OUCHHH...BAYI MENGIGIT KETIKA MENYUSU
OUCHHH...BAYI MENGIGIT KETIKA MENYUSU
Ramai yang menganggap apabila bayi mula
tumbuh gigi dan mula menggigit, itu adalah masa untuk berhenti menyusu.
Tapi itu tidak benar sama sekali. Ketahui cara untuk mengatasinya dalam
usaha untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan:
1- Bertindak mengikut apa yang ibu rasa - Ouch, sedikit jeritan akan mengganggu bayi daripada terus menggigit. Apabila telah berjaya menyelamatkan puting daripada gigitan, lihat wajah bayi anda. Bayi yang sensitif akan menangis. Maka segera pujuk/ tenangkan bayi anda dan teruskan penyusuan seperti biasa. Jika berlaku lagi gigitan, lakukan perkara yang sama. Lama kelamaan bayi anda akan dapat menghubungkaitkan gigitan dengan tindakan ibu yang tidak menyeronokkan dan tidak akan menggigit lagi.
2- Memberhentikan penyusuan awal sebaik sahaja bayi mengigit - Dengan itu bayi dapat mengubungkaitkan gigitan dengan penyusuan yang terpaksa diberhentikan, dan dia tidak dapat menyusu.
3- Memeluk bayi anda rapat ke dada - Sebaik sahaja anda dapat mengagak yang bayi cuba menggigit, rapatkan dia ke dada anda. Keadaan yang tidak selesa itu menyebabkan bayi secara automatik akan membuka mulut untuk dan melepaskan hidung yang tertutup.Tidak perlu melepaskan gigitan kerana bayi akan sedar yang dia tidak dapat menggigit dan pada masa yang sama hendak bernafas. Jika perkara ini berlaku berulang kali, maka bayi anda akan dapat menghubungkaitkan gigitan dengan situasi yang tidak selesa itu. Tapi jangan lupa yang tujuan anda hanya untuk mengelakkan gigitan, bukan untuk menakutkannya.
4- Sediakan jari sebagai pelindung - Apabila kita dapat mengesan yang bayi sedang dalam fasa menggigit, bersedia dengan jari di hujung mulutnya. Apabila bayi mahu mengigit, gunakan jari anda untuk mengelakkan gigitan jari.
5- Cuba Pull-off dan Put-down Teknik - Apabila bayi mula menggigit, lepaskan dia daripaa puting anda dan letakkan di bawah. Bukan dengan cara kasar / menghukum, tapi dengan tegas supaya bayi dapat menguhubungkaitkan gigitan dengan diletakkan di bawah.
6- Sediakan alternatif - Saat tumbuh gigi adalah waktu di mana bayi anda sangat suka mengigit dan mengunyah. Maka sediakan alternatif kepada bayi anda. Letak 'teething toy' di dalam peti ais 'freezer' (seperti pisang beku atau kain). Berikan kepada bayi anda untuk mengigit sebelum atau selepas penyusuan. Jika daripada pengalaman anda yang bayi akan menggigit di akhir penyusuan, maka sudahkan penyusuan bayi anda dengan memberi dia menghisap jari anda atau bahan sejuk. Itu akan mendidik bayi cara menyusu yang sepatutnya dan melindungi puting daripada tercedera.
Credit...
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com