran sokongan untuk penyusuan susu ibu awal, eksklusif dan berterusan Sokongan disediakan bergantung kepada umur yang bersesuaian, kekerapan dan respon kepada makanan pelengkap dengan meneruskan penyusuan susu ibu Sokongan penyusuan dari ibu untuk ibu Tiada amalan, edaran, kedai atau perkhidmatan yang menyalahi kod antarabangsa wujud dalam komuniti
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com